Feb 2011 13

Balik Kampung @ CNY2

Posted In Umum

Assalamualaikum,
Cerita basi lagi.. bukan apa, koi tengah tak bersemangat ni.. nak tuko template asida.net ni tak tuko2 lagi. Color dah pilih, template yang plg latest dah jumpa.. cuma macam ada kekurangan sikit dekat template tuh.. diorang tengah testing2 lagik. Ingat nak design macam ni lagi.. tapi ntahlah. Nak tuko rasa sayang pun ada. ish ish..

Ok, kembali ke tajuk asal entry ini. Balik kampung masa CNY lepas! Balik ke Chini 03. Seperti diwar2kan sebelum ini, kami singgah ke Gambang Resort Water Park untuk lunch. Oleh kerana, musim cuti.. food court kat sana tak buka pulak, just open untuk visitors yang nak mandi-manda jerk. Tak pelah kalau tak bukak pun food court tuh, ada juga edisi yang menggembirakan.. shopping time. Gallery kat bawah tuh ada jual macam2 cederahati untuk di bawa pulang selain baju mandi, pelampung, topi, selipar jepun, keychain, FM dan lain2.. Koi apalagi mesti rembat beberapa ketul Fridge Magnet kat situ.  Beli untuk koi, mak dan Mama koi, adik-beradik dan kengkawan blogger sikit. Untuk anak2 ada beli pensil cute.. belum sempat guna, dah habis jahanam dibuatnya.. tambahan Arissa yang ganas tuh! wakaka (like mama like daughter.. layan pics dululah yer)

Besar lagi koneto tu berbanding Ashraf

Arisha konpem boleh masuk free ni.. lenkali tak tahulah pulak

Ashraf konpem kena bayo walaupun baru 3 tahun.. huhu kurus tapi tinggilah anak mama sorang ni

Koi belikan 5 FM ni untuk tempek kat Fridge.. pas ni kena beli fridge yg lebih besar, sbb dah penuh yang amat. Suka yang selipar tu, boleh letak pis kitorang anak-beranak kat situ. 🙂

Ni untuk kengkawan GA.. FM ni kayu.. cute jerk koi tengok.. tp murah jerk.. hope diorang yg bertuah tuh suka..


mana pis water park nya?? alamak.. pis tu takde kat koi ler.. Papa yang amik..

Beli mcm2  bentuk FM.. ingat nak beli jerk yg bulat tu untuk diorang sume, tapi de 2 jerk nampak time tuh.  Tak sempat nak amik gambar yang lenlain tuh sebab kasi terus bila sampai. 🙂

Time kat kampung Papa demam panas. Teruk juga lah tahap kepanasan badan Papa tuh.. alhamdulillah time nak balik tuh, badan Papa sihat sikit.. katanya berkat minum air TEH O PANAS mama. Ingatkan teh ni menyejukkan badan, apantah lagi masa tu dia sejuk terketar2… siap pergi hospital malam2.. emergency case.  Tapi kalau demam, badan kita memang panas giler kat dalam kan? eloklah minum banyak2 time panas2 lagi tuh..

Terbalik pulak dengan anak-anak, Papa dah sihat.. anak2 pula start demam. Kesian betul tengok diorang. On da way balik singgah Petronas R&R Gambang beli ubat demam dan cool fever untuk diorang. Nasib baik.. alhamdulillah Mama sihat, bolehlah jaga diorang bertiga ni. 🙂

sedey benor si Ashraf ni..


Anda Mungkin Meminati:


2 Comments

  1. afidah says:

    la… ciannyer anak u demam….

Leave a Comment

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.