Badminton Piala Thomas: Malaysia ke separuh akhir

Tetiba aku suka pula bercerita tentang Piala Thomas nih. Tambahan lagi, semalam aku khusyuk tengok game Malaysia vs Denmark (3:2). 2 game set pertama dan kedua sangat seronok tengok sebab kita menang. Pastu perasaan sudah semakin hampa dengan dua kekalahan berturut-turut. Kemudian, lagi sekali Hafiz Hashim jadi penentu. Sungguh tak disangka kali ini dia jadi penyelamat untuk kita masuk ke separuh akhir.  Lepas itu, terus diangkat sebagai wira negara. LOL lagi berita

(gambar dari myMetro)

Sempat juga tengok pemain2 kita yang lain especially team wanita.. huhu sangat seronok makan aiskrim selepas kalah 3-o. 2 lagi tak payah main sebab dah kalah.. huhu

Lepas ini Malaysia akan bertemu China. Sangat mengerunkan bila saat nak lawan dengan Lin Dan nanti.  Walaupun kalah lawan Lin Dan nanti, pastikan kita menang lawan pemain China yang lain. Caiyok!

Apapun, aku harap piala Thomas tahun ini akan menjadi milik Malaysia. Penantian kita sudah lama di makan usia dari tahun 1992. Penantian ini harus berakhir!!!!.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *