Bulan Terakhir 2006
December 3, 2006Kejang
December 6, 2006Baby Scan
Jumaat lepas 1st December, pergi jumpa doktor seperti biasa. Timbang berat, check air kencing, tekanan darah dan scan baby. Berat pun dah normal tambah 2kg setiap bulan start dari bulan lepas, so sekarang dah 57kg. Air kencing still -ve bagi penyakit2 yang merbahaya, tekanan darah still normal atas 100 bawah 60 (100/60;apa maknanya pun tak tahu) and lastly scan perut tengok baby. Baby dah semakin membesar, dah 429 gram. Nampak dia gerak2.. nampak kepala, tangan, kaki, peha, lengan, jantung dia gerak2.. hehehe cuma tak nampak face dan apa ntah lagi satu. Maybe dia malu sebab tak nak tunjukkan face dia kat Mama dan Papa. Yang mengembirakan hati dah nampak jantina dia, tapi tulah tak boleh nak confirm lagi.. kekadang kata perempuan lahir nanti lelaki dan sebaliknya.
Apapun, bagi Mama dan Papa sama je. Lelaki ke perempuan ke Mama dan Papa still happy dan bersyukur sangat.Yang penting Baby sihat walafiat. hehehe 1st baby… anak sulunglah katakan.. hehehe 🙂
” APAKAH reda hai golongan wanita, bahawasanya seorang wanita yang sedang hamil dari suaminya yang telah dinikahi dengan halal (menurut syariat Islam). Allah memberikan pahala kepadanya sebagaimana pahala orang berjihad fisabilillah. Apakah ia merasa sakit untuk melahirkan anaknya, maka ia mendapt pahala yang banyak sekali sehingga manusia tidak mengerti berapa banyaknya pahala itu. Apabila lahir lalu disusui, bagi ibu itu setiap teguk dari susunya, Allah memberi dia pahala satu kebaikan. apabila si ibu semalaman tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberi pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah. “
Riwayat Al-Hasan bin Safwan, Tabrani dan Ibnu As-Sahin dan Salamah yang menyusukan Sayyidina Ibrahim Putera Rasulullah S.A.W.