Babang 3T, 3B, 3M & 3H

Sekarang Abang Ash a.k.a Babang sudah mencecah 3 tahun, 3 bulan, 3 minggu dan 3 hari. Kekadang rasa cepat saja masa berlalu. Kalau tengok badannya semakin kecil tetapi semakin tinggi.

Hari2 suka makan Star a.k.a vitamin bagi tambah selera makan dia. Tapi kalau nak dia makan banyak, aku kena hari-hari masak sup. Sup Ayam ke sup daging ker, janji sup. Dia suka sup ayam dan minum air 100 Plus. Kena wajib hari-hari.

Itu makan dan minum, kalau mainan pula.. mesti lah CAR. Kekadang main laptop aku untuk tengok Cars, trucks, School Buses, Trains, Plain and Motorbike. Kekadang tu pandai pula buka YouTube tengok movie semua jenis car, trucks dan lain2.

Dia suka membaca juga. Alif Ba Ta, kalau dah baca ni tak baca pula ABC. Kalau dah baca ABC tak baca mengira Nombor pula. Ke kena ajar dia ketiga2 ni sekali??? hmm

Dia juga suka minum SUSU. Kejap2 SUSU. Maybe itu sebab dia kurang makan nasi. Minum SUSU berbotol2 sehari. uish.. 🙂 Masa menaip ni pun sempat dia mintak susu. Sabar jelah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *