Baru Nak Mula – SIF

Alhamdulillah, Asid sebenarnya baru nak join program SIF ini hah. Bukan apa, bila umur hampir 40an ni.. rupa tak semegah dulu.. diri x cantik, mudah penat, sakit badan, pening selau.. itulah risau kalau dibiarkan penyakit kronik menghampiri..

Jadi, ambik inisiatif puasa yg paling cepat berkesan dalam pengurusan badan zaman ini, cuma SIF ini makanan untuk puasa tu asid gunakan produk kesihatan untuk keseluruhan badan dari hujung rambut ini hingga hujung kaki.

Nak tahu lebih lanjut tentang SIF?, klik DISINI..

Tadi timbang berat 72.5kg, tunggu seminggu lagi ye 🙂

SIF – Smart Intermitten Fasting

#PROGRAM_DIET_TERHEBAT ??

Ramai yg tertanye2 ape itu SIF..??
Sebenarnya ia adalah Gabungan 3 Diet famous di dunia ;
1. Intermittent Fasting
2. Six Meals
3. Detox
Gabungannya maka jadilah Smart intermittent fasting (SIF)
SIF adalah dengan produk.. B’young dan susu Coloskim ????????
.
#SIF_SmartIntermitternFasting Bukan saja utk kurus. Dgn peranan byoung sebagai ‘jantung‘ kpd SIF, byoung memberi zat2 yg betul2 diperlukan oleh sel2 dlm tubuh (makanan sel). Ditambah pula kita berpuasa (IF), byoung akn bekerja dgn optimum atau berkerja sepenuhnya dlm tubuh tanpa menganggu makanan2 lain yg biasa kita makan setiap hari itu.
.
Byoung akan bekerja menyingkirkan toksin yg melekat pd lemak yg ada dlm badan, yg menjadi dalang selama ini menarik lemak2 dr makanan yg kita mkn (sifat toksin secara semulajadi ialah menarik lemak utk menjadi selimut kpd nya)
.
Bila kita buat aktiviti fizikal utk kurus, contoh zumba, jogging atau ke gym, kita sebenarnya sedang mengecilkan lemak, tetapi malangnya toksin tetap ada di situ. Sbb itu badan cpt naik (slps berhenti ke gym) krn toksin tu masih berada di situ utk menarik2 lemak.
.
Aktiviti fizikal mmg bagus utk padatkan otot2, tingkatkan stamina, dan mengecilkan lemak. Tetapi dlm masa yg sama toksin wajib disingkirkan. Toksin juga punca segala penyakit, cpt marah, emosi x stabil dan berfikiran negatif.

Selain itu byoung juga membaikpulih sel, menjana sel2 baru. Sebab itu dgn byoung, kita blh jd awet muda. ?
.
Manakala dgn bantuan coloskim dlm SIF ini, ia membantu membakar lemak lama dan menghalang pembentukan lemak baru, memberi rasa kenyang, menganjalkan kulit (tiada lg kulit kendur bila kurus), mencantikkan kulit dan sekaligus memberi kesan awet muda.
.
Dengan berSIF, tidak hairanlah kita akan mendapat kesan yg menakjubkan walaupun kita mkn nasi sepinggan penuh dgn lauk kegemaran lg!!! ???
.
Dengan tersingkirnya toksin, automatically,
kita akan jd lebih bersemangat, rajin, dan positif
.
Dengan berSIF, perfomance kerja meningkat, slim, cantik dan awet muda.
SIF memberi kesan kepada fizikal, mental, hati dam iman!! ???????

nak cuba tak? jangan segan. contact aje sis ws 0123312030

Transit tahun 2020…Seksyen 18 Shah Alam

Selain uruskan anak-anak, Asid buat transit untuk anak-anak sekolah.

Balik dari sekolah tu (SKS18 dan KAFA NAHDAH), diorg datang rumah dari sekolah pagi..kemudian makan dan mandi sebelum pergi ke sekolah petang pula.

Jadi untuk tahun hadapan, masih diteruskan. Kalau nak transit anak2 sekolah tahun 1,2,3,4 & 5 tu boleh contact Asid @ 012-3312030

Lama tak update..

Lamanya tak update blog ni, dah bersawang :). Maklumlah si Ashraf tahun 6, ada UPSR dan PSRA. Dalam seharian itu memang terkejar2.. sampai malam tuisyennya, jadi sudah kepenatan si mama bila malam menjelma.

Tambahan lagi dengan si Arisha yang suka main bola jaring, wakil sekolah. Jadi memang busy lah..tak ada masa berehat.

Alhamdulillah, sekarang.. semuanya dah selesai. UPSR dan PSRA itu, tunggu result aje. Semoga cemerlang dan mumtaz lah ye my son. 🙂

Aktiviti si Arisha pun dah habis. Bola jaring main sampai ke semi final. Hebat jugalah kan SKS18 ni 🙂

Sukantara SKS18 2019

Hari semalam sudah bermula sukantara sekolah Ashraf dan Arisha. Sukantara ini semua murid masuk, dan kira markah untuk rumah sukan masing-masing.

Sukantara mereka termasuklah lompat jauh, lompat tinggi dan larian.

Manakala sukan yang sebenarnya ikut tahun. Macam Ashraf, dia join pembarisan rumah hijau. Manakala Arisha join lontar peluru. Tidak masuk di akal bilamana dia nombor1 dalam kategori Tahun 4 Perempuan. hehe tahniah adik! mama bangga dengan adik. Walaupun badan kecik, melontar peluru boleh pergi jauh.

Sabtu ini dapat hadiah. Esok pula hari pembarisan untuk Abang, Ashraf. Semoga berjaya juga ye.

Transit Mama Asid Seksyen 18 Shah Alam

Alhamdulillah, tahun ini masih buat transit untuk kenalan dan anak2 yg sekolah sama dengan Arisha dan Ashraf.

Sambil2 hantar dan ambil anak sendiri, Asid ambik juga anak-anak ini.

Ambil dari sekolah pagi, makan,minum ,mandi kemudian hantar ke sekolah petang. Itulah rutin setiap hari Transit Mama Asid ni. 🙂

Budak tadika pun ada. Asuh sampai petang. Semuanya comel2 kan. <3

SSPN – Simpan RM500 dapat RM500


Sudah hampir TARIKH TUTUP penyertaan dan permohonan SSPN GERAN RM500 ni. Iaiti pada 31 Disember 2018 ini. Masih sempat kerana lagi beberapa hari aje, kalau ibu bapa mahu menyimpan RM500 tabungan pendidikan untuk anak-anak, dan PTPTN beri lagi RM500.
Info lanjut, anda boleh dapatkan di sini ye : SINI

Untuk anak-anak Asid, alhamdulillah settle sudah pagi tadi. 🙂

Untuk Amir Ashraf dan Nur Arisha
PTPTN Vista Alam, ini alamat nya. Setakat ini, parking disitu masih FREE

Alhamdulillah dan Tahniah! Anak2 Mama Cemerlang

Alhamdulillah syukur, mempunyai anak-anak. Lebih syukur lagi mempunyai anak-anak yang cemerlang ini. Mama doakan semoga mereka terus menjadi anak2 yang soleh serta baik budi pekertinya. Terima kasih juga buat guru-guru yang telah mendidik mereka sepanjang pembelajaran dulu sehingga sekarang. Namun perjalanan mereka masih jauh. Doakan ye.

Untuk Peperiksaan Akhir Tahun (PAT) baru2 mereka ini, memang nampak perubahan dan peratusan yang meningkat dari peperiksaan pertengahan tahun dulu. Ini kerana, ketekunan mereka mengulangikaji pelajaran lebih baik. 🙂

Kecemerlangan ini juga disebabkan ketekunan dan kerajinan mereka, justeru tak salah kita sebagai ibubapa atau guru-guru meraikan mereka. Sangat tidak setuju bila yang kata, tak perlu majlis anugerah kerana kesian pada budak2 lain yang kurang cemerlang itu akan PATAH HATI kerana kecewa. Nah, jadikan majlis ini sebagai lonjakan semangat buat mereka untuk sama-sama lebih berusaha di masa hadapan.

Cemerlang dan Kurang Cemerlang ini pasti ada perbezaan. Tahap pembelajaran dan kerajinan mereka. Yang rajin pasti cemerlang. Nak anak cemerlang, ibubapa juga cemerlang dalam membimbing dan mendidik mereka, kalau tak pandai mendidik dalam matapelajaran, marilah kita kuatkan diri dan rajin dalam mencari rezeki lebih.. kemudian hantar anak-anak tuisyen pula. 🙂

Amir Ashraf darjah 5, tahun depan baru UPSR.

PAT abang Ashraf dapat 8A 7B.. (2A 4B)

Sekolah agama pula JJ sahaja (PAT)

tapi UPKK dapat 8A. Dapatlah basikal sebiji ye Abang, Tahniah.

Nur Arisha pula baru darjah 3. PAT dapat 11A 1B (6A). B ini membuat dia menangis.. biasa dia FULL A. Tak apa dik, ini pun okay

Sekolah Agama pula adik dapat MUMTAZ. Dapat piala dan hadiah juga.

Alhamdulillah.

Mama dan Papa bangga sangat dengan anak-anak tahun ni 🙂 LOVE.