Arisha sudah 3 tahun?

Assalamualaikum,

Selamat hari lahir buat my little princess Nur Arisha pada hari ini.. Adik nak cake apa?

Syukur alhamdulillah kepada Ilahi kerana dengan limpah ruah rahmatNya, Asid dikurniakan 2 orang anak. Yang kedua bernama Nur Arisha. Cepat juga rasa masa berlalu. Sekarang hari ini, Adik sudah berumur 3 tahun. Melihat daripada pandangan kepada dirinya, rasanya dah lama 3 tahun sebab rata2 yang melihat kata Adik tinggi, besar ya macam dah 3tahun. ^_^.

Nur Arisha. Dilahirkan pada 1 Jun 2009 yang lalu. Dengan beratnya 2.675g dibedah dan dikeluarkan oleh Dr Adilah dari Hospital Pusrawi. Kuala Lumpur. Pada waktu petang jam 5.18 pm pada hari Isnin.

Dilahirkan agak kecil berbanding abangnya dulu, juga dengan keadaan KUNING yang sangat merunsingkan sekeluarga sehingga berpindah dari Hospital Pusrawi ke Hospital SALAM, Seksyen 19 Shah Alam.

Bila sudah hilang demam kuningnya, Mama dan Papa menjalankan misi membesarkan adik dengan memberi vitamin [atas nasihat doktor dahulu]. So lama kelamaan adik membesar, montok, dan sihat sehingga sekarang.

p/s: Alhamdulillah. Terima Kasih Allah. Semoga adik menjadi anak yang solehah, berjaya di dunia dan juga diakhirat. Amin. Insya-Allah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *