Arisha – Cucuk 2 bulan

Dari KL, kami bergerak ke Shah Alam jam 930 pagi. Sampai Shah Alam, tinggalkan Ash di Seksyen 4, kemudian bawa Arisha ke Klinik Rosli, Seksyen 7.

Kekadang takut juga nak bawa budak2 keluar, exspecially bawa pergi klinik yang sah2 orang sakit aje datang. Maklumlah musim virus H1N1 ni.. hanya berserah kepada Yang Maha Esa agar di lindungi kami sekeluarga dari segala penyakit yang merbahaya ni.

Arisha2Sekarang Arisha dah 2 bulan 2 minggu. Arisha dah pandai senyum bila kita agah2. Bergerak memusing kalau letak meniarap atas tilam. hehe 🙂

Injection untuk baby 2 bulan ni ialah vaccine Triple Antigen, IPV HIB, Rotavirus dan Pneumococcal 1st. Mula-mula tu nangis kuat Arisha ni time jarum dicucuk dekat paha dia. Nangis “sellok” lah orang kata.

Lepas tuh, timbang. Dalam sebulan ni, berat Arisha naik 500 g je. Alahai kecik nya anak Mama nih. Sian dia. Tak pelah, “kecil-kecil cili padi”.

Petangnya jam 230, turn Abang Ash pula jalan-jalan. Tak delah kemana-manaAsh2t2b pun just pergi Mydin Seksyen 18 cari baju melayu. Time nak bayar tuh, kesian juga dekat Ash, cari kereta mainan tak jumpa. Kalau dekat Giant dan 7Eleven, pandai pula diorang letak koleksi hotwheels dekat kounter, senang bebudak nampak dan beli. Dekat Mydin ni, tak ada. So, tak belilah untuk dia.

Kereta mainan dia pun dah banyak. Tiap kali pergi Giant dan 7Eleven, pasti Papa belikan untuk dia. Memang dah boleh buat koleksi sesangat. Biasalah kan boy. hmm adik pula.. apa benda yang nak dibuat koleksi?? jangan Barbie dah ler (mahal giler siyoooot!!).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *