Arisha 8 Hari

Appointment Arisha jam 8 malam. Lepas Papa balik dari kerja, kami sekeluarga pergi sekali lagi ke Pusrawi.  Kali ini kami terus ke kounter kecemasan, maklumlah malam-malam ini, mana klinik buka. Terpaksa berjumpa Dr yang bertugas disebabkan Dr Arisha tak ada. Cuti seminggu katanya. Macam mana buat appointment kalau Dr tak ada? entahlah.

Ujian darah di ambil lagi dari tapak kaki Arisha. Kesian mama tengok Arisha, menangis sekuat hati. Sakit ye? sian dia, anak mama ni..

Lepas keluar result darah itu, sedih pula menghantui. Kuning Arisha naik ke 14. Paling tinggi setakat ini. Dr tengok Arisha pun dah tahu yang kuningnya tinggi. Hidung, lidah dan mata Arisha kuning. So, Dr kata Arisha kena dimasukkan semula ke Wad. huhu

Dalam kereta perjalanan balik ke Shah Alam, senyap je Mama dan Papa. Mama pula nangis , sedih sebab kuning Arisha tak baik-baik lagi. Papa cakap masukkan Arisha ke hospital dekat dengan Shah Alam supaya senang hendak berulang-alik. Maklumlah Papa dah start kerja hari ini, kerja pula dekat Shah Alam.

So, malam ini juga dimasukkan ke wad kanak-kanak di Hospital SALAM. Mama pun masuk sekali, jaga Arisha. Dua malam juga kita di SALAM nie.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *