Arisha 7 Bulan

Alhamdulillah. Diam tak diam Adik dah 7 bulan. Bulan ini Adik tak ada injection. Tunggu umur Adik setahun bulan 6 nanti. Hmm sekarang adik dah pandai apa ye? hehe antaranya..

1) di tangga teratas.. sudah pasti “menangis”. Bila lapar, tak selesa (berak ke kembung ke sakit ke..), pandang muka orang yang tidak dikenali (kalau pegang dia, lagi dasyat nangisnya)

2) Pandai main. Especially dengan Abangnya tuh..hmm kekadang nangis gak tu sebab kena ‘pok’ ngan Abang Ash.

3) Duduk tegak. Janji ada macam2 mainan depan dia. (yang jarang tengok, kalau yang biasa..tak nak..jemu kot). Duduk ni time depan tv ajer. Pandai dah nengok tv nih.

4) Pegang botol dengan sendirinya time minum susu dan makan nestum. Kekadang nak dipegang juga ni macam princess..

5) Meniarap. So far expert mengiring ke kiri. Ke kanan masih terkial2. Lepas dah berjaya meniarap, sesi siput pulak.. bergerak mengundur belakang.

6) Pandai cakap ‘mamama’.. ntah panggil ‘Mama’ ke memang nangis dia sebut macam tuh. konfius gak ni.

7) Sangat happy bila bawa gi jalan2 naik kereta. Like brother like sister ler….



2 thoughts on “Arisha 7 Bulan”

  1. Aku tak buat pun entry anak aku..kadang2 je haha..aku tumpang je la entry ko nie sebab anak kita lebey kurang aje hahaha… Suka gambar arisha yg tgh2 tue..hehe…Yang dok menjeling tue… 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *