Arisha 6 Bulan

Sekarang Adik dah berumur 1/2 tahun a.k.a 6 bulan. Untuk bulan ini Adik belum pergi cucuk lagi. Maybe this weekend. As usual, cucuk di Klinik Rosli Pakar Kanak-kanak dan Dewasa di Seksyen 7.

6 Bulan.. Apa yang Adik boleh buat sekarang? kebanyakkan macam bulan lepas ler. Sekarang kenal sangat muka Mama, sudah tak nak orang lain kecuali perut kenyang dan senang hati. hehe

Adik6Bulan3Kekadang Adik suka duduk di kerusi. Main mainan fav dia. Kalau kena cara, lamalah dia main seseorang.. itupun kalau Abang dia tak kacau. Kebanyakkan memang kena kacau.  hehe

Adik6Bulan2Sekarang start kasi Adik makan bijirin a.k.a nestum. Cuba dulu bijirin yang abang dia makan dulu. Harap-harap Adik suka. :).Semalam Papa belikan bijirin, ada dua jenis daripada Nestle. So. hari ini Mama kasi Adik makan Rice & Soya. Nampak gayanya Adik suka. Mula-mula kasi makan dengan sudu, buat muka pelik. Lama-lama sedap agaknya .. nangis2 sebab lambat kasi. Pastu Mama kasi makan guna botol. Siap pegang sendiri tuh. Setengah botol habis, terus terlentuk. Kenyang lah tu. Alhamdulillah.

Adik6Bulan5Adik dah bertambah-tambah sihat. Tak larat dah nak dukung. Bila malam saja, badan rasa penat dan lenguh-lenguh. hmm kena cari tukung urut lepas nih… huhuhu sakit…

Adik6BulanBila badan Adik sihat.. hmm banyak ler berpeluhnya. Pantang cuaca panas, merengek saja. Kalau berjalan-jalan kemana-mana dan cuaca panas, hmm siaplah mengamuk aje dia. Badan pun dah naik ruam. Dekat leher. huhu kesian Adik :(. Harap-harap krim ruam itu berkesan. 🙂

8 thoughts on “Arisha 6 Bulan”

  1. arissa pun 6bulan esok..sakan meniarap dan jadi combat sebab ke depan.mcm ulat gonggok dah hehe.

    kiss utk arisha yer…dh mcm kek aku dah gebunyer dia tu,hihi…

    1. wakaka.. cam kek ko ek… malam hari tuh aku suruh amir beli cake secret resepi psl tgk kek ko kat FB tuh.. ko ni betul2 wat aku terliur arr. Bilalah nak merasa kek ko tuh.. kena tunggu adik aku kawin kot, order kek kawin ngan ko.. wakakaka

    1. bedak merah yg 4 segi tuh ker? yg mak2 kita guna dulu? sekrg asid try sabun yg leh hilangkan ruam tuh… weekend ni nak tnya doktor, teruk sgt ke ruam Arisha tuh.. krim mahal ni pun tak jalan nie.. hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *