Memang Berbaloi!!
October 1, 2009Dadih Laici
October 3, 2009Arisha 4 Bulan
Arisha sekarang sudah 4 bulan umur dia. Apa yang sudah Adik boleh buat setakat hari ini, gelak berkhehe2x. Biasanya Adik senyum bila Mama borak2 dan main dengan Adik. Bila tengok Adik seronok, Mama dan Babang pun turun seronok.
Adik sekarang, kerja part time dia masukkan jari jemari kanan dalam mulut. Ingatkan time tuh Adik nak minum, bila Mama kasi susu, Adik tolak dengan lidah. Dah jadi habit Adik hisap jari.
Selain itu, Adik dah belajar mengiring. Mengiring sajelah yang Adik mampu buat sekarang. Takpe itu dah cukup baik. Lenkali Adik berusaha keras dengan sedaya upaya supaya Adik dapat meniarap sendiri, okay?
Babang selalu nak main dengan Adik. Adik bercakap2 dengan Babang. Babang cakap bahasa Perancis, Adik pula bahasa German. It’s okay. Maafkan Babang sebab selalu sakitkan dan buat Adik menangis. Babang tak sengaja. Dia ingat itu adalah cara yang terbaik untuk main bersama Adik.
Babang sayang Adik. So, Adik kena sayang Babang,okay!… gambar lagi di sini.