Arisha 3 Bulan

Sabtu

Cepatnya rasa masa berlalu. Adik sudah berumur 3 bulan. Rasa macam baru saja lahirkan Adik. Apapun syukur alhamdulillah kerana Adik sihat dan bertambah sihat. Pipi pun sudah tembam macam Abang dulu.:)
Seperti biasa bila sudah masuk ke bulan baru ni, Adik kena ambil injection. Sekarang injection untuk Triple Antigen/IPV/HIB, Rotavirus dan Pneumococcal 2nd. Manakala berat Adik ialah 4.3kg. Naik 800g berbanding bulan lepas. Oklah tuh kan.

Arisha3bulan_2

Apa yang Adik boleh buat masa ini?
1-sudah tentu nangis bila nak minum, mandi dan tukar pampers.
2- Hisap jari kiri dan kanan kalau tak dibagi minum.
3- Senyum gembira kalau bangun dari tidur yang cukup.
4- Senyum dan angkat2 kening bila nampak Mama datang nak ambil dukung.
5- Yang paling best, dah pandai main agah2. Jawab bila kita agah2 dia.
Tak sabar nak dengar Adik gelak2.:)

Ahad

Papa sudah bayarkan Zakat Fitrah untuk tahun 2009. Kali ini bayar untuk 4 orang pula sebab dah ada Adik. Bila dah bertambah ahli keluarga ni boleh pula bertambah kadar zakat iaitu RM7 seorang. Oklah kot mengikut kadar belanjawan tahun ini pun dah meningkat dengan nilai ringgit yang rendah. RM7 ni sama dengan nilai RM3.70 tahun lepas. Aisehman.

zakatfitrah09

Isnin

Pergi Jaya Jusco Bukit Raja dengan Yaya dan Cunna. Pergi dari jam 930 sampai jam 100 tengahari.Dasyat betul membelibelah. Kononnya nak shopping baju Papa dan Adik aje, bila tengok kameja Baby kiko tuh, belilah sehelai untuk Abang Ash. Kesian pula. hehe Padahal dah shopping untuk Abang bulan lepas. Tambah lagi dengan yang ini dah jadi 5 helai dah baju raya Abang kali ini.
Baju raya Adik pula dua pasang skirt sedondon dengan kasut dan reben kepala. Kasut belum boleh guna lagipun, saja nak melawa. Kata babygirl. Lawa kena lebih dari Mama dia. 🙂
Baju raya Papa pun dah beli sehelai kemeja dan sehelai Tshirt untuk pakai saja2. So sekarang dah beres pasal baju raya untuk kami sekeluarga. Cuma sekarang kena fikir pasal kuih raya pulak. Dah tempah sikit dengan Niza dan Yaya, order dengan Kakja dan Opah. Kena jugalah beli kerepek sikit2. Lepas tuh dah selesai semuanya. hehe Raya pun dah tak lama. 15 Ramadhan pun baru aje lepas. 🙂

2 thoughts on “Arisha 3 Bulan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *