Antenatal Checkup

Macam kebiasaanya seperti bulan-bulan yang sudah, Asid pergi checkup antenatal di Pusrawi. Pergi jam 9.00 am dan balik jam 12.15 pm. Walaupun sistem nombor dah digunakan di Hospital ini, tapi masih kira lambat prosesnya. It’s okay sebab Papa Ash dah ambil cuti untuk checkup ini. Lagipun Dr bukan sengaja datang lambat, ada hal katanya.

Result checkup hari ini, alhamdulillah semuanya okay, urine test, tekanan darah, keadaan bayi dalam kandungan, uri ada di atas dan tak tutup pintu rahim. Cuma baby dalam keadaan songsang atau lebih tepat duduk melintang, Dr kata okay sebab baby akan bergerak lagi. Tarikh bersalin pada 3 Julai ini. Pelik gak kalau dulu kata 26 June. Tak pelah mana-mana je. Tapi ramai orang kata kita bersalin awal 2 weeks dr tarikh yang diberikan Dr.Apapun bila dah sampai bulan itu, kenalah get ready semua barang.

After this, checkup 3 minggu sekali. Dan lepas itu, 2 minggu sekali. Macam mana Papa nak temankan pergi checkup, takkan dalam sebulan kena ambil cuti 2 kali. hmm jawabnya kena pergi sendirilah lepas ini. 🙁

2 thoughts on “Antenatal Checkup”

  1. hehe Mesti penat giler ek, sampai termuntah. Kalau lah Asid dengan sarat mengandung mcm ni, nak jalan naik bukit lagi… sabar jelah. Naik lepas kot, turun dah tak moo jalan. Baik tunggu orang ambil. hehe 🙂

  2. kadg klu dh ade appointment xsemestinye on time kan..
    last week ina g pantai flw up check up.. husband xleh anta, ina nekad naik bas mls nk drive.. dh la turun salah, turun kt syabas bangsar..menapak lg then naik bukit.. sape yg penah jln kaki naik bukit ke hosp pantai 1st time mesti xnk lg dah.. smpi hosp terus cr toilet muntah.. bile blk turun bukit dh kire ok dah wlpon basah lencun kene hujan yg lebat.. half way husband ambik. smpi subang xhujan.. ps ni xnk dah naik bas.. biar teksi mahal xpe..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *