Antenatal Checkup Lagi

Sudah 3 minggu berlalu dari tarikh checkup yang lepas, so lepas ni dua minggu sekali pulak checkup. 29hb April ni pulak.

Hari ini pergi checkup pukul 9 lebih, ingat pasti orang yang ke belasan dan maybe habis dalam jam 12 tengahari macam itu. Papa just drop Mama dekat pintu masuk Pusrawi, lepas itu Papa dan Ash pergi Maybank, ada benda hendak di hantar ke sana.

Sesampai di kaunter Klinik Pakar Siti Khadijah, macam biasa kena ambil nombor giliran. Pelik sungguh pelik, dah lewat macam ini boleh dapat nombor ke 3. Barulah perasan, kali ini datang tengah bulan, ramai ibu mengandung checkup hujung bulan. Yang ramai ini pun maybe diorang macam Asid, kandungan dah sampai 7 bulan. Kalau lah selalu checkup macam keadaan ini selalu kan best. Tapi takkan.. ramai orang checkup hujung bulan sebab dah gaji kan.
Sure 29hb ini ramai ramai. Get ready lah ek, tunggu lama punya. 🙂

Result checkup kali ini, alhamdulillah tak ada-apa masalah, kedudukan baby pun ditempat yang sewajarnya iaitu kepala dibawah, uri di atas, tali pusat okay tak ada di keliling kepala baby, air ketuban still okay banyak space lagi untuk baby membesar. Sekarang baby baru 1.4kg, harap2 oklah ek pembesarannya, tapi mama pulak naik mendadak, dah 72.5kg, dulu time berat macam ini nak bersalinkan Ash dah, aiseh. kali ni lagi gemuklah mama nampak gayanya. Next Checkup nanti mesti kena injection untuk Kancing gigi. Dulu tak ingat, macam mana kenanya.. sakit ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *