Antara Punca Isteri Sukar Mengandung

Semoga arwah guru saya sentiasa dicucuri rahmatNya. Ilmu yang ingin saya kongsikan kali ini dipanjangkan untuk tatapan sekelian yang saya perolehi dahulu sewaktu arwah masih hidup. Zaman moden kini ramai para isteri yang bekerja menambah pendapatan keluarga. Kewangan keluarga semakin meningkat namun seiring dengannya pula ialah peningkatan kesukaran untuk mendapatkan zuriat dalam bahasa mudah ialah susah untuk mengandung.

Bila timbul masalah ini, doktor pakar sakit puan sangat beruntung kerana mendapati bilangan mereka yang ingin berurusan begitu ramai sekali. Kos rawatan yang dikenakan pula ada yang melibatkan puluhan ribu ringgit dan itu pun belum pasti akan mengandung. Jadilah wanita tersebut sebagai bahan ujikaji yang diberikan ubat ini dan itu serta pelbagai rawatan kesuburan lainnya.

Masalah menemui doktor sakit puan ini tidak begitu memudharatkan sekadar memudharatkan kewangan. Yang akan saya ceritakan ini lebih memudharatkan lagi. Bagi yang putus asa dengan rawatan doktor dan alternatif yang lebih mudah dan murah, ramai di antara mereka yang mengalami masalah ini menemui bomoh, dukun dan tukang urut sebagai usaha untuk mendapatkan anak ? mengandung. Inilah yang lebih parah kerana menemui dukun dan bomoh ini sebenarnya adalah permulaan kepada azab yang lebih besar dari Allah kerana telah mensyirikkanNya.

Salah seorang jiran saya sejak kebelakangan ini hampir setiap tahun menerima menantu. Sehingga kini 3 orang anaknya telah selamat melangsungkan perkahwinan mereka. Namun apa yang menyedihkan sekali ialah sehingga kini jiran saya ini belum mendapat pangkat datok kerana anak dan menantu mereka ini masih belum mengandung.

Di tempat kerja saya pula ramai pasangan yang lebih sepuluh tahun kahwin masih belum mendapat anak dan beberapa orang lain pula sudah lima tahun berkahwin juga masih belum mendapat anak. Ada seorang hamba Allah tu apabila saya nasihatkan agar semoga mudah mengandung begitu sombong sekali menolak nasihat saya dengan mencebikkan muka namun hakikatnya ialah sehingga saat ini beliau masih belum mengandung.

Pada hari raya aidilfitri lalu saya telah dikunjungi pasangan suami isteri rakan setugas saya. Dalam pertemuan tersebut sempatlah mereka mengadukan masalah mereka iaitu walaupun sudah lebih setahun berkahwin, isterinya masih belum mengandung. Kira-kira sebulan lepas iaitu kira-kira tiga bulan selepas kunjungan di aidilfitri sewaktu berselisih ditempat kerja, dengan begitu gembira suami pasangan ini mengucap kesyukuran dan terima kasih kerana isterinya baru disahkan mengandung. Alhamdulillah setelah kira-kira 3 bulan mengamalkan nasihat yang diberikan, isterinya telah mengandung.

Satu ketika sewaktu saya membeli belah dipasar raya Extra, saya merasa begitu sedih melihatkan seorang perempuan yang saya jangka seorang isteri sedang memasukkan jeruk anggur ke dalam bekas plastik. Saya merasa sedih kerana ini bakal menyusahkan perempuan ini untuk mengandung. Saya memberanikan diri untuk mendekati wanita ini dan mula bertanya “suka makan jeruk?” “Memang kegemaran saya” jawab wanita ini.

“Sudah berkahwin?” saya menambah. “Sudah 3 tahun” wanita ini menjawab. Tepat seperti jangkaan saya bahawa wanita ini sudah berkahwin. “Berapa orang anak?” saya menyoal untuk mendapatkan kepastian hipotesis awal saya. Seperti yang saya jangkakan wanita ini menjawab ” belum dapat anak lagi”. Selepas mendapat fakta yang dikehendaki saya pun memulakan sesi nasihat semoga kelak beliau mendapat anugerah anak termasuklah memberhentikan tabiaat memakan jeruk yang baru sahaja dibeli. Semoga Allah memberikan wanita ini zuriat dari anak yang soleh.. Semoga Allah memberikan zuriat (mengandung dan melahirkan anak), amalkanlah nasihat berikut:

Elakkan:
– Minum coca cola, pepsi cola, minuman bergas
– Makan junk food
– Segala jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah seperti jeruk mangga dan ceremai
– Makan makanan fast food seperti KFC, Mc Donald dan piza
– Makan burger dan naget
– Makan jambu batu

Suami pula dikehendaki meminum susu lembu tepung fullcream atau susu segar. Kalau merokok perlu berhentikan tabiaat ini.Tidak ketinggalan dari petikan akhbar hari ini, si isteri juga kena minum susu lembu sama ada dalam bentuk tepung fullcream atau susu segar.

Coca cola dan Pepsi Cola was invented by American Jews dengan satu objektif iaitu untuk merosakkan kesuburan manusia. Itulah sebabnya mereka begitu bersungguh-sungguh memasarkan produk ini diserata dunia. Namun ironinya ialah dinegara mereka sendiri iaitu Israel, produk Coca Cola dan Pepsi Cola tidak ada dijual kerana sememangnya mereka ingin meramaikan bangsa Yahudi. Namun apa yang penting sekali sebelum melaksanakan tip atau petua ini ialah mendapat redha Allah.

**************************************************************

Petikan dari kiriman Rosmawati di dalam SIM

18 thoughts on “Antara Punca Isteri Sukar Mengandung”

  1. Hai Fika dan semua kengkawan,

    Fiza baru 6 bulan berkahwin, masih terlalu jika hendak dikatakan Fika mengalami masalah sukar mengandung. Mungkin belum dikurniakan rezeki. Yang boleh dilakukan oleh Fika dan suami ialah berusaha di samping memohon berdoa kepada Yang Esa serta mengamalkan petua2 diatas. InsyaAllah dengan Doa yang ikhlas, Fika dan suami dikurniakan zuriat. 🙂

  2. akum sume… saya fika baru 6 bulan berkahwin, saya mengalami masalah sukar untuk mengandung.. mungkin belom ada rezeki dr allah… dan saya berserah dan tak behenti berdoa kepada nya.. saya nak tanya kawan-kawan ubat untuk penyakit sengugut.. masalah yang saya hadapi ini berlaku sebelom saya menjadi isteri orang.. ramai orang kata perempuan yang mempunyai sakit sengugut ini mempunyai masalah sukar untuk mengandung.. kalu ada kawan-kawan yang tahu apakah ubatnya boleh lah bantu saya ya.. terima kasih..

  3. salam…selamat pagi..sy nak tanya kekawan kalo kita mengandung elok tak kita makan vitamin OBIMIN..kawan sy yg syorkan..sebab sy asyik meloya jer..lagi satu macamana yer kita cara penjagaan kandungan yg betul..risau sy..sy baru 6 minggu hamil..ikut tarikh yg telah di scanoleh doktor..tapi alhamdulillah ari ni tak der sgt meloya..syukur sgt..moga-moga smpai ke petang la mcam ni..boleh kerja dengan aman…doakan sy yer kawan2..wassalam

  4. berjumpa bomoh atau lebih kepada “kahin” dalam bahasa hadis adalah haram dan membawa kepada syirik…kalau tukang urut tersebut ada unsur2 kahin atau kebomohan tu yang tak boleh….nak kenal kahin/bomoh ni adalah bila dia bercakap tentang alam ghaib, menyatakan masa depan, dan memberitahu apa yang orang lain taktahu dan mendakwa dia tahu….kalau dia mendakwa ilmu itu dari allah, ilham dari allah tapi jelas ada unsur2 jin dan alam ghaib itu juga disebut kahin…ni saya dengar sendiri ustaz syamsuri kamus ceramah

    maksudnya berjumpanya dengan tukang urut yang tiada unsur2 kahin tu takpala…tapi kena hati2 dalam kita berikhtiar….benda haram tetap haram walaupun baik niatnya….

    Dalam pengambilan makanan ni banyak benda yang patut dititik beratkan..bukan semata ia makanan masa kini dan semua org makan maka kita ambil dan tak logik untuk elak..salah tu….

    Sememangnya makanan seperti Coke / Nuggets / fast food dan apa yang disebut itu lansung tidak mempunyai khasiat, penuh dengan karsinogen, diet tidak seimbang, banyak gula, dan sebagainya..Makanan tersebut lebih kepada”JUNK” dan tidak membawa sebarang kebaikkan…melalui video2 kesihatan dan pembacaan saya saya rasa logik elakkan makanan yang ada tiada faedah untuk badan…

    contoh coke yang kandungan gulanya banyak boleh menyebabkan diebetes, obesiti dan menurut beberapa sumber COKE adalah satu wadah yahudi untuk merosakkan umat islam dimana mereka meletakkan bahan yang boleh merosakan sistem kesuburan..percaya atau tidak di israel mereka tidak minum coke dan ia tidak dijual disana….

    kebanyakan nugget dan daging burger lazimnya bukan berasal dari daging asal..tapi diproses dari tulang tulang lembut, lidah, perut dan sebagainya…begitu juga ayam KFC, MCD dan sebagainya mempunyai kandungan hormon wanita yang tinggi dan sekiranya dimakan selalu dan tanpa kawalan saya yakin ia akan memberi kesan kepada kesuburan….

    merokok juga begitu…penjagaan semasa mengandung dan kesuburan lelaki adalah “BERHENTI” Merokok…Fatwa juga menyebut merokok adalah HARAM kerana tidak ada sebarang faedah pun daripada merokok malah hanya merosakkan kesihatan…..

    Suami yang merokok dan tidak mahu berhenti merokok adalah suami yang kejam dalam diam….sebab perokok pasif seperti isteri dan anak-anak mendapat risiko yang lebih banyak untyk cepat MATI….bukan tunggu suami nak berubah baru nak berubah..isteri main peranan untuk lembutkan hati supaya dia berenti.

    dalam ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM 1989 FATWA TENTANG MEROKOK dibuat pada 25 10 1995 haram merokok dalam definisi rokok itu ialah Merokok adalah haram bagi mana-mana orang Islam menghisap apa -apa jenis rokok.Bagi maksud fatwa ini , ” rokok ” ialah tembakau yang digulung dengan kertas atau daun nipah atau selainnya.

    Sekiranya mempunyai zuriat dan tiada kesukan mengandung, dengan cara permakanan yang tidak sihat sebenarnya kita memberi kesan kepada kesihatan anak-anak. Tahap kesihatan anak adalah rendah dan cepat berpenyakit……pemakanan yang diambil semasa mengandung mempengaruhi kesihatan anak sebenarnya…contohnya sekiranya kita kurang mengambil kalsium, gigi anak cepat rosak dan tak kuat…mengambil ayam/makanan yang banyak unsur2 kimia pula menanam unsur kanser di dalam badan anak sejak dari dia dalam kandungan….

    lagi satu pengambilan makan yang tidak dr unsur2 shubahah juga perlu agar anak-anak kita mudah di didik dengan baik…..jangan ambil mudah sebab sekarang ni FAST FOOD, dan sebagainya mempunyai unsur-unsur yang meragukan dan pemprosesan bahan makan dan ternakan secara kejam…..

    jadi saya raya logik dan perlu untuk elak terus..takpalah kalau teringin, sekali sekali nak rasa oklah…….tapi cari fast food/makanan kita yakin kehalalan dan kebersihannya.

    lagipun bukan semua org mampu nak makan makanan kesihatatan dari amway, Elken LD, Venus dan senama dengannya….lagi pula kalau kita elak kan lebih jimat….PERLU ke nak effort semua benda yang mahal ni semata-mata nak menjaga kesuburan sedangkan cara makan kita tak jaga….

    saya nak tekankan sekali lagi, makanan yang BAIK bukan saja untuk kesihatan fizikal tapi ROHANI juga…..

    nak Cari makanan HALAL Susah Nak cari makanan HALAL dan TOYIBBAH lagi susah…jadi hati-hatilah….biar cantik fizikal lagi baik akhlak rohaninya….

  5. Assalammualaikum…
    Alhamdullilah setelah mas menangis berhari2, meminta zuriat pada illahi.. setelah mas kawin 10 bulan.. ohhh bergitu stress bila org lain pregnant.
    Dan di awal bulan ogos ni mas tak dtg period dah..
    Cek2 mas dah mengandung 6minggu. Ya Allah Swt… sungguh besar pemberianmu… hanya engkau yg maha mengetahui kegembiraan di hati..

    Pada kawan2 mas btl2 minta doa selamat dari kalian… Amin

  6. saya pernh jumpa bidan yg mengurut dn bagitau jika nk mgndung tidk digalakkn minum air gas,air kelapa dan mi.lama jgk tk mkn semua tu,tp hasilnya sma je.msh blm ada zuriat.Tp Qada dn qadar Allah itu sya terima dn akn trs berusha.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *