Antara Punca Isteri Sukar Mengandung

Semoga arwah guru saya sentiasa dicucuri rahmatNya. Ilmu yang ingin saya kongsikan kali ini dipanjangkan untuk tatapan sekelian yang saya perolehi dahulu sewaktu arwah masih hidup. Zaman moden kini ramai para isteri yang bekerja menambah pendapatan keluarga. Kewangan keluarga semakin meningkat namun seiring dengannya pula ialah peningkatan kesukaran untuk mendapatkan zuriat dalam bahasa mudah ialah susah untuk mengandung.

Bila timbul masalah ini, doktor pakar sakit puan sangat beruntung kerana mendapati bilangan mereka yang ingin berurusan begitu ramai sekali. Kos rawatan yang dikenakan pula ada yang melibatkan puluhan ribu ringgit dan itu pun belum pasti akan mengandung. Jadilah wanita tersebut sebagai bahan ujikaji yang diberikan ubat ini dan itu serta pelbagai rawatan kesuburan lainnya.

Masalah menemui doktor sakit puan ini tidak begitu memudharatkan sekadar memudharatkan kewangan. Yang akan saya ceritakan ini lebih memudharatkan lagi. Bagi yang putus asa dengan rawatan doktor dan alternatif yang lebih mudah dan murah, ramai di antara mereka yang mengalami masalah ini menemui bomoh, dukun dan tukang urut sebagai usaha untuk mendapatkan anak ? mengandung. Inilah yang lebih parah kerana menemui dukun dan bomoh ini sebenarnya adalah permulaan kepada azab yang lebih besar dari Allah kerana telah mensyirikkanNya.

Salah seorang jiran saya sejak kebelakangan ini hampir setiap tahun menerima menantu. Sehingga kini 3 orang anaknya telah selamat melangsungkan perkahwinan mereka. Namun apa yang menyedihkan sekali ialah sehingga kini jiran saya ini belum mendapat pangkat datok kerana anak dan menantu mereka ini masih belum mengandung.

Di tempat kerja saya pula ramai pasangan yang lebih sepuluh tahun kahwin masih belum mendapat anak dan beberapa orang lain pula sudah lima tahun berkahwin juga masih belum mendapat anak. Ada seorang hamba Allah tu apabila saya nasihatkan agar semoga mudah mengandung begitu sombong sekali menolak nasihat saya dengan mencebikkan muka namun hakikatnya ialah sehingga saat ini beliau masih belum mengandung.

Pada hari raya aidilfitri lalu saya telah dikunjungi pasangan suami isteri rakan setugas saya. Dalam pertemuan tersebut sempatlah mereka mengadukan masalah mereka iaitu walaupun sudah lebih setahun berkahwin, isterinya masih belum mengandung. Kira-kira sebulan lepas iaitu kira-kira tiga bulan selepas kunjungan di aidilfitri sewaktu berselisih ditempat kerja, dengan begitu gembira suami pasangan ini mengucap kesyukuran dan terima kasih kerana isterinya baru disahkan mengandung. Alhamdulillah setelah kira-kira 3 bulan mengamalkan nasihat yang diberikan, isterinya telah mengandung.

Satu ketika sewaktu saya membeli belah dipasar raya Extra, saya merasa begitu sedih melihatkan seorang perempuan yang saya jangka seorang isteri sedang memasukkan jeruk anggur ke dalam bekas plastik. Saya merasa sedih kerana ini bakal menyusahkan perempuan ini untuk mengandung. Saya memberanikan diri untuk mendekati wanita ini dan mula bertanya “suka makan jeruk?” “Memang kegemaran saya” jawab wanita ini.

“Sudah berkahwin?” saya menambah. “Sudah 3 tahun” wanita ini menjawab. Tepat seperti jangkaan saya bahawa wanita ini sudah berkahwin. “Berapa orang anak?” saya menyoal untuk mendapatkan kepastian hipotesis awal saya. Seperti yang saya jangkakan wanita ini menjawab ” belum dapat anak lagi”. Selepas mendapat fakta yang dikehendaki saya pun memulakan sesi nasihat semoga kelak beliau mendapat anugerah anak termasuklah memberhentikan tabiaat memakan jeruk yang baru sahaja dibeli. Semoga Allah memberikan wanita ini zuriat dari anak yang soleh.. Semoga Allah memberikan zuriat (mengandung dan melahirkan anak), amalkanlah nasihat berikut:

Elakkan:
– Minum coca cola, pepsi cola, minuman bergas
– Makan junk food
– Segala jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah seperti jeruk mangga dan ceremai
– Makan makanan fast food seperti KFC, Mc Donald dan piza
– Makan burger dan naget
– Makan jambu batu

Suami pula dikehendaki meminum susu lembu tepung fullcream atau susu segar. Kalau merokok perlu berhentikan tabiaat ini.Tidak ketinggalan dari petikan akhbar hari ini, si isteri juga kena minum susu lembu sama ada dalam bentuk tepung fullcream atau susu segar.

Coca cola dan Pepsi Cola was invented by American Jews dengan satu objektif iaitu untuk merosakkan kesuburan manusia. Itulah sebabnya mereka begitu bersungguh-sungguh memasarkan produk ini diserata dunia. Namun ironinya ialah dinegara mereka sendiri iaitu Israel, produk Coca Cola dan Pepsi Cola tidak ada dijual kerana sememangnya mereka ingin meramaikan bangsa Yahudi. Namun apa yang penting sekali sebelum melaksanakan tip atau petua ini ialah mendapat redha Allah.

**************************************************************

Petikan dari kiriman Rosmawati di dalam SIM

18 thoughts on “Antara Punca Isteri Sukar Mengandung”

  1. sy baru 9 bulan kawen, tp lum dikurniakan anak,
    sy tk makan jeruk, minuman bergas pun tidak, ajinomoto pun tidak, kfc, mcd@sewaktu dgnye, 2bln 1kali, itu klu dh tk de pilihan……..
    anak memang rezeki dr Allah, tp adekah cara lain yg bole sy usahakan?

  2. Salam,
    Saya ingin bertanya, adakah minuman teh herba pelangsiang salah satu punca sukar hamil? Walaupun bahan dalam teh herba tradisional BioZ Niu Slim tersebut menyatakan adalah dari bahan yang selamat dan tiada kesan sampingan, adakah kesan bahan tersebut boleh menyebabkan sukar hamil? Satu lagi soalan, pada zaman sekarang ini banyak yang canggih, adakah alat penggetar perut untuk melangsingkan tubuh salah satu punca sukar hamil? Saya hanya sekadar bertanya kerana ada seseorang yang dekat dengan saya mengamalkan perkara yang saya nyatakan di atas.

    1. Assalamualaikum Iza, Asid tak sure plak psl amalan2 ni sangat. better tanya doktor yang lebih arif. Btw.. dulu mama asid de bagitahu jiran dia mengandung 5 bulan, tp dia x tahu dia mengandung sbb dia ada ambil ubat2an traditional yg memanaskan badan (krgkan risiko hamil). So, ubatan traditional kebanyakkannya tidak menganggu proses kehamilan, maybe menyukarkan sedikit bg sesetenggahnya. 🙂

  3. Antara ilmu yang perlu diamalkan yang nak kongsi bersama.

    Sahabat nabi s a w bertanya adakah boleh tidor selepas berjunub. Nabi s a w jawab boleh tapi bangun dulu ambil wuduk baru boleh tidor. Sebaiknya dalam keadaan junub, haid dan nifas kalu nak tidur amik wuduk dulu. Sebabnya kalu tak wuduk bahaya menanti. Syaitan boleh masuk kacau kita, masuk melalui kemaluan dan rongga yang terbuka, boleh mengganggu janin, rahim yang sebabkan tak dapat anak or janin rosak. Selain tu jin/syaitan akan masuk ke badan membawa penyakit yang susah diubati spt cancer. Seperti ustaz maklumkan sebelum ini cancer ni penyakit yang dibawa oleh jin dan syaitan. Perkara ini ada dalam fatwa ijmak ulamak walaupun para doktor payah nak akui. (Minta dijauhkan- Nauzibillah)

    Sampaikan pesanan kapada Kawan2 kita. Semoga ilmu yang sedikit ini akan menjadikan kita lebih baik daripada hari sebelum.

  4. kawan saya pun dah setahun lebih kahwin tapi belum di kurniakan zuriat…masa dia pi cek doktor doktor advice kalau dalam setahun belum ada sebenarnya normal…

    selalunya pemeriksaan kesuburan digalakkan dibuat selepas setahun mencuba tapi belum ada rezeki….

Leave a Reply to iza Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *