Alam Bujang Alam Rumahtangga

Suami isteri hendaklah mengetahui dan menyedari perbezaan berikut:

Alam Bujang‘ bermaksud mana-mana lelaki atau wanita yang belum pernah melakukan akad nikah yang sah mengikut hukum syarak.

Alam Rumahtangga‘ bermaksud mana-mana lelaki atau wanita yang sudah diakadnikahkan secara sah mengikut hukum syarak.

Tanggungjawab manusia sama ada semasa alam bujang mahupun setelah berumahtangga adalah terhadap Allah, diri sendiri, keluarga dan sekalian makhluk.

Firman Allah S.W.T dalam surah Ali Imran ayat 112 yang maksudnya:

‘Mereka ditimpa kehinaan (dari segala jurusan) di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia. Dan sudah sepatutnya mereka beroleh kemurkaan dari Allah, dan mereka ditimpa kemiskinan (dari segala jurusan). Yang demikian itu, disebabkan mereka sentiasa kufur ingkar akan ayat-ayat Allah (perintah-perintahNya), dan mereka membunuh Nabi-Nabi dengan tiada alasan yang benar. Semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan mereka sentiasa mencerobohi (hukum-hukum Allah).”

Keistimewaan beribadah bagi pasangan yang telah berumahtangga:

+ Solat orang yang berumahtangga ganjarannya adalah 70 kali ganda daripada solat orang yang bujang.
+ Amalan anak-anak yang belum baligh, ganjarannya adalah diterima oleh kedua ibubapanya.
+ Kematian anak yang masih kecil akan menjamin ibubapanya masuk syurga.
+ Memberi makan anak isteri adalah sedekah.
+ Bekerja mencari nafkah adalah jihad.

2. Tanggungjawab Suami:

a. Patuh kepada perintah Allah dan Rasul. Ianya bertepatan dengan Firman Allah Taala yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada ‘Ulil-Amri’ (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.” An-Nisa : 59

b. Menjadi pemimpin (ketua keluarga) kepada anak dan isteri.
c. Mengajar ilmu Fardu ‘Ain kepada anak dan isteri seperti berikut:
+ Ilmu Tauhid, supaya akidah mereka berbetulan dengan akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah.
+ Ilmu Feqah, supaya ibadahnya berbetulan dengan syariat agama.
+ Ilmu akhlak, supaya terhiaslah kehidupannya dengan akhlak terpuji.
+ Ilmu Tasauf, supaya ia ikhlas dalam beramal dan dapat menjaga segala amalannya dari rasa riak, ujub dan takabbur.
d. Memberi nafkah zahir seperti makan, minum, pakaian dan tempat tinggal dari wang dan punca usaha yang halal.
e. Memberi nafkah batin.
f. Sebagai penasihat dan pemudahcara kepada ahli keluarga.
g. Bertanggungjawab memastikan jalan dan laluan hidup mengikut lunas-lunas Islam.
h. Berlaku adil dan tidak menzalimi anak isteri.
i. Memberi keutamaan kepada urusan kebahagiaan rumahtangga.
j. Memastikan tidak berlaku sebarang kemaksiatan dalam rumahtangga.

3. Tanggungjawab Isteri:

a. Patuh kepada hukum Allah dan Rasul.
b. Patuh kepada perintah suami samada dalam keadaan susah dan senang kecuali yang bertentangan dengan hukum syarak.
c. Sentiasa berhias diri untuk suami sahaja.
d. Sentiasa menjaga diri dan rumahtangga.
e. Menjadi pendorong dan penasihat dalam hal kebajikan.
f. Memahami hal-hal yang digemari dan dibenci oleh suami.
g. Segala tingkahlaku dan perbuatan hendaklah menyenangkan hati suami.
h. Sentiasa mendoakan keselamatan atas suami dan keluarganya dalam setiap waktu terutama selepas sembahyang.
i. Sentiasa menambah ilmu agama dan serta amalan-amalannya dengan gemar membaca, mendengar kaset-kaset syarahan agama, menonton dan mendengar rancangan berbentuk agama di tv dan radio serta mengikuti majlis-majlis ta’lim.
j. Bersifat keterbukaan dan menilai diri.

Petikan dari sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *