Akikah @ Seksyen 18

Salam, Sabtu lepas sesudah kelas Dhuha di Masjid An-Nadhah, kami melawat dua orang muslimat qariah disini yang tidak berapa sihat. Pertama, Makcik Ann. baru balik dari Hospital selepas operate potong 3 jari kakinya akibat kencing manis. Hanya berkerusi melayan kami, kelihatan kakinya bengkak.. wajah sugul namun tetap ceria kerana kengkawan setempat mengunjungi beliau.

Kedua, rumah Mak cik Asnah. Seberang jalan dengan rumah Asid. Duduk di atas tilam di ruang tamu menunggu kami. Beberapa bulan lepas (kalau tidak silap) beliau mengalami kemalangan ketika memandu kereta dan terseret oleh lori. Mujur tiada sakit atau luka yang berat cuma, disebabkan kemalangan itu.. beliau membuat xray dan mendapati ada bengkak dikepala yang menyebabkan saluran air keliling otaknya, ada tersumbat. Dijadualkan akan melalui pembedahan tidak lama lagi. Semoga mereka berdua tabah dan sabar menjalani dugaan dari-Nya.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Barang siapa mengunjungi orang sakit atau menziarahi saudaranya yang seagama, maka memanggil akan dia oleh malaikat: Baik engkau dan baik perjalanan engkau dan sesungguhnya engkau telah menempatkan dalam syurga suatu tempat yang baik.”

Sementara itu, Allah juga memberi ganjaran kepada orang yang menziarahi orang sakit. Daripada Thauban, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Orang yang menziarahi orang sakit sentiasa berpeluang ‘memungut’ ganjaran dari syurga sehinggalah ia pulang.”  (Hadis riwayat Muslim)

Selepas itu, kami menghadiri majlis akikah Nur Iman dirumah Mak Cik Salmah. Anak angkatnya yang tomei nomey ini. semoga menjadi anak yang solehah dear.

comel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *