Adik 8 Bulan

Arisha sudah 8 bulan. Last checkup last week.. berat adik hampir 9 Kg. Bulan depan pula, Abang Ash 3 tahun dengan berat 16 Kg. hehe Sangat seronok bila tengok anak-anak Mama dan Papa ini membesar dengan sihat di depan mata. Semoga anak-anak Mama ini akan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Berjaya di dunia dan diakhirat. Amin.

Berita penting… Adik sudah tumbuh 2 batang gigi.. satu bawah satu atas… 2 batang lagi akan menyusul.. GO GO GO BADIK!!!!

Adik sudah pandai turun dari sofa.. dan berdiri macam nak berjalan.. Tak sempat nak ambil gambar tadi sebab takut adik jatuh.. hehe sangat happy Mama. 🙂

Alhamdulillah saat gentir anak-anak Mama yang tidak sihat itu… sudah berlalu. Sangat sedih tengok diorang sakit. Monyok dan tak larat betul tengoknya. tapi sekarang Adik sihat dan Abang Ash pun sihat.:)

Adik semakin hari semakin pandai.. setiap masa belajar sesuatu. Daripada tak pandai meniarap, kini boleh dikatakan sudah “expert”. Sekarang tengah belajar tonggek buntut.dah lebih tinggi dari kepala.. kaki pula sudah boleh bengkok kan.. cuma belum maju ke dapan. Mungkin sikit masa lagi, adik dah boleh merangkak. Cayok cayok cayok Badik!!!.

Dari tak boleh duduk, kini dan boleh duduk (kekadang kena sandar something dekat belakang). Adik dah boleh duduk dalam kereta bulat (berkat kereta bulat Abang Ash dulu). Dari asyik mengundur ke belakang, sekarang adik dah pandai mundar mandir. Pergi ajerlah ke mana dia nak pergi. Fav place Adik.. hmm kitchen Mama. Sudah pandai tarik2 kuali. Papa selalu cakap, ” rajin2 lah ke dapur ye Badik.. biar rajin masak.. pandai masak.. jangan jadi macam —– kamu!!!”. Sabar ajelah.

Semenjak Adik pandai duduk dalam kereta bulat tuh, senang sikit kerja Mama. Nak masak, nak mandi, nak mengemas.. janji ada benda yang adik boleh main, yang lain pasti bereh.

Adik makan nestum pelbagai rasa. Especially keluaran Nestle. Orang duduk sibuk suruh boikot product ni, tapi aku still beli. Bukan apa mendealah ni yang Adik suka makan. Kalau tak kasi makan kang.. jadi jekeding lak badannya macam Mok su dia.. asyik makan ikan bilis goreng jer.. itu pasal badan jadi macam ikan bilis.. kecik2!!! huhu

Adik sudah ada ‘nickname’. Bukan panggilan manja.. saja. ‘Adik Si Pemakan Kertas’. Pantang dapat kertas, buku, magazine, news paper… pasti semua tuh jadi mangsa Adik.. uish uish sabar ajerlah.

2 thoughts on “Adik 8 Bulan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *