Ada Apa Dengan PPSMI?

Mungkin sudah banyak atau pelbagai pendapat mengenai PPSMI diutarakan. Namun baru ke hari ini, saya berkesempatan untuk meluahkan pendapat saya mengenai PPSMI. Saya sememang tidak menyokong bantahan dan demokrasi untuk Mansuhkan PPSMI.

Bagi saya, Bahasa Inggeris amat penting dalam kemajuan dan pembangunan anak-anak bangsa kita kelak. Dengan menekankan pembelajaran bahasa Inggeris dalam subject sains dan matematik, tidak bermakna Bahasa Melayu di perkecilkan dan dilupakan. Bahkan bangsa kita akan mudah dan dapat bersaing dengan negara-negara barat.

Pendidikan di pusat2 pengajian tinggi juga menekankan pembelajaran dalam bahasa inggeris. Buku2 teks dan rujukan juga dalam bahasa inggeris. Jika anak2 bangsa kita tidak diberi penekanan kepada bahasa inggeris sejak dari sekolah rendah lagi, bimbang mereka tidak akan dapat survive dalam pengajian tinggi dan seterusnya sukar mendapatkan kerja setelah habis belajar.

Saya juga mempunyai adik yang belajar di Sekolah Rendah sekarang dan akan menduduki UPSR tahun ini. Bila di tanya, adakah dia sukar belajar dalam bahasa inggeris? dijawab tak ada. Saya juga menggalakkan dia supaya mendalami bahasa inggeris dan matematik.

Apa masalahnya dengan Bahasa Inggeris?? adakah dosa jika kita mentuturkannya?? Tepuk dada tanya selera..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *