Abang dan Adik

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi aku dikurniakan anak2 buat pengikat kasih dan pengubat duka.

Abang Ash, anak Mama dan Papa yang sulung. Banyak harapan yang dicurahkan kepada Abang Ash. Harapan supaya menjadi anak yang soleh, taat kepada Allah dan Rasul, taat kepada Ibu Bapa, hormat orang tua, menjadi anak yang berguna… sebagai tempat menumpang susah senang tatkala Mama dan Papa tua nanti, menjadi pembimbing dan pelindung Adik selalu.

‘Janganlah Abang Ash selalu buat Adik nangis. Kesian Adik. Abang Ash mainlah elok-elok dengan Adik. Adik kan masih kecil, dia tak tahu apapun. Abang Ash pula nak masuk 3 tahun bulan depan. Abang Ash dah besar kan? Dah pandai pun. hehe :)’

Adik Arissa. Baby gurl Mama yang cute dan manja ni. Selepas balik kampung hari tu, Adik asyik nak berkepit aje dengan Mama, langsung tak nak dukung dengan Papa. Ini mesti kes Mama asyik dukung Adik jer dekat kampung. Lagipun Opah tu ajar dukung ajer. Sikit2 dukung. huhu itulah sekarang ini, Adik asyik nak berdukung aje.


Adik sekarang sudah meningkat maju. Gigi dah ada 6 batang. 4 batang diatas dan 2 batang di bawah. Adik pun kalau merangkak tu sudah maju ke depan,bukan macam dulu asyik ke balakang aje. Sekarang pun adik sudah pandai duduk dengan sendirinya. Baru 2 kali bolehnya, dari merangkak, tongek2 buntut, then duduk. 🙂

4 thoughts on “Abang dan Adik”

  1. Asid,ko buat entry utk anak aku ek,Arissa hehehe….Nama anak ko bukan ke Arisha ke hehe…

    Anak aku takde gigi lagi tp sama la mcm Arissa…dah boleh berdiri kalau jumpa tempat dia boleh paut hehe…

    Ko ni meh la tempah kek kat aku kalau balik Chini nanti hehehe… (sempat lg promosi)

    1. Wakaka.. tak perasan lah pulak.. hehe maklumlah buat entry ni pun terkejar2, Arisha(eja yg betul) tu macam tahu aje aku buat entry pasal dia, asyik merengek je.
      Tempah kek ngan ko? memang ada hajat, tapi tulah balik pun sekejap je. InsyaAllah kalau adik lelaki aku tu nak bertunang, aku tempahlah kat ko. hehehe 🙂

      1. hihi…takpe arr..musim nama sama nie…kita belasah je ape nak eja haha…

        asik ko nk bertunang?adik ko yg mana ni?bukan ke sekolah lg (memandai je aku hehe)

        tp kek aku bukan 5star pun kek biasa2 je..huhu..aku nk g pasir gudang nnt,ingat nak roger chepet..dia tu kejap sms pastu diam jerk..huhu

        1. Apa pulak Asik? ko ni, adik aku yg lelaki sorang tu lah. Umur dah 20an wei. Sekolah tahun bila tuh.. wakaka.. dia nak bertunang tp tak tahu lagi, awek tgh belajar.
          Alaa.. aku bukannya x pernah rasa kek air tangan ko. Kek bakit yg simple tu pun sedap giler. Ni apantah lg kek yg macam pesen ko buat. huhuhu kalau tgk gambo2 kek ko tu, hmm telan air liur jelah.
          Ye ke ke Johor? alamak.. huhu kirim salam berbanyak2 dkt chepet dan kamal ye… i miss her so much.. bergambo lah byk ngan dia, kasi aku tgk. Jgn jadi cm kita hr tuh, sagan berborak..last2 termiss bergambo. huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *