Abang Ash Yang Nakal

Kisah Abang Ash Yang Nakal ini memang sudah lama aku hendak ‘posting’kan. Cuma masa tidak berkesempatan. Maklum sajalah aku sekarang ada part time job. Bukan satu tapi banyak. Ada masa aku bercucuk tanam dan meternak binatang, ada masa aku jadi chef di Couple’s cafe aku tuh (jemputlah singgah ye.. aku kasi diskaun baik punya), dan ada masa pula aku jadi Mafia, perompak, kaki buli, kaki gaduh.. semualah yang kaki-kaki itu aku buat, maklumlah nama aku Don Asida. Itu belum campur dengan anak-anak aku ini lagi. Jaga rumah lagi. hmm memang penatlah aku hari-hari siapa suruh semua kerja aku nak buat.. padan muka aku.

Kembali kepada tajuk semula. Kisah kenakalan Abang ash a.k.a Babang ini semakin menjadi. Bermula dari tabiat bermain dengan bedak, sampai satu botol habis. Habis dicurahnya bedak ke atas kereta-kereta dia. Tidak cukup di situ, dituang pula bedak atas kerusi. Geram juga di buatnya. Bedak itu baru saja dibuka. Habis macam itu saja. Membazir saja.

BedakLepas itu, aku kasi pengajaran sikit. Bebelan aku saja rasa tidak cukup. Aku letak dia dekat satu tempat. Tersorok dan gelap. Bagi dia nangis puas-puas dekat situ dan menyesali serta berfikir pasal benda yang dia buat tadi. Aku punyalah membebel serta bersyarah dengan panjang lebar.. dia buat tak tahu je.. tapi sekali Papa dia buka mulut.. meraung bagai nak rak. Anak Papalah kata kan.

Bedak2Itu aku boleh bersabar lagi. Tapi kes kedua kenakalan dia ini dasyat betul. Habis lengan si Adik dikerjakan. Apa pasal lah dia gigit lengan adik ni? geram ke apa ke.. aku tak ada jawapan. Memang ini dia kena sedas…. kesian adik menangis… air mata keluar macam hujan.. huhu sian Adik.. 🙁

Gigit2Kesian Badik…

2 thoughts on “Abang Ash Yang Nakal”

  1. assalamualaikum asid..adoi..sahsyat jg ash ni. huhu tp same lah dgn perangai iqe tu..huhu dah brapa kali adiknya jatu sebab iqe tu :(( ..huhu mmg membebel dah jadi rutin harian vv ni 🙁 ..huhu xhabis tu pasal bedak..bedak punya pasal, penat kepala ni pikir mcmna nak selamatkan bedak2 tu..mmg betul la kata asid tu..bedak yg baru jer buka, tup2 dah abis :(( …xnmpk pun dia p amik bedak2 tu..

    adiknya si iqa balik2 la pula nangis sb abangnya kasar sgt bawak dia main..huhu sabar jer la..tp klu dah tak tahan, mmg kena la alamatnya..huhuhu

    1. Wasalam Vivie. Lama sudah VV tak beri komen dekat sini. Rindulah pula rasanya.
      Kalau bab bedak tuh sekarang kalau lepas guna, mesti Asid letak di tempat tinggi. Cthnya atas almari. Memang dia x dapat dia ambil. Kekadang terlupa letak, sempat juga dia main. hehe
      Pasal Iqe tu rsnya dia nak main je ngan adik dia, tp biasalah boy. Kasar. Adik pula girl lemah lembut. Macam Ash ni, dh pandai ajak adik main cars dia. Tapi baling2 pula, mcm adik dia pandai sambut. wakaka :))

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *