Abang Ash Peminat Bola Selangor

Al-kisah bermula hari Sabtu yang lepas, selepas “Open House” . Papa hendak pergi Stadium Selayang untuk melihat bola sepak Selangor vs PDRM (2-2). Oleh kerana kesian kepada Abang Ash, merengek suruh dipakaikan selipar (masa Papa buka pintu hendak keluar). Papa tanya, “Nak bawa dia ke nih?”. “Suka hati. Kesian dia. Tapi kalau dia menangis kat sana macam mana?. Kalau sanggup bawaklah.”

Papa bawa Abang Ash. Mama pula siapkan beg galas dia dengan susu sebotol, pampers 1, kereta mainan dia 2, seluar panjang 1 (buat spare kalau bocor nanti) dan juga bekalan London Swiss Roll 2 paket.

Abang Ash happy sangat sebab dapat ikut Papa. Tahu ke tidak hendak pergi tengok bola tu? hehe.

AshBola

Alhamdulillah kata Papa, Abang Ash behave betul. Tidak nangis langsung. Memula saja segan dengan kengkawan Papa, lepas itu relax saja. Aku pun suka dan relax dekat rumah. Tambahan lagi, Adik syok tidur. 🙂 Dapatlah rehat sekejap.


4 thoughts on “Abang Ash Peminat Bola Selangor”

  1. Pelapis yang masih pakai pelapik (diaper) hehehehe…bagus2.Anak jantan biar ajar jadi jantan betol2 hehe…senang nanti…tp ajar hok molek2 je la.. =D

    1. memang masih memakai pelapik. hehe tapi dah ada peminat ramai. huhu ramai yang sibuk mengambil pic dia malam tuh.. hehe
      InsyaAllah daripada besar nanti duduk melepak tepi jalan, baik dia melepak tengok bola dengan Papa dia. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *