Abang Ash Benjol di Sekolah

Assalamualaikum,

Ini kisah Abg Ashraf balik dari sekolah kelmarin. Masa ambil dia, dia sedang nangis di tepi dinding. Bila tengok dekat2, nampak bengol di dahi dia. Kesian. Apalah di mainnya dengan kengkawannya tuh. Nak marah kang, pikir budak2 lagi. Tabahkan hati dan minta Cikgu tengokkan lenkali.

Cikgu kata, tak sedar bila masa dia jatuh. Tetiba dengar dia nangis. Bila ditanya dia tak cakap apa-apa. Sudah taruk minyak.

Mama tanya Abang Ash pun Abang ash tak nak cakap. Cuma kata tak nak pergi sekolah. Nak duduk umah aje. Tengok tv, pergi barber makan ais krim. Banyak benor permintaan nya 🙂

Dalam perjalanan balik sambil jalan kaki, tanya Abang. ” Babang cakaplah kat Mama, kenapa Abang Ash benjol kepala ini..”. “nanak nanak” sambil teresak2. “Okay, kalau babang beritahu Mama kenapa kepala Abang benjol, Mama bawak pergi barber, kasi hemsem .. kemudian kita makan ais-krim..nak tak?”.  “nak!”

“Okay. Babang jatuh ke tadi?”. Abang Ash anggukkan kepala. “kenapa boleh jatuh? abang main lari-lari dengan kawan ya?”. Angguk2kan sambil tambah, “awan tolak babang”. maksudnya kawan tolak babang. “Okay, kawan mana? laki ke pompuan?”. “laki”. “Ok. lepas ini babang jangan main lari-lari dah. Dah habis belajar, babang duduk diam-diam.. tunggu mama datang.”. “K”

Petang tu jugak, pergi PKNS.. barber. Gunting Rambut dan Makan Ais Krim

-Tamat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *