Abang Ash 2 Tahun Setengah

Sekarang umur Ash, Baby Ash, Babang, Ashraf, Abang ialah 2 tahun setengah. Cepat betul anak Mama dan Papa ini membesar. Kebanyakkan orang yang menengok Ash buat pertama kali atau setelah lama tak tengok, pasti tanya “berapa umur dah ni?”. “2 tahun setengah”. “ooo tinggi juga ek budak ni”. Yup!! kalau dibandingkan dengan ayah sepupu dia tuh, memang Ash tinggi. Bila tinggi ni, badan nampak kurus. Cuba tengok pipi dia tuh, kurus ke? hehe

Ashraf3

Ash sekarang sudah pedah bercakap, cerita2 kisah yang dia sendiri paham bila laju dah jadi macam bahasa German plak , kuat minum susu Dugro Madu Lazat terutamanya bila nak tidur, kena marah atau dahaga. Ash kurang makan nasi, kalau ada sup ayam  dan kari ayam.. hmm baru menambah bila makan macam Papa dia.

carantara yg sempat diambil..

Hobi Ash tiap2 hari, tiap2 masa, selalunya lah bermain bersama2 car collections dia. Memang hantu kereta!. Kalau tiap kali pergi Giant seky 9 dan 7E seky 6 tuh, mesti kena beli kereta Hotwheels tuh dan lolipop satu. Dah jadi macam satu kewajiban dah. hmm dan lagi Papa dia belikan juga car tiap kali shopping. ish ish.

yaya

Selain dari anak Papa ni, dia rapat benor dengan Atok dan Yaya. Sikit2 Yaya! Yaya! Yaya!. At least okay jugalah kami boleh tinggalkan dia dengan diorang semasa nak pergi balik kampung, shopping, tidur dan lain2 arr. berbaloi!!

Kekadang Ash ni dah boleh diharap. Boleh tolong jaga dan nengok2 kan adiknya Arisha tu. hehe thanks ya Babang.

p/s buat Babang: Jadilah anak yang Soleh, Pandai, Rajin dan Berjaya!! Mama, Papa dan Arisha Love You So Much.. darling.. muahxxxx

2 thoughts on “Abang Ash 2 Tahun Setengah”

  1. ya…itu dia superhero udah besar… semoga jadi anak yang baik n soleh ye babang…anak aku yang pompuan pun main keta suma…aku pun konpyus,hehehe…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *