
8. Kisah Nabi Ismail
October 22, 2024
10 & 11. Kisah Nabi Yaakub & Yusuf
October 24, 2024[9/25] – Nabi Ishak
Mahukah anda tahu…
1) Nabi Ishak dilahirkan di Palestin dan dibesarkan oleh ibu bapanya, nabi Ibrahim dan Sarah.
2) Nabi Ishak merupakan anak miracle kerana lahir ketika ibu bapanya sudah sgt tua (Nabi Ibrahim berusia 120 tahun dan Sarah 90-an) dan Sarah merupakan wanita mandul.
3) Semasa Allah hantarkan 3 malaikat kpd nabi Ibrahim utk sampaikan yg mereka diutuskan utk membinasakan kaum Lut, Allah describe dlm Quran yg Sarah tertawa (sbb finally something is going to happen to kaum Lut) dan kemudian 3 malaikat td sampaikan berita gembira yg Sarah sedang mengandungkan nabi Ishak. Ishak or Isaac bermaksud “yg membawa gelak tawa” sempena gelak tawa Sarah tadi.
4) Seperti nabi Ismail, nabi Ishak menjadi penyambung legasi bapa mereka dlm menyebarkan kebaikan melalui agama Islam. Nabi Ishak dedicate seluruh hidupnya sbg seorang nabi yg memperjuangkan agama Allah.
5) Nabi Ismail melahirkan keturunan kacukan arab sehingga lahirnya nabi Muhammad. Manakala nabi Ishak pula melahirkan nabi Yaakub yg melahirkan 12 org anak (termasuk nabi Yusuf) yg membentuk 12 bani Israel. Drpd bani Israel lahirlah kebanyakan nabi seperti nabi Musa, Isa, Harun, Daud dan Sulaiman.
6) Nabi Ishak wafat di Khaleel, Palestin seperti bapanya.
7) Nama nabi Ishak disebut sebanyak 15 kali dlm Al Quran.
#ramadantales
By Sharifah Syazreen