9 Bulan

Hari ni tepat 9 bulan asid pregnant. Lagi sepuluh hari lagi baby akan dilahirkan. Macam-macam perasaan sekarang, takut, gembira, sedih dan risau. Macam biasa jugak hari ini ada appointment dengan Doktor. Kalau tak ada apa-apa, maybe hari ni boleh tahu due nak bersalin, harap2 boleh pilih 27th March ni. hehehe Bolehlah nanti Mama dan Baby raikan birthday sama2 every year. hehe 🙂

——————————————————————————-

Hari ni buat urine test, C.T.G (untuk check tekanan darah baby melalui denyutan jantungnya. Alhamdulillah denyutan jantung baby okay, so bolehlah tetapkan due operate Asid hujung bulan ni. Kata doktor Adilah tadi, berat baby kurang bertambah takut pembesarannya terbantut,kena operate dalam tiga hari ni. Kalau denyutan jantung baby still okay,bolehlah amik masa 1 week lagi. Alhamdulillah.

Tiga hari dengan seminggu ni macam tak ada perbezaan pun, sebab still operate. Tapi mengenangkan birthday baby nak sama dengan Mamanya, kenalah tunggu dulu ek.. baby ek. Walaubagaimanapun, kena check kadar pergerakan baby, kalau baby kurang gerak atau tak bergerak one day, memang kena cepat2 pergi hospital. namun, harap-harap sempatlah dengan due tu ek. Dan yang lebih penting, baby gerak ke kedudukan normal dalam masa seminggu ni, before due bersalin. InsyaAllah. Amin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *