8 Cara Tingkatkan Kesuburan

Hamil tidak semudah yang disangka. Keputusan negatif yang sering diterima selepas berkali-kali mencuba tidak semestinya bermaksud anda tidak subur. Untuk meningkatkan peluang hamil, ikuti panduan berikut.

1. Hentikan penggunaan kaedah perancangan keluarga
Apabila anda bersedia untuk hamil, hentikan penggunaan apa jua kaedah perancang keluarga yang sedang digunakan. Tidak kiralah sama ada pil, suntikan, implan, IUCD ataupun yang lain-lain. Perlu anda ketahui, ada wanita yang berupaya untuk hamil sebaik sahaja berhenti menggunakan perancang keluarga. Namun, dalam keadaan tertentu, ada tubuh sesetengah wanita mengambil masa yang lama untuk memastikan hormonnya kembali normal.

2. Buang tabiat buruk
Sebaik sahaja memutuskan untuk hamil, itulah masa yang terbaik untuk anda dan suami menghentikan tabiat suka merokok mahupun minum alkohol. Ini kerana rokok dan alkohol mengurangkan peluang anda berdua menimang cahaya mata. Malah jika hamil sekalipun, ia akan meningkatkan risiko keguguran atau kelahiran kurang berat badan.

3. Nikmati kepuasan
Ada sesetengah pakar berpendapat, kepuasan yang anda kecapi sewaktu bersama suami akan meningkatkan peluang kehamilan. Jadi, lupakan hal yang lain. Tumpukan perhatian anda sewaktu berasmara dengan suami. Nikmatilah keseronokan itu sepuas-puasnya. -makan jamu pun bagus ni, disamping memulihara kesihatan badan, beri tenaga, rawat keputihan, ia juga menghangat hub. suami isteri dgn merapatkan bhg alat sulit. -Jamu Serapat Bonda [RM25, 50biji/sebulan]. Berminat boleh emailkan kepada asieda82@gmail.com

4. Masa yang sesuai
Ketahui hari subur anda. Itulah kunci utama kejayaan untuk hamil. Tanpa mengetahui hari subur yang sepatutnya, peluang untuk sperma dan telur bersenyawa akan menemui jalan buntu. Apa lagi! Kiralah hari subur anda. Namun, untuk mendapatkan jawapan yang lebih tepat anda bolehlah dapatkan kit ovulasi di farmasi berdekatan.

5. Berat badan sihat
Wanita yang memiliki berat badan kurang (kurang daripada BMI: 20) ataupun lebih berat badan (melebihi BMI: 25) dikatakan sukar dan memerlukan masa yang agak panjang untuk hamil berbanding mereka yang mempunyai berat badan yang ideal. Untuk mudah hamil, anda disarankan menjadikan senaman sebagai amalan harian. Lagipun, jika berat badan anda ideal, lebih mudahlah anda kembali langsing selepas melahirkan nanti. – bersauna dirumah pun syok ni. 🙂


6. Relaks
Sama ada tertekan atau mengalami kemurungan, kedua-duanya menyukarkan anda hamil. Jika anda beranggapan kesukaran hamil berpunca daripada masalah ini, lapangkanlah fikiran. Dapatkan bantuan daripada orang-orang tertentu jika masalah anda itu terlalu berat. – bersauna sambil menyirup udara dan bauan dari minyak aromaterapi, boleh mengatasi masalah stress anda. 🙂

7. Kurangkan kafein
Penggemar kafein! Anda perlu kurangkan pengambilan minuman jenis ini. Jika dahulu anda minum sehingga tiga cawan sehari atau lebih, kini jadikannya hanya satu cawan. Kafein berlebihan menyukarkan anda hamil. Selain itu, zat besi sukar diserap sehingga boleh meningkatkan risiko anda menghidap anemia jika berjaya hamil kelak. – banyakkan minum susu segar dan air masak. Amalkan memakan Asid Folic dari awal.. Seawal yang mungkin. 🙂

8. Sperma sihat
Untuk mendapatkan sperma yang sihat, anda dan suami perlu sama-sama berganding bahu mewujudkan persekitaran mesra sperma. Jadi, elakkan penggunaan penyembur vagina, tampon dan apa-apa jua pelincir yang boleh menghalang laluan sperma.
Makan taugeh juga boleh membanyakkan kuantiti sperma. 🙂

(Petikan dari Majalah Pa&Ma)


19 thoughts on “8 Cara Tingkatkan Kesuburan”

  1. Akum…saya ni krg pastilh sm ada sy msh dpt hamil ke tak lps sy mkn ubt perncng keluarga.thn lps sy baru je brhnti mkn ubt…kira dlm 2bln lbh lps tu sy dtg bln berturut2 dan skrg dah normal kmbali sprt biasa dlm 2bln ni.yg hairannya blm ada petunjuk yg sy hamil.adakah sy masih subur @ msh boleh hmil ke tdk slps ambil ubat prncg keluarga??tma ksh…

  2. halo..saya brusia 27 thn..dah ada seorang ank perempuan brusia 3 thn lbih.. Skrg sya nak hamil lg,tp tak dpt. Dah 2 thn lbih sya dh bhenti mngmbil ubt prancang. Suami sya pula jarang ada di rmh..Period pun ok..mcm mana ye..bantu saya..

  3. salam, sy berusia 31 thn, just married last march. saya nak sangat hamil. 1 masalah saya skg ni seblum kawin period saya teratur setiap bulan. kitaran haid 29-30 hari. dan period paint pun x de. tp lepas kawin period x teratur n period paint. So jd risau. ape pendapat u. Thanks

  4. asalam..sye dah berusia 35th.sye kwin usia 32th.smpai skrg sye blm lg ad ank..kdang2 sye rsa strees sgat bla tiap2 bln priod.sye jmpa pkar wnita ktnya sye subur.mslah sye priod dtg x mnentu.mcm mn ye.ada sranan ke..bantu sye

    1. Waalaikummussalam, kena kira kitaran haid dlm 3 bulan tuh.. pastu kira secara purata [kedatangan period tu]. then cuba cari tarikh yg benar2 subur. Masa tuh boleh try make love ngan husband. Insya-allah.

      Nak test guna alat uji tahap kesuburan pun boleh. Dapatkan di farmasi berdekatan. Insya-Allah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *