6 Bulan

Hari ni Baby Ash dah genap 6 bulan. Alhamdulillah sakit perut dia tu dah beransur baik. Dah jarang2 buang air besar. Sekarang dah macam2 baby Ash boleh buat. Pendek kata percapaian yang sepatutnya kanak2 seumur dia boleh buat, Baby Ash pun boleh. Cayok.. cayok!!

2 3 hari ini Baby Ash asyik nak meniarap je. Kejap2 ke kanan kejap2 ke kiri. Kalau dulu nak suruh dia pusing cukup susah. Kena meraung sehabis daya dulu, tapi sekarang pantang letak atas tilam sure dia meniarap. Sebab tu dah tak boleh letak dia tepi katil, takut jatuh. 🙂

Kekadang tu Baby Ash suka main sorang2. Cakap sorang2. Kadang2 nak tergelak je tengok gelagat dia. hehehe 🙂 Barang2 mainan dah senang dia mencapainya. Kalau pegang tu siap boleh pusing2. Tapi satu je masalahnya. Kalau pegang barang sure nak letak dalam mulut. Nak gigit je. Kalau amik mainan tu pulak, dia hisap jari dia pulak. huhuhu

Masa jumpa Doktor hari tu, dia ada pesan. Baby kalau tengok warna merah dia mesti cepat pandai. Alhamdulillah Asid pun selalu pakai baju merah dan warna yang terang2. Mainan dia pun warna-warni. hehe

Baby Ash ni dah pandai sangat cam Mama dan Papa. Kalau baru jumpa seseorang tu mesti kena take time. Dia perhati dulu betul2, dah lama sikit barulah boleh pegang dia, kalau tidak mahulah meraung dia. 🙂

Dah 6 bulan dah Ash ni

 Perkembangan Bayi 6 Bulan

  1. Berat bayi bertambah dua kali ganda.
  2. Simpanan zat besi dalam hatinya kehabisan.
  3. Bayi boleh menelanmakanan bertekstur halus dan cair.
  4. Usus bayi sudah cukup matang untuk menghadam kanji.
  5. Bayi menunjukkan tanda2 dia bersedia untuk makan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *