5-dalam-1: Harga petrol, diesel, gula dan gas naik

Harga naik lagi hari ini, tambahan lagi nak dekat puasa dan raya ni, dasyat betul. Kenapa tak tunggu lepas raya??? huhu.

Apa yang pasti, lepas ini sumer harga barang akan naik.  Terima kasih Malaysia!! dan Malaysia Boleh!

Apapun, sebagai rakyat kita kena akur dan berharap juga berdoa semoga ekonomi negara bertambah maju dan kita hidup aman damai. Bersama2 lah kita memajukan negara dengan;

1. Kurangkan bergerak dengan menaiki kenderaan : jalan kaki ke mana saja. Badan bertambah sihat dan otak cergas.

2. Kurangkan manis dalam makanan dan minuman, lebihkan dalam senyuman. Kencing manis  dapat dielakkan dan pahala bersedekah senyuman semakin bertambah.

3. Kurangkan memasak dengan dapur gas. Gunakan peralatan elektrik (kalau TNB tak naik, kalau naik gak, pakai dapur kayu)

dan lain-lain. Pendek kata, berjimat cermatlah selalu, tak kira masa, tempat dan alasannya. Begitu juga buat AKU. 🙂

lagi info: sumber http://www.malaysiakini.com/news/137437

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *