3 Ramadhan

Hari ketiga Ramadhan ni, hmm sepenuhnya lah kami duduk di rumah sendiri. Satu cabaran yang mencabar tahap kesabaran aku. Maklumlah seharian aku bersama anak2 kecil ni, hmm tergopoh gapah setiap masa. Tambahan pula time berpuasa ni, lapar tu tak sangatlah cuma rasa dahaga giler.. tambahan lagi masa menyusukan Arisha ni. huhu

Bukanlah aku nak merungut ke apa just meluahkan rasa kepenatan yang amat sangat. Maklumlah hari2 macam ini, rumah bersepah, layan anak ni, anak yang tuh pulak nangis, yang ni senyap, yang tu pula bising, yang paling memeningkan bila kedua2 menangis.. huhu sampai aku pun nangis sekali.. adalah 2 3 kali aku nangis sebab tuh.. stress sangat… korang ingat orang yang berkerja aje stress??? surirumah pun boleh stress tau..

Masa untuk diri aku sendiri?? jangan cakaplah. Time aku nak solat, kalau Arisha tak tidur, aku kasi minum air.. kekadang takut juga kalau2 dia tersedak time aku solat. si abangnya pula asyik memanjat belakang aku time aku ruku’ dan sujud. Benda2 macam inilah membuatkan solat aku tu tak berapa khusyuk.

Badan aku pula asyik2 sakit dan rasa bisa2. . dah lama juga aku tak mengurut nih. Last mengurut dengan Opah Ash masa cukul jambul Arisha. Nampaknya balik raya nantilah mengurut pula.

Pasar Ramadhan dekat sini memang sangat dekat apartment rumah aku nih. sebelah aje. Ingatkan aku nak turun jugalah, cari bubur2 ke kuih2 ke buat berbuka. Kalau turun pukul 4 hingga 4.30 petang itu kira oklah kan. Maklumlah aku ni ada dua orang kecil. Dua2 kena jaga bebetul. Kalau pergi time ramai orang, takut pula aku terlepas pandang, si abang hilang pula.

Bila jam 4 tuh, aku tengok dah ada kereta park dekat jalan2 belakang apartment.. sure diorang dah pergi pasar ramadhan. Time ni pula anak aku tengah syok tidur. Melepas ler niat aku nak ke pasar ramadhan. Lagipun tak apelah kalau tak pergi, kalau tidak banyak pula aku memborong. Banyak2 nanti siapa pula yang nak habiskan??? tong sampah itu juga lah tempatnya.. membazir pula namanya tuh..

Akhirnya, semua lauk pauk untuk berbuka ini aku masak sendiri. Dari jam 3 petang start memasak, jam 7 malam juga yang siapnya. Bukannya banyak menu yang di masak (hati ayam masak berlada, ayam goreng berkunyit adabi, sambal belacan bersama potongan jering, kari ikan merah dan sayur kangkung tumis ikan bilis), tapi banyak kerenah anak2 yang di layan. Pendek kata tergopoh gapah ler aku membuat kerja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *