Kesan Pengambilan Pil Perancang
Mar 2011 08

Kesan Pengambilan Pil Perancang11

Posted In Kehamilan,Kelahiran,Tip Kesihatan

1. Pengambilan dalam tempoh lama sebabkan haid sikit dan berhenti

Semua pil perancang keluarga seperti Regividon boleh menyebabkan haid menjadi pendek, sedikit dan lama kelamaan haid boleh berhenti. Ini disebabkan pil hormon ini menghalang ovari daripada aktif terutama bagi tujuan ovulasi.
Setiap bulan ovulasi perlu terjadi untuk haid yang normal iaitu lima hingga tujuh hari, jumlahnya 30 mililiter setiap haid dan ia berlaku setiap 28 hari. Apabila ovulasi terhalang, menyebabkan dinding rahim/emdometrium menjadi nipis.

Lagi lama seseorang itu mengambil pil berkenaan, maka semakin nipis dinding itu yang menyebabkan haid boleh terus terhenti. Haid yang berlaku ketika pengambilan pil perancang keluarga adalah kerana hormon estrogen dan ‘levonorgestril’ yang ada di dalam pil itu.

Bagaimanapun, ia tidak perlu dirisaukan ini kerana ia bukannya penyakit dan akan kembali normal selepas berhenti mengambil pil hormon berkenaan. Tetapi ia mengambil masa yang lama untuk ovari kembali pulih seperti biasa.

Diingatkan bahawa pengambilan pil perancang keluarga tanpa pemantauan doktor adalah tidak digalakkan kerana ia dikaitkan dengan peningkatan kecil kanser pintu rahim dan payu dara. Oleh kerana itu , Doktor menyarankan supaya melakukan saringan ujian lumuran pap untuk kanser pintu rahim dan mamogram untuk kanser payudara. Ada juga kebaikannya apabila mengambil pil ini iaitu ia boleh mencegah kanser ovari dan rahim.

Sumber : Berita Harian (Dr Suhaimi Isa, Pakar Runding Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Pantai Ampang.

2. Tekanan Darah Tinggi (Hypertension)

Seseorang yang mempunyai tekanan darah tinggi tidak digalakkan mengambil hormon tidak kira untuk merancang keluarga atau selepas menopaus. Pil perancang keluarga mempunyai hormon. Oleh itu, seseorang yang mempunyai tekanan darah tinggi tidak boleh langsung mengambil pil perancang tetapi kalau ada alternatif lain yang tidak menggunakan hormon adalah digalakkan.

Ada beberapa cara yang tidak menggunakan hormon iaitu alat dalam rahim/IUCD, mengikat saluran peranakan dan kondom. Di antara tiga ini Doktor mengesyorkan mengikat saluran peranakan kepada ibu-ibu yang juga pesakit darah tinggi dan sudah mempunyai ramai orang anak. Mak cik Asid dah ikat, tekanan darah dia memang tinggi, hari2 kena makan ubat, pulak tuh anaknya empat2 ceaser.

Sumber : Berita Harian (Dr Suhaimi Isa, Pakar Runding Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Pantai Ampang.

3. Pil perancang tidak menyebabkan barah

Banyak kita dengar kesang pengambilan PIL PERANCANGAN dalam masa yang lama akan menyebabkan kanser rahim. Ada juga mengatakan bahawa ia KATA-KATA dari doktor. Ikuti penerangan dibawah oleh pakar sakit puan Dr Adilah Pusrawi.

JIKA benar pil perancang menyebabkan kanser rahim, ini adalah penemuan baru.

Ini kerana banyak kajian sebelum ini mendapati pil perancang berhormon kombinasi sebaliknya melindungi wanita daripada kanser rahim (endometrium) dan kanser ovari.

Wanita yang pernah mengambil pil perancang didapati mempunyai penurunan risiko kanser rahim dan kanser ovari sebanyak sehingga 50 peratus bergantung kepada lama tempoh penggunaannya.

Malah, kesan penurunan risiko kanser ini masih berterusan sehingga beberapa tahun walaupun setelah wanita ini berhenti mengamalkan pil terbabit.

Jarang untuk wanita seusia [35] anda mengalami menopaus. Jika benar, ia dinamakan menopaus pramatang. Ketiadaan haid mungkin disebabkan oleh gangguan hormon.

Eloklah anda berjumpa pakar sakit puan untuk menjalani pemeriksaan dan ujian berkaitan sebelum melabelkan anda sebagai menopaus. Ciri-ciri fizikal pada bahagian kemaluan dapat memberi gambaran mengenai keadaan anda.

Saiz rahim dan ketebalan lapisan haid (endometrium) serta saiz ovari dan kehadiran kantung telur juga dapat membantu. Kadangkala ujian terbabit juga perlu diulangi untuk memastikan kesahihannya.

Jika anda tidak lagi menginginkan kehamilan, anda juga boleh berbincang dengan doktor mengenai pilihan kaedah perancangan yang sesuai, sama ada kaedah kekal (mengikat tiub fallopio) ataupun kaedah sementara yang berkesan seperti implan, suntikan, alat dalam rahim dan pil.

Mari sihatkan diri seluruhnya dengan mengamalkan petua2 kesihatan

 

Info tambahan : SUNTIKAN PENCEGAH KEHAMILAN

Kesan Alahan terhadap suntikan tersebut. KESAN alahan boleh berlaku ke atas mana-mana ubat mahupun makanan. Terdapat dua jenis suntikan pencegah kehamilan di pasaran, sejenis setiap 12 minggu dalam pelarut berair dan sejenis lagi pula setiap lapan minggu dalam pelarut berminyak.
Anda mungkin mengalami alahan terhadap suntikan ini, ia boleh berlaku, tetapi dalam peratusan yang sangat rendah.
Jika anda mempunyai tindak balas alahan terhadap sesuatu, tidak semestinya keturunan anda juga mempunyai tindak balas alahan berkenaan.
Sekiranya anda juga mula mengambil atau menggunakan sesuatu pada waktu yang sama anda mula menggunakan suntikan terbabit, alahan sebenarnya mungkin berlaku terhadap bahan itu.
Jika sebenarnya anda mempunyai alahan terhadap suntikan pencegah kehamilan, maka bertukarlah kepada kaedah pencegah kehamilan lain.
Terdapat kaedah lain yang juga sangat berkesan dan tidak mengurangkan pengeluaran susu badan. Petikan: hmetro.com.my

Fakta tentang PIL PERANCANG : Pil Perancang tidak mengubati anovulasi, ia hanya menjadikan kitaran haid seseorang teratur. Tidak salah jika ingin mendapatkan pemeriksaan doktor mengenai tahap kesuburan anda.

Anda Mungkin Meminati:


11 Comments

  1. zanna says:

    hai saya dah berkahwin dua tahun lepas dan mempunyai seorang anak baru 6bln.. 3 bln lepas saya mengambil pil perancang selama dua bulan dan sudah dua bulan saya berhenti maka.n disebabkb x da selera mkn..dan suda dua bln jg sy x dtg haid? tetapi saya x mngandung…adakah saya perlu bejumpa doktor??atau ini memng kesan pil tersebut..

    • Mrs. Amir says:

      Kalau asid dulu sampai berapa bulan ntah, 8bulan tak dtg haid..doktor kata perkara biasa kalau menyusu sepenuhnya :)

Leave a Comment

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.