Dari Perancang Kehamilan
6. Pil Perancang
Amat efektif dan kesannya boleh berbalik iaitu kesuburan akan kembali sedia kala apabila dihentikan. Ia sesuai untuk semua peringkat umur. Terbahagi kepada dua jenis. Satu daripadanya mengandungi hormon sintetik estrogen dan progestin yang menyerupai hormon yang dikeluarkan oleh badan. Satu lagi jenis pil yang hanya mengandungi hormon progestin. Pil ini kurang efektif dan hanya sesuai untuk ibu yang menyusukan bayi secara eksklusif. Ia juga sesuai untuk wanita yang alah kepada estrogen. Pengunaannya dipercayai mampu mencegah barah ovari dan endometrium; anemia, senggugut dan haid tidak teratur. Jarang menimbulkan kesan sampingan. Kalau hendak guna kaedah ini, sikap konsisten amat penting. Makan pil pada waktu yang sama setiap hari selama 21 hari. Kemudian, berhenti selama 7 hari bagi melengkapkan kitaran 28 hari.
Sebelum ini, Asid guna kaedah injection 3 bulan sekali guna Depocon.. senang kan 3 bulan tak payah fikir pasal nak makan ubat. Senang tu memang senang, tapi ada masalahnya. Jerawat di muka naik mendadak, besar2 pula, hormon tak stabil giler, asyik nak marah aje. Berat badan pun dah naik (konpomlah naik kalau makan perancang nih!).
So, di sebabkan masalah ini, Asid pergi LKPPN Seksyen 16 ( sebelah rumah sewa masa bujang2 dulu) mintak advice tentang jenis2 perancang. Semualah dia cerita satu persatu, nak huraikan panjang sangat. Ingat nak implan je senang, kos kat sana dalam RM 300 something untuk 3 tahun (oklah tu kan tak mahal sgt), tapi katanya kesannya nanti maybe akan sama dengan injection yg aku ambil. Walaupun implan bukan Depocon pun, maybe sama kesannya. Rugi pula kalau tiba2 nak keluarkan sebelum 3 tahun.
hmm makin peninglah jadinya. Nak cuba2 pelbagai pil yang ada ni pun masalah juga sebab muka Asid dah bertambah baik semenjak tinggalkan injection tuh.
Akhirnya buat keputusan, kembali ke PIL PERANCANG YASMIN. Yang terbaik antara yang baik. Maybe korang pun tahun kelebihannya. Asid bagitahu yang mana Asid ingat, Pil ini tidak mengemukkan, hormon tidak terganggu dan boleh mencantikkan kulit. Kesan buruk pula, menyebabkan proses pembekuan darah lambat sedikit. Kalau ada luka ke, lambat sikit darah nak berhenti. Dulu, Dr pakar Asid tak suggest guna pil ini walaupun ia terbaik sebab darah lambat beku tu lah. Yelah kan, Asid dulu dia yang operate so dia tahulah mengenai keadaan Asid. Apapun Asid berserah kepada Yang Maha Esa. Kalau nak baby nanti kenalah makan makanan yang banyak menambahkan kualiti dan kuantiti darah. hehe
Pil ini bagus tapi harganya yang tak bagus..MAHAL!!. Dekat Shah Alam ini Asid baru jumpa satu tempat yang jual, iaitu Hospital SALAM, rm 72.50. Namanya dah swasta.. sume mahal kan. 3 tahun lepas, senang Guardian kecik kat KL itu ada jual. hmm pastu diorang tutup.. susah nak dapatkan stok lagi. Ada sesiapa yang tahu mana lagi nak dapatkan pil perancang ini?? Kalau ada, beritahu Asid okay. thanks
lagi info berkaitan: Cara Mengambil Pil Perancang
Komen dari Majalah Pa&Ma,
yup,saya pernah bekerja di klinik..bdasarkan pglaman n ilmu yang doktor pernah beri pada saya,yasmin is the best among pil perancang sebab ia takkan memberi apa-apa sangat kesan buruk pada tubuh badan,susu, malah.. yasmin juga berfungsi melincin kan kulit( terutama yang berjerawat n berjeragat)..menegembalikan tubuh badan kita pada bentuk asal..(takdelah terlalu kurus)..cuma ia mahal sikit sekitar rm40( di klinik) n rm38 di farmasi.. jika anda masih muda,masih galakn makan pil perancang berbanding injection.. kesan penggunaan keduanya tidak sama.. mesti cari kesesuaian dalam penggunaan pil perancang,kesan pada setiap individu tidak sama..yup,dulu kerajaan bagi saya pil regividon (peercuma la katakan)..tapi berat badan saya bertambah2..among 10 kilo,sampai orang tegur saya mengandung lagi ker?tidak menyalahkan pil peracang,tetapi pil perancang mengawal hormon kita,termasuk hormon nafsu makan ap sahaja.. alhamdulillah, setelah menggunakan novynette(nasihat ibu saya yang menggunakannya) berat badan saya kembali maintain.. takdelah mendadak naik.. cari nasihat yang terbaik untuk penggunaan pil perancang..n makan ikut schedule yerr
p/s: Sekarang asid tak amik pil perancang mana-mana hanya menggunakan kaedah lain. Rasa lebih mudah kot. Umur dah masuk 30 tahun ni, sedang pikir bila nak tambah sorang lagi.. mesti best
Baru-baru ini Asid ada terbaca ada dua jenis pil perancang yg sering menyebabkan pendarahan bila mana diambil dalam tempoh masa yang lama. Salah satunya Yasmin ni. Lupa pula dari blog mana yang pasti ia dari seorang Doktor. Insya-Allah kalau asid jumpa lagi, asid sertakan linknya di sini. All the best semuanya.
Kita hanya boleh merancang, tetapi yang terbaik perancangan adalah dariNya.
salam…sy confiusla…tentang cara mkn pil yasmin…budak farmasi cakap untuk pek pertama makan waktu period hari ke2 n stop 7 hari…pastu hari ke8 sambung makan balik….pek ke2 pun sama…makan hari ke2 period stop 7 day…n sambung mkn pada hari ke8…
Itulah lain orang yang bagitahu, lain pula yang diberitahu dari lain.
pokoknya.. bila2 masa. Cuma kalau makan hari ini, bagilah gap kalau nak bersama pun… atau guna kaedah perancangan sementara yang lain.. cth pakai kondom.
saya dulu, doktor ckp.. kalau tak tahu nak pilih tarikh mana nak start. pilih 1hb. senang kira senang ingat. tp masa itu, saya masih menyusukan baby.. period pun blum dtg.
salam…nak tnya la kak..sy bakal bkwin n sy xfaham sgt mcamna nak gunakan pil perancang ni. klu kita beli dkat farmasi 2, mcamna nak mkan utk 1st time? malam or pagi nak stat makan?hrap akak dpat share dgn sy ni.thnks so much..
wasalam, sudah ada yg share. harap rajin membaca komen2 terdahulu di sini sis.
nak tanya…arini ari ke 96 sy lps bersalin, dan dah 2 kali dtg period..klau sy nak start amik pil yasmin ni bile sy bole start mkn ye? cara mkn mcm mana? bole start mkn masa tgh period? sy agak tak phm cara ambil pil perancang sbb ni anak pertama…
lg satu ari ke brapa kite selamat bersama slps ambil pil?
lebaik baik makan semasa datang bulan. selepas hari 14hari, tidak period. insya-allah boleh. jangan miss aje bak kata org farmasi tuh.
a’kum,saya sebelum ni pun sama gunakan injection depo mcm mrs.asida katakan ada kesan sampingan,muka jerawat ,kulit gelap,jeragat,haid tak teratur,mood tak menentu,dan angin dlm perut yg saya alami setelah hampir 2 thn guna depo masalah muka jerawat telah merisaukan saya.kini saya telah bertukar kpd pil yasmin muka saya kembali cerah,jerawat tiada,perut kempis tiada angin dan haid teratur.saya baru menggunakn 2 bln pil yasmin.waktu kali pertama saya gunakan pil yasmin iaitu hr pertama saya sepatutnya dtg ke klinik untuk dptkan injection depo tp saya terus ambil pil yasmin saya tak tunggu haid dtg sbb saya baru habis haid,saya mkn pil yasmin 10 hari ada kesan seperti muntah di waktu pg,saya teruskan mkn pil hingga ke 21 hr sama juga.selepas 21hr dah takde muntah2 ,4 hr selepas itu haid dtg dgn byk tidak seperti masa saya guna depo dulu darah hanya setitik 2 saja.slps stop pil perancang 7 hr,hr ke8 saya ambil semula sehingga sekrg kesan muntah loya masih ada tp tak kerap seperti mula-mula dulu.adakah itu normal bagi sesiapa saja yg mengunakan pil perangcang yasmin?patutkah saya meneruskan pengmbilannya seperti biasa?
Muntah sekali rasa mual ke sis? better tanya yg lebih arif sbb sy takde pula rs nak muntah.
sebelum ni sya menggunakan loette,tp lbh setahun mkn, brt brtmbh plak,pstu sya di nasihatkan tkr pil kpd mercilon, bbrapa bln guna, brt brtmbh lg dan jrwt brtmbh bnyk d muka,sya ingt nk guna pil jasmine plak..apa pndpt sis..
Boleh cuba sis. ini mmg terbaik so far.
Sy ambil pil perancang yasmin, sllnye kitarn haid teratur, tp skrg ni pil sy xhbs lg tp keluar drh.. Sy kena teruskan @ tidak ambil pil ni
habiskan sis.