Betulkan Kedudukan Bayi Dalam Kandungan 0
Jul15
Tip ini Asid baru jumpa dalam majalah Pa&Ma edisi Julai 2009. Kalau dulu dengar2 petua dari orang tua-tua je iaitu suruh mak bidan pusingkan, banyakkan berjalan dan paling penting banyakkan berdoa kepada Allah S.W.T.
Antara tip-tipnya ialah:
- Berenang – Amalan ini dapat menggalakkan bayi berada di kedudukan yang betul. Namun, elakkan posisi kuak lentang.
- Elak silang kaki - Jangan sesekali menyilang kaki. Pastikan kedudukan lutut berada lebih rendah daripada bahagian pinggul.
- Temukan tangan dan lutut - Langkah sebegini dapat membantu bayi berada dalam kedudukan yang baik. Jadi, temukan tangan dan lutut setiap kali anda dalam keadaan duduk.
- Duduk dengan kaki terbuka - Condongkan badan ke hadapan sambil memastikan kedua-dua belah kaki terbuka (seperti mengangkang).
- Amalkan ÜFO - Ini bermaksud anda berkedudukan tegak, menghadap ke hadapan, dan bernafas dengan teknik yang betul. Pastikan anda praktikkan kaedah ini sebelum atau semasa proses bersalin.




































subscribe to comments RSS
There are no comments for this post