Artikel ditulis

Checkup Minggu 31: Injection kancing gigi 0

Apr29

Dah 31 minggu usia kandungan Asid. Minggu depan 32 minggu/4=8 bulan. Sudah 8 bulan so dah rasa berdebar-debar macam nak bersalin anak pertama pulak. hehe. Takutnya bila memikirkan nak bersalin secara normal. Harap2 tak adalah masalah.

Checkup kali ini, so far semua okay. Mama pergi sorang kali ini sebab Papa tak boleh ambil cuti sebab awal bulan hari tuh dah ambil. Ash pulak tinggal dengan Wan Wan di Shah Alam. Tengahari Papa datang ambil Mama.

Checkup seperti rutin biasa iaitu urine test, scan keadaan dan kedudukan bayi : okay dengan kepala di bawah dan muka mendonggak ke jantung Mama, air ketuban okay, perut mulai ada kesan merekah sebab baby semakin membesar, berat baby dah bertambah menjadi 1.7 kg, berat mama bertambah 900 g, tekanan darah normal cuma kadar denyutan jantung agak laju (takut kena injection!!!). Lepas checkup pergi ambil injection di bahu sebelah kiri untuk mengelaknya kejadian kancing gigi(sakit bila ubat dimasukkan di badan, rasa kebas sikit2). Tak ingat pulak masa mengandungkan Ash dulu ada ambil ke tidak injection ni (mestilah ambil ek).

Next week nak shopping barang yang mana belum lengkap lagi. Beg untuk ke hospital pun belum siapkan lagi. Next week jugalah siapkan. Barang yang belum lengkap lagi pun tak banyak. Tinggal beli bra untuk menyusu (2, 3 pasang), barut perut baby (tambah 2,3 helai lagi), pad bersalin untuk Mama, tisu toilet (lap berak baby) dan barang2 penjagaan badan mama (berus gigi, pencuci muka, deodorant dan lain2).

Blog Widget by LinkWithin

subscribe to comments RSS

There are no comments for this post

Please, feel free to post your own comment

* these are required fields

.:: Aku Seorang Isteri & Ibu ::. is powered by WordPress