Apr 2009 11

Senaman Pernafasan Ketika Hamil5

Posted In Kehamilan,Tips

Senaman penting dilakukan oleh ibu mengandung yang sesuai dengan perubahan fizikal di samping meningkatkan kesediaan fizikal dan mental bakal ibu semasa proses bersalin. Senaman kehamilan ini biasanya dimulakan pada saat kehamilan memasuki trisemester ke tiga, iaitu 28-30 minggu.

Tujuan Senaman Pernafasan Kehamilan

  1. Menguasai Teknik Pernafasan : Senaman pernafasan ini sangat bermanfaat bagi mendapatkan oksigen dan dilatih agar ibu bersedia menhadapi proses bersalin.
  2. Melatih Ketenangan Diri : Membuat tubuh lebih rileks untuk membantu mengatasi stress/tekanan dan rasa sakit akibat saat/proses bersalin.

Teknik Senaman Pernafasan Ketika Hamil

  • Pernafasan perut
  1. Tidur terlentang dengan satu bantal, kedua lutut dibengkokkan dan dibuka kurang lebih 20 cm.
  2. Letakkan kedua telapak tangan di atas perut di sekitar pusat sebagai perangsang. Keluarkan nafas dari mulut (tiup) sambil tangan menekan perut ke dalam.
  3. Tarik nafas dari hidung dengan mulut tertutup, perut mengembang mendorong kedua tangan ke atas.
  4. Perhatikan bahawa gerakan pernafasan dilakukan dengan perut ( jadi dada tidak ikut kembang kempis ).

Sebab : Melemaskan dinding perut agar mudah diperiksa oleh dokter/bidan.

  • Pernafasan dada
  1. Tidur terlentang (seperti pada pernafasan perut), letakkan kedua tangan di dada bahagian atas.
  2. Keluarkan nafas dari mulut (tiup) dengan tangan menekan dada ke arah dalam.
  3. Tarik nafas dari mulut dengan mulut terbuka, dada mengembang mendorong ke dua tangan ke atas.

Sebab : Mengurangkan rasa sakit ketika saat bersalin.

(family21-family.blogspot.com, ifahjeh.wordpress.com, pondokibu.com)

Anda Mungkin Meminati:


5 Comments

  1. gee says:

    mujr gak dapat ilmu yang berguna mcm ni..moga2 bleh manfaat time nak baersalin nanti

  2. Rinie says:

    Bgus dpt jgak ilmu ni.gpun dok tgh tgu masa jer..

  3. naff says:

    wah bagus n3 nih…boleh joint jadi followers ka? TQ

Leave a Comment

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.