Jan 2009 31

Perubahan Badan Semasa Mengandung0

Posted In Kehamilan

Banyak perubahan berlaku pada badan ibu semasa mengandung terutamanya kulit. Perubahan ini mungkin mengubah rupa paras badan ibu terutamanya pada kulit, kuku dan juga rambut. Perubahan ini hanyalah bersifat sementara dan tidak membahayakan, dan ianya akan hilang selepas kelahiran berlaku.

Antara perubahan-perubahan tersebut adalah :-

  1. KulitSemasa mengandung, banyak perubahan fizikal berlaku kepada seorang ibu seperti sakit belakang dan kesan-kesan kulit menegang. Namun yang paling ketara mungkin bahagian kulit, rambut serta kuku. Ianya berlaku kerana perubahan hormon dalam badan semasa mengandung.
  2. Tompok-tompok gelap atau hitam -Ketika mengandung, oara ibu mungkin menyedari kehadiran tompok atau bintik hitam pada payudara, puting dan celah-celah kangkang. Ini kerana paras melanin yang meningkat iaitu komponen yang memberi warna pada rambut dan juga kulit. Terdapat juga kelompok kelabuan di sekitar mata, hidung dan pipi yang dipanggil “chloasma” atau “topeng mengandung”. Selain itu, terjadi juga garisan gelap dari pusat ke kawasan kemaluan dikenali sebagai “linea nigra”. Garisan ini sememangnya ada, cuma ia kelihatan lebih jelas semasa mengandung.
  3. Tanda keregangan - Sepanjang kehamilan, kulit di perut terutamanya di bahagian rahim akan membesar, menegang dan menjadi kemerah-merahan. Tanda regangan ini akan menjadi pudar selepas anak dilahirkan tetapi ia hilang sepenuhnya. Selain itu, penggunaan bahan-bahan kosmetik boleh menyembunyikan tanda-tanda tersebut.
  4. Perubahan pada rambut - Perubahan hormon juga menyebabkan rambut menjadi lebat, kadangkala tumbuh pula bulu-bulu di bahagian yang sebelumnya tiada. Ianya di panggil “hirsutism”. keguguran rambut pula berlaku dalam masa tiga bulan selepas bersalin. Tidak ada ubat untuk menghalang keguguran rambut ini.
  5. Perubahan kuku - Kuku akan menjadi cepat panjang dan kadangkala senang pecah serta merekah. Walaubagaimanapun kuku akan seperti sediakala selepas bersalin.
  6. Vena lelabah - Perubahan pada pembuluh darah juga berlaku kerana disebabkan penambahan jumlah darah di dalam badan. Salur-salur darah kecil kelihatan pada kulit dikenali sebagai “vena lelabah”.
  7. Vena varikos - Penyekatan secara perlahan aliran darah dari bahagian kaki ke jantung  mungkin berlaku disebabkan rintangan oleh rahim yang membesar dan penambahan berat badan. Kaki akan membengkak, menjadi biru dan tidak selesa atau rimas. Ini dipanggil “vena varikos” dan ia juga berlaku di dubur (buasir) atau sekitar faraj. Langkah-langkah yang boleh diamalkan ialah pengguna stoking kaki, bersenam seperti berjalan,berenang dan berbasikal. mengangkat kaki lebih tinggi dari paras jantung ketika berbaring dan jangan duduk dengan kaki menyilang antara satu sama lain.
  8. Lain-lain masalah kulit :-
  • Plak dan papula pruritik urtikarial – Tompok-tompok hitam yang kecil timbul pada peringkat akhir kehamilan. Ianya gatal dan lazimnya bermula di bahagian abdomen merebak ke paha, punggung dan payu dara.
  • Prurigo – Tompok-tompok seperti gigitan serangga pada mana-mana bahagian badan dan pada bila-bila masa.Ianya mungkin tidak hilang selepas bersalin dan bergabung menjadi bahagian yang besar.
  • Pemphigoid gestationis – Jarang berlaku, jika berlaku ia bermula dari tempoh kandungan trimester kedua serta ketiga dan juga sejurus selepas kelahiran.Lukanya seperti melecur air panas dan mungkin boleh mengakibatkan banyak kawasan pada badan.
  • Kolestasis – Ianya merupakan penyakit hati seperti kegatalan pada kulit yang berlaku secara luas di tapak tangan dan kaki juga boleh merebak ke bahagian lain badan.Doktor akan menasihatkan anda supaya kerap ke hospital kerana ia dikaitkan dengan risiko kelahiran pramatang, kematian bayi dan juga permasalah lain.

—————— Petikan dari Mingguan Malaysia kesihatan 6 Apr 2008

Anda Mungkin Meminati:


Leave a Comment

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.