Jul 2008 20

Seks Di Awal Kehamilan4

Posted In Kehamilan

Boleh ke melakukan seks di awal kehamilan?

Komen 1;

Seks di awal kehamilan boleh dilakukan. Ianya tidak masalah. Begitu juga di masa mengandung. Tetapi ianya perlu berhati-hati kerana kebiasaannya faraj sedikit kering, dan terluka. Begitu juga apabila diakhir kandungan kerana akan mengakibatkan selaput kerak di kepala bayi. Bila bersalin nanti doktor pun tau yang anda selalu sangat projek masa mengandung. Malu nanti. :)

Komen 2;

Nak tambah skit….kalau rajin baca buku, boleh refer buku Pa&Ma, for me…it’s good for reference. Selain refer di internet saya refer juga pada majalah 40 minggu yg Indah.

Nak tanya, betul ker kalau make love hujung kelahiran akan sebabkan kerak pada kepala? Perkara ni saya ada tanya juga pada pakar sakit puan tetapi pakar tersebut menafikan pasal hal nih. Dia bagi reason pada saya, baby still dalam kantung dia so macam mana because of making love boleh sebabkan kerak? as long baby in kantung dia tidak terdedah dgn dunia luar. Entahlah kurang pasti. ada kawan cakap,dari pengalaman dia yg lalu…biasa juga make love ujung kelahiran, reason dia senang jer… nak buat laluan baby…biar lancar, tapi saya tgk, kepala anak dia tiada plk berkerak.

rezeki masing2 kot :)

——————————————————–

Petikan dari Kiriman E-mail SIM

Anda Mungkin Meminati:


4 Comments

  1. farra nimsa says:

    salam,

    sy nk tnya boleh ker bersama dgn suami di awal kehamilan?sy kawin bulan 4 jun baru2 ni n di sahkan pregnant pd awal bulan julai..org kata bunting pelamin..hehhe..tp paling menyedihkan sy pada 20julai..sy abortion..YA ALLAH..HNYA ALLAH SAJE YG TAU..betapa sedihnyer sy..pd awal kehamilan sy ada bersama ngn suami..tp sy rasa ia bukan penyebabnyer kan?????boleh tlg explain?samada bleh bersama atau tidak pda di awal kehamilan???

    • Mrs. Asida says:

      Salam, Asid turut simpati, apapun Insya-Allah rezeki akan datang lagi. Seks di awal kehamilan tidak memudaratkan kandungan asalkan ia di lakukan dengan berhati2 sedikit. :)

  2. Mrs. Asida says:

    Itulah. Janganlah malu ek. hehe :)

  3. nurul zakiah zamri tan says:

    bila kak asid tulis ni, malu juga bila pikir, tapi kan hubungan suami isteri tu kan fitrah..kekerapannya pun tak tentu…ish,so saya cr post pasal kerak kat kepala baby ni….

    yang saya baca lah kak asida, untuk elakkan kulit kepala baby berkerak selepas kita bersama ngan suami kita basuh kemaluan kita bersih2…..sebab air mani yang terkumpul kat kolam serviks tu takut menyerap pula ke dalam dengan banyak…
    bab2 ni pun dah dipesan supaya selalu jaga..selepas bersama basuh dan berwudhuk sekiranya takmau mandi lagi…

    pastu ikut pengalaman org2 tua, masa kandungan dah masuk bulan ke 6 minum air kelapa seminggu 1 attau 2 kali supaya dapat membersihkan kulit dan tulang baby..petua ni ramai yang sebut

    kendian makan dua potong nenas dua minggu sekali untuk bersihkan baby jugak….
    ni petua2 yang nurul baca…

    tapi secara sains nya dikatakan kulit baby berkerak sebab masa mengandung hormon dari uri tu terlekat kat kepala baby..bergantung kat ketahanan kulit anak kita…ada yang lepas lahir baik ada yang jadi teruk …sebab tu bila lepas lahir..kena cukur rambut smpai botak betoi2….

    gejala kerak ni dipanggil dermatitia seboroik, baby dapt dari hormon androgen dalam kandungan yang dihasilkan oleh mama dia,

    dctor kata selalunya gejala ni biasa dan normal bagi baby yang baru lahir….gejala yang sekkejap saja….

    kalau lah terjadi jugak, macam kat asid cakaplah habuan masing2…peduli apa malu ke tak malu..kuikui…tu tanggapan saja…org selalu anggap betol padahal takdak fakta yang membuktikan pun……

Leave a Comment

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.