Artikel ditulis

Sukar Dapat Anak 622

SEORANG teman yang sudah lima tahun mendirikan rumah tangga hampa apabila doktor pakar yang ditemui bagi mendapatkan rawatan kesuburan menasihatinya supaya menurunkan berat badan terlebih dulu melalui senaman dan kawalan pemakanan.

Katanya, dia benar-benar hampa kerana baginya, bukan mudah untuk menurunkan berat badan, apatah lagi apabila umur melebihi 30 tahun. Namun inilah hakikat yang perlu diterima. Kajian menunjukkan masalah berat badan, terutama obesiti, boleh menjejaskan kesuburan wanita dan lelaki dengan cara berbeza.

Berat badan unggul boleh diketahui melalui pengiraan Indeks Jisim Badan (BMI) iaitu secara membahagikan berat (dalam kilogram) dengan tinggi kuasa dua (dalam meter).Contohnya, jika seseorang individu itu mempunyai berat badan 70 kilogram dan ketinggian 153 sentimeter (bersamaan 1.53 meter), BMI beliau ialah 29.9. Ini bermakna individu berkenaan termasuk dalam kumpulan berat badan berlebihan.

Menurut Perunding Obstetrik dan Ginekologi Hospital Perkhidmatan Damai, Dr Mahes Sittampalan, kajian menunjukkan peratusan kejayaan untuk mencapai kehamilan melalui teknik persenyawaan in-vitro (IVF) agak rendah di kalangan individu yang mempunyai BMI terlalu tinggi (berat badan berlebihan dan obes) atau rendah (terlalu kurus).

Dalam kajian ke atas 400 pasangan, 21.8 peratus wanita mempunyai BMI kurang daripada kadar normal dan 22.3 peratus lagi mempunyai BMI melebihi 25. Keputusan ini menunjukkan masalah berat badan, sama ada terlalu kurus atau gemuk, boleh menjejaskan peluang mendapat anak melalui rawatan IVF. Banyak kajian terdahulu ke atas wanita di Belanda, Jepun, United Kingdom dan Australia membuktikan, berat badan berlebihan yang keterlaluan ada kaitan dengan Sindrom Ovari Polisistik (PCOS), iaitu antara punca utama masalah kesuburan.

Dr Mahes berkata, bacaan BMI yang lebih atau kurang daripada tahap normal boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon yang diperlukan untuk penghasilan telur (pada wanita) dan sperma pada lelaki.

Masalah ini banyak berlaku dalam masyarakat kita kerana tahun lalu saja dianggarkan 60 peratus wanita dan 40 peratus lelaki obes. Ini bermakna daripada 10 orang wanita, enam daripadanya tergolong dalam kategori gemuk. Jumlah ini didapati jauh lebih tinggi berbanding peratus kegemukan di Amerika Syarikat yang hanya mencatatkan 50 peratus (wanita) dan 30 peratus (lelaki) serta 52 peratus (wanita) dan 67 peratus (lelaki) gemuk di Australia.

“Dalam kajian lain, didapati 30 hingga 47 peratus wanita yang obes mengalami masalah kitaran haid tidak menentu. Penyelidik mendapati enam peratus daripada faktor yang tidak diketahui dalam ketidaksuburan disumbangkan masalah berat badan, sama ada terlalu gemuk atau kurus.

“Bagi wanita yang ada masalah berat badan berlebihan, kaedah rawatan kesuburan pertama ialah mengurangkan berat badan. Kajian menunjukkan lebih 70 peratus wanita boleh mengandung selepas mencapai berat badan ideal.

“Malangnya, sukar untuk menasihatkan wanita kurus supaya menambah berat badan jika mahu mengandung kerana kebanyakannya menganggap lebih kurus lebih baik dan sihat, sedangkan hakikatnya bukan begitu,” katanya

Bagaimana berat badan boleh mengganggu kesuburan?

Obesiti pada wanita boleh:

* Mengganggu proses ovulasi (penghasilan telur) atau tiada ovulasi langsung. Gangguan hormon menyebabkan pembesaran telur tidak sempurna atau tidak mencapai saiz yang diperlukan untuk ovulasi.
* Mengganggu kitaran haid.
* Memanjangkan tempoh rawatan untuk hamil. Jika mengandung pun, kandungan tidak stabil, terutama dalam tiga bulan pertama.
* Kurang respons atau tindak balas badan terhadap ubat kesuburan atau suntikan hormon.
* Memerlukan dos ubat atau suntikan yang tinggi.
* Risiko keguguran tinggi.
* Risiko tinggi menghidap kencing manis dan tekanan darah tinggi ketika mengandung.
* Meningkatkan risiko kecacatan bayi.
* Meningkatkan risiko bayi dalam kandungan bersaiz besar.

Wanita terlalu kurus:

* Kurang rembesan hormon.
* Kurang nafsu untuk hubungan seksual.
* Peratusan implantasi embrio dalam rahim lebih rendah.

Lelaki obes dan terlalu kurus:

* Jumlah sperma kurang.
* Jumlah sperma yang berbentuk tidak normal tinggi.

Perubahan fisiologi wanita dan lelaki

Pada wanita obes, hormon testosteron dan estradiol yang larut dalam lemak berkumpul dalam sel lemak hingga menjadi tepu. Sel lemak yang tepu ini kemudian menukar hormon lelaki yang lemah, androstenediona kepada hormon wanita lemah, esteron.
Kehadiran esteron mengganggu kesan metabolik kelenjar pituitari yang menjejaskan proses ovulasi. Kehadiran hormon androstenediona memberi kesan kepada wanita dengan berlebihan bulu roma di muka, leher dan buah dada (sebahagian daripada gejala PCOS).

Namun, terlalu kurus juga tidak bagus kerana wanita memerlukan 22 peratus sel lemak untuk membolehkan proses ovulasi berlaku. Jika sel lemak terlalu kurang, proses ovulasi dan kitaran haid akan terganggu.

Di kalangan lelaki, ada penyelidik mengatakan, pengumpulan sel lemak di sekitar testis menyebabkan peningkatan suhu yang menjejaskan penghasilan sperma.

Ini sebabnya zakar dicipta di luar badan supaya suhu badan yang tinggi tidak membunuh sperma. Bagaimanapun, kata Dr Mahes, lebih banyak kajian diperlukan untuk menyokong teori itu.

Berapa banyak perlu turunkan berat badan? Dr Mahes berkata, kajian di Itali, United Kingdom dan Australia mendapati, pengurangan sebanyak lima peratus cukup untuk memulihkan kitaran haid pada 60 peratus wanita yang mengalami masalah berat badan berlebihan.

Penurunan berat badan sebanyak 10 peratus akan meningkatkan peluang ovulasi sebanyak 50 peratus. Ini bermakna jika berat badan anda ialah 70 kilogram, jumlah yang perlu dikurangkan adalah tujuh kilogram saja. Ini akan meningkatkan peluang mengandung secara semula jadi dan tidak memerlukan rawatan kesuburan.

Malah, penurunan berat badan ini juga secara tidak langsung meningkatkan peluang kejayaan rawatan IVF. Pengurangan berat badan ini bagaimanapun tidak boleh dilakukan secara mendadak.Cara terbaik ialah dengan menukar corak pemakanan dengan melebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan serta mengurangkan karbohidrat.

Selain itu, setiap individu yang mahu mengurangkan berat badan disaran bersenam (30 minit sehari, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu) dan mengubah gaya hidup (buang tabiat merokok, belajar mengendalikan tekanan dan mesti cukup tidur). Jalan terakhir jika semua kaedah terdahulu tidak berjaya ialah menjalani pembedahan bariatrik; dengan nasihat doktor.

————————————————————————————————————————-

Petikan dari Harian Metro

Blog Widget by LinkWithin

subscribe to comments RSS

There are 622 comments for this post

  1. ros says:

    Sy pun nak masuk 37 thn. dan sekarang sedang cuba kurang kan berat badan dan baru boleh gi jumpa doktor utk apa treatment yang boleh supaya saya dapat mengandung.

  2. azrin says:

    1st iui saya buat gagal so saya buat lap and die keputusannyer tiub tiada masalah malah telur juga ok tapi isunyer…perkahwinan saya sudah 4 tahun tapi masih sukar mendapat zuriat. Apa yang perlu saya lakukan? second iui @ ivf? tapi kos rawatan berapa?

    • Mrs. Asida says:

      Sori Azrin,asid tak dpt jawab soklan ini dengan berkesan sebab Asid tiada pengalaman tersebut. Asid rasa better Azrin bertanya Doktor atau pakar yg lebih arif.

      Apapun ajal, maut dan rezeki itu adalah ketentuan daripada Yang Maha Esa. Namun apa yang pasti.. setiap perkara yang terjadi itu pasti ada hikmahnya walhal perit untuk menanggungnya.Namun, jangan sesekali berputus asa untuk berusaha dan meminta daripada-Nya. InsyaAllah satu masa rezeki itu akan datang jua. :)

  3. rainie stewart says:

    saya dah 10 tahun kawin masih tak dapat anak.. Boleh ke saya buat suntikan terus ke dalam uterus? peratus keberhasilan nya berapa ya? masaalah saya ialah tiub falopia saya satu dah tak de.. adakah itu masaalah besar penyebab ssaya tak dapaat mengandung?

    • Mrs. Asida says:

      Asid pernah mendengar bahawa dengan adanya cuma satu tiub bukanlah merupakan masalah jika ingin mendapatkan anak. Cuma kena berusaha lebih sedikit, cth mengamalkan makanan yg berkhasiat atau mengambil makanan tambahan, pendek kata jaga diri yg lebih…. :)
      peratusan tuh asid tak sure plak. :)

  4. shasha says:

    dulu kat sini ada forum kan? da tutup ke?

    saya dah 6thn stgh berkawin, tapi blum pregnant lagi…

    dah jumpa dr. pakar… dah makan CLOMID… sampai 150mg… tapi telur tetap tak matang…

    skrg ni saya kena inject perut sendiri setiap pagi untuk matangkan telur…. insya Allah, harap2 nye berhasil la ye.. Amin.

  5. lisa says:

    saya tengah tunggu ujian semen dari husband. kalau dia dah buat ujian tu saya ingat nak cuba iui dulu. pastu nak buat ivf. doc kata saya pcos. nak turunkan berat ni sangat payah. umur dah 37, masih ada peluang tak saya untuk dapat baby.

    • Anne says:

      Salam Lisa

      Say pun sama.Next year dah 35.Tiup follopio kaan tersumbat tapi doktor kata ada peluang lagi.entahlah… Byk dah tempat tradisional pergi berubat.Esoksaya nak pergi LPPKN

      • adelia erisya says:

        salam anne.anne dah pi knik lppkn ke? mcamana rawatan ok tak? kos mahal tak? insyaalah nanti dpat gak baby

  6. ilafaizal says:

    saya baru je wat temujanji ngan doktor n akan g az zahrah esok..takut gak la.kawan2 pun ckp awal lagi, tp saya x nak tunggu..sebab memang teringin sangat nak anak.kalau let say ade problem, leh la tau awal2..rate dia mahal x???macam biodex tu, saya xnak try lagi cos nak jumpa doktor dulu.

Please, feel free to post your own comment

* these are required fields

.:: Aku Seorang Isteri & Ibu ::. is powered by WordPress