Tanda-Tanda Hamil 4,704
Apabila anda hamil tanda-tanda dan simtom awal ialah:
- Tidak Datang haid.
- Payudara anda mungkin menjadi berisi dan puting sensitif.
- Anda mungkin berasa loya dan muntah-muntah.
- Anda mungkin lebih kerap membuang air kecil.
- Anda mungkin berasa letih dan selalu mengantuk.
- Anda mungkin sering mengalami perubahan emosi.
- Anda mungkin membenci makanan.
Tanda2 awal bagi wanita yang hamil biasanya ialah ketiadaan haid pada tarikh yang dijangkakan. Jika seseorang wanita itu mengalami kedatangan haid yang tetap dan telah terdedah kepada keadaan yang boleh mengakibatkan hamil, ketiadaan haid menunjukkan ia mungkin hamil. Tetapi wanita yang mempunyai haid yang tidak tetap harus menunggu sekurang2nya 10 hari sebelum berjumpa doktor, kerana pada waktu ini ia tidak dapat memastikan sama ada wanita itu hamil atau tidak. Jika kedatangan haid tidak tetap, ketiadaan haid adalah kurang berkesan untuk mendiagnosios hamil.
Hamil merupakan sebab yang paling lazim berlakunya ketiadaan haid. Di kalangan wanita yang berumur 16 hingga 40 tahun, tetapi kekadang haid terlewat atau terhalang akibat emosi, sesuatu penyakit atau penggunaan ubat-ubatan yang tertentu.
Selain dari hamil, tekanan emosi juga sebab yang lazim bagi ketiadaan haid di kalangan wanita yang sebelum itu kedatangan haidnya adalah normal.
Emosi ini bertindak pada bahagian otak yang mengawal, pelepasan hormon, kebimbangan kerana hamil yang tidak diingini, pergaduhan dengan orang yang dicintai, kerja baru yang sukar, perjalanan jauh.. semuanya boleh menyebabkan ketiadaan haid. Dalam erti kata lain, ia disebabkan tekanan emosi.
Ramai wanita hamil terasa buah dada menjadi besar dan tidak selesa. Sesetengah wanita mengalami sakit di bahagian payudara dan bengkak. Perubahan pada payudara ini disebabkan oleh hormon seks betina estrogen dan progestron yang dihasilkan oleh plasenta. Hormon2 ini menyebabkan pertumbuhan salur dan pundi susu pada buah dada dan menyebabkan lemak2 terlonggok di sekitarnya. Rasa berdenyut2 dan semut2an yang berlaku sekali sekala adalah disebabkan oleh bertambahnya pengaliran darah melalui salur darah yang membekalkan darah ke buah dada. Selain itu, aerola payudara akan berubah menjadi gelap.
Kira-kira separuh dari wanita hamil mengalami loya dan muntah/mual. Biasanya ia tidak begitu teruk dan berlaku di waktu pagi yang turut dikenali sebagai ‘morning sickness‘. Bagaimanapun kadang2 ia menjadi lebih teruk pada bila2 masa. Keadaan ini biasanya berlaku 2 minggu selepas ketiadaan haid dan berlanjutan sehingga 6 hingga 8 minggu. Sebab berlakunya keadan ini adalah kesan daripada peningkatan aktiviti hormon yang mencetuskan toksin di dalam badan. Loya biasanya hilang menjelang minggu ke-12 ketika badan sudah dapat menyesuaikan diri dengan aras hormon yang tinggi. Namun penyebab mengapa ada sesetengah wanita hamil mengalaminya dan ada yang tidak, tidak dapat pula dikenal pasti puncanya.
Dalam peringkat awal kehamilan ginjal bekerja kuat menyebabkan pundi kencing lebih cepat terisi air kencing. Ini pula akan menyebabkan kekerapan membuang air kencing. Peringkat ini ibu2 mengandung perlu berjumpa doktor untuk memastikan kedudukan bayi dalam kandungan benar2 selamat. Untuk mengurangkan kekerapan membuang air ketika tidur dan lain-lain, wanita hamil disarankan supaya menyondong ke hadapan sedikit semasa duduk (atas mangkuk tandas ketika kencing). Ini akan menyebabkan pundi kencing ditekan sedikit supaya saki baki air kecil itu di keluarkan semuanya.
Wanita hamil juga mungkin mudah letih terutamanya di siang hari kerana tubuh terpaksa menerima beban kehamilan di samping beban yang sedia ada. Jadi, cuba dapatkan rehat yang secukupnya. Anda juga dinasihatkan agar mandi sekerap yang mungkin ketika cuaca yang panas terik.
Wanita hamil mungkin mudah mengalami perubahan emosi seperti cepat tersentuh, mudah terasa, mudah marah malah lebih teruk lagi berasa dingin untuk melakukan hubungan kelamin.
Dalam keadaan tertentu, terdapat golongan wanita hamil mengalami masalah untuk makan kerana mereka seolah-olah hilang selera terhadap sesuatu makan. Masalah ini terjadi kebiasaannya disebabkan kekurangan zink dalam tubuh menyebabkan sesetengah makanan, bau atau rasa makanan menjadi ganjil ketika hamil. Jadi, pastikan anda mendapat bekalan zink yang mencukupi dalam setiap menu makanan.
Ujian Pengesahan Kehamilan
Anda sebenarnya boleh mula menguji kehamilan dengan menggunakan alat khas yang boleh didapati di farmasi sejak hari pertama anda sepatutnya datang haid. Alat berkenaan akan mengesan human chorionic gonadotrophin (hCG) di dalam air kencing anda.
Sekiranya hormon itu ada, bahan kimia dalam alat tersebut akan berubah warna bagi menunjukkan keputusannya positif atau negatif. Jika anda melakukan dengan betul, besar kemungkinan hasilnya adalah tepat. Namun, ada ketikanya keputusan menjadi negatif atas sebab-sebab tertentu. Oleh sebab itu, seelok-eloknya lakukan ujian ini di awal pagi sebelum anda mandi kerana hasil ujian akan lebih tepat.
———————————————————————————————————————–
Asid ada jual buku2 mengenai kehamilan ini dan juga DVD nya. Meh JOIN FB asid untuk maklumat lanjut mengenainya…
Petikan dari Buku Permulaan Yang Menakjubkan (Dumex (Malaysia) Sdn. Bhd, Panduan Kehamilan , Kelahiran dan Penjagaan awal si manja, dan Buku Petua Selamat Bersalin, Penjagaan Bayi dan Nama-nama Islam (Norizan Abu Samah)







































bulan lalu haid saya lewat sehari dan ia sepatutnya habis selepas 4 hari. Namun haid saya berlarutan hingga seminggu setengah . ia hanya sedikit2 sahaja seperti last haid. sekarang hanya sehari lagi saya menunggu haid dan tak pasti mengenai kiraannya. adakah saya hamil?
haid sy dah lwt 2 minggu..haid sya mmang x teratur..tp bru kli nie lwt sgt…sy ada rsa muntah n pening..bdn trasa pnas..dah 2 mingu brlarutan sprt ini..tp sy x tau smada sy mngandung atau x..coz,sy tkut sy akn kcewa bla sy x mngandung..adakah itu tnda2 sy mngandung..dan agaknya brapa hari lewat haid bru sy perlu test pregnant…
Salam azira, saya pun sama mcm awak rase tanda2 hamil sume ada tp test pegnen negative.. mmg kcewa..sekarang sy dah lewat 17hari n kelmarin scan xde janin.. cume ada cyst sebesar 2.7mm.. tp doc saran saya cek UPT lg pd 30hb..better tgu la sampai bulan seterusnye buat UPT lg,mane tau kot2 de rezki..jgn mkn ubat luruh haid dulu tau.. sy pun terus usaha n mgharapkan yg terbaek utk sume yg inginkan zuriat.. . InsyaAllah..
Insya-Allah
sya kawin dah 3thn tpi pnah gugur skrg lwt dtg bln 2 hari sy hamil ke?
skrg sya minum buah zuriat ada sapa2 dah cuba?ada org ckp nnt kite bleh hamil.
saya dah kawen hampir 8bulan.. selepas kawen period saya xtentu.. pernah lewat sampai 3bulan..tanda2 hamil ada tapi bile test pregnant hasilnya negative.. dlm bulan ni saya rasa kelainan pada badan. buah dada denyut n sakit kesemutan, pening dan loya kerap terjadi.. badan lemah dan sakit2..ni dah masuk 5ari lewat period..bile test pregnant hasilnya -ve jugak..adakah saya pregnant dan perlu test pregnant lg selepas lewat 2minggu?
saya berkahwin sudah setahun.saya mengalami haid seperti biasa dalam tempoh 11 bulan.tetapi sekarang saya selalu berasa loya dan pening.adakah kemungkinan bagi saya untuk mengandung?
saya ni br jer kawen 3 bulan….slalu period ok tp this time dh lewat 2 hr sy ada juga loya2 dan pening tp sy ni mmg byk angin…..adakah saya pregnant sbb rs mcm mls mengharap mnlah tau hormon tak stabil sbb tue period lmbt dtg…..