Tanda-Tanda Hamil 4,704
Apabila anda hamil tanda-tanda dan simtom awal ialah:
- Tidak Datang haid.
- Payudara anda mungkin menjadi berisi dan puting sensitif.
- Anda mungkin berasa loya dan muntah-muntah.
- Anda mungkin lebih kerap membuang air kecil.
- Anda mungkin berasa letih dan selalu mengantuk.
- Anda mungkin sering mengalami perubahan emosi.
- Anda mungkin membenci makanan.
Tanda2 awal bagi wanita yang hamil biasanya ialah ketiadaan haid pada tarikh yang dijangkakan. Jika seseorang wanita itu mengalami kedatangan haid yang tetap dan telah terdedah kepada keadaan yang boleh mengakibatkan hamil, ketiadaan haid menunjukkan ia mungkin hamil. Tetapi wanita yang mempunyai haid yang tidak tetap harus menunggu sekurang2nya 10 hari sebelum berjumpa doktor, kerana pada waktu ini ia tidak dapat memastikan sama ada wanita itu hamil atau tidak. Jika kedatangan haid tidak tetap, ketiadaan haid adalah kurang berkesan untuk mendiagnosios hamil.
Hamil merupakan sebab yang paling lazim berlakunya ketiadaan haid. Di kalangan wanita yang berumur 16 hingga 40 tahun, tetapi kekadang haid terlewat atau terhalang akibat emosi, sesuatu penyakit atau penggunaan ubat-ubatan yang tertentu.
Selain dari hamil, tekanan emosi juga sebab yang lazim bagi ketiadaan haid di kalangan wanita yang sebelum itu kedatangan haidnya adalah normal.
Emosi ini bertindak pada bahagian otak yang mengawal, pelepasan hormon, kebimbangan kerana hamil yang tidak diingini, pergaduhan dengan orang yang dicintai, kerja baru yang sukar, perjalanan jauh.. semuanya boleh menyebabkan ketiadaan haid. Dalam erti kata lain, ia disebabkan tekanan emosi.
Ramai wanita hamil terasa buah dada menjadi besar dan tidak selesa. Sesetengah wanita mengalami sakit di bahagian payudara dan bengkak. Perubahan pada payudara ini disebabkan oleh hormon seks betina estrogen dan progestron yang dihasilkan oleh plasenta. Hormon2 ini menyebabkan pertumbuhan salur dan pundi susu pada buah dada dan menyebabkan lemak2 terlonggok di sekitarnya. Rasa berdenyut2 dan semut2an yang berlaku sekali sekala adalah disebabkan oleh bertambahnya pengaliran darah melalui salur darah yang membekalkan darah ke buah dada. Selain itu, aerola payudara akan berubah menjadi gelap.
Kira-kira separuh dari wanita hamil mengalami loya dan muntah/mual. Biasanya ia tidak begitu teruk dan berlaku di waktu pagi yang turut dikenali sebagai ‘morning sickness‘. Bagaimanapun kadang2 ia menjadi lebih teruk pada bila2 masa. Keadaan ini biasanya berlaku 2 minggu selepas ketiadaan haid dan berlanjutan sehingga 6 hingga 8 minggu. Sebab berlakunya keadan ini adalah kesan daripada peningkatan aktiviti hormon yang mencetuskan toksin di dalam badan. Loya biasanya hilang menjelang minggu ke-12 ketika badan sudah dapat menyesuaikan diri dengan aras hormon yang tinggi. Namun penyebab mengapa ada sesetengah wanita hamil mengalaminya dan ada yang tidak, tidak dapat pula dikenal pasti puncanya.
Dalam peringkat awal kehamilan ginjal bekerja kuat menyebabkan pundi kencing lebih cepat terisi air kencing. Ini pula akan menyebabkan kekerapan membuang air kencing. Peringkat ini ibu2 mengandung perlu berjumpa doktor untuk memastikan kedudukan bayi dalam kandungan benar2 selamat. Untuk mengurangkan kekerapan membuang air ketika tidur dan lain-lain, wanita hamil disarankan supaya menyondong ke hadapan sedikit semasa duduk (atas mangkuk tandas ketika kencing). Ini akan menyebabkan pundi kencing ditekan sedikit supaya saki baki air kecil itu di keluarkan semuanya.
Wanita hamil juga mungkin mudah letih terutamanya di siang hari kerana tubuh terpaksa menerima beban kehamilan di samping beban yang sedia ada. Jadi, cuba dapatkan rehat yang secukupnya. Anda juga dinasihatkan agar mandi sekerap yang mungkin ketika cuaca yang panas terik.
Wanita hamil mungkin mudah mengalami perubahan emosi seperti cepat tersentuh, mudah terasa, mudah marah malah lebih teruk lagi berasa dingin untuk melakukan hubungan kelamin.
Dalam keadaan tertentu, terdapat golongan wanita hamil mengalami masalah untuk makan kerana mereka seolah-olah hilang selera terhadap sesuatu makan. Masalah ini terjadi kebiasaannya disebabkan kekurangan zink dalam tubuh menyebabkan sesetengah makanan, bau atau rasa makanan menjadi ganjil ketika hamil. Jadi, pastikan anda mendapat bekalan zink yang mencukupi dalam setiap menu makanan.
Ujian Pengesahan Kehamilan
Anda sebenarnya boleh mula menguji kehamilan dengan menggunakan alat khas yang boleh didapati di farmasi sejak hari pertama anda sepatutnya datang haid. Alat berkenaan akan mengesan human chorionic gonadotrophin (hCG) di dalam air kencing anda.
Sekiranya hormon itu ada, bahan kimia dalam alat tersebut akan berubah warna bagi menunjukkan keputusannya positif atau negatif. Jika anda melakukan dengan betul, besar kemungkinan hasilnya adalah tepat. Namun, ada ketikanya keputusan menjadi negatif atas sebab-sebab tertentu. Oleh sebab itu, seelok-eloknya lakukan ujian ini di awal pagi sebelum anda mandi kerana hasil ujian akan lebih tepat.
———————————————————————————————————————–
Asid ada jual buku2 mengenai kehamilan ini dan juga DVD nya. Meh JOIN FB asid untuk maklumat lanjut mengenainya…
Petikan dari Buku Permulaan Yang Menakjubkan (Dumex (Malaysia) Sdn. Bhd, Panduan Kehamilan , Kelahiran dan Penjagaan awal si manja, dan Buku Petua Selamat Bersalin, Penjagaan Bayi dan Nama-nama Islam (Norizan Abu Samah)







































cy baru 2 mggu pas piod. skunk cy slalu sakit kpala n loya, breast pun kekadang menegang n kerap tencing adakah cye pegnant..?? agak2 bape lama cy kna tggu tuk wat pegnant c test eh
Boleh dilakukan seawal yang mungkin, iaitu hari pertama lewat period. Lakukan ujian di awal pagi sesudah bangun dari tidur.
be4 ni period saya ontime 4hb tapi sejak saya kawin bulan 6 baru nie period bln 7 jd 8hb…so bulan ni sy bjet 8hb gak la dtg but arini da lwt 1 ari… saya rasa cm ada perubahan skit dr segi bres saya yg skt disekelilingnya n sy kerap kencing. tp saya x berlaku morning sickness pon…so,agak2 brapa lama sy kna tggu tuk wat prgnant c test tu ya?
salam,kak,sy da sebulan xdtg period n lately ni asyik rasa nk muntah2 je,sy smoker n b4 ni saya hidu mcm2 ok je tp lately ni sy da xboleh hidu sebarangan,asap rokok pn da xleh nk hidu,rasa nk muntah,breast pn ada rasa membengkak n sakit2,adakah sy mungkin hamil??
cubalah Alina buat UPT, ia simple dan mudah.
sy nak tanya la…sy telah berkahwin 4 bula..period sy regular tp sejak 3 hari ini rase rase pening dan loya spt mahu muntah..adakah ini tanda sy mengandung.
Better buat UPT.
saya nak tanye kak, saya melakukn hubungn sebelum period.then period saya dtg mcm biasa.yang menjadi masalah nya, setiap pagi sya selalu merasa loya dan muntah.adekah kemungkinan saya boleh hamil?
sy pernah 3 bulan tidak datang haid,apabila jumpa doktor,doktor cakap sy tidak hamil…sy amat kerap kitaran haid tidak teratur..sy pon tdk tahu masalah apa yg sy hadapi..sy sudah berkahwin selama setahun setengah,tetapi belum lg dikurniakan zuriat..setiap kali lewat datang haid,sy seolah-olah rasa yg sy blm hamil..bagaimana nak pastikan kitaran haid keluar seperti biasa?sy amat berharap d kurniakan cahaya mata,tetapi blm ada rezeki lg..berubat kg sudah,cuma cara moden saje blm mencuba…tetapi sy pasti satu hari nanti,sy akan dikurniakan zuriat…amin
Amin. Banyak sebab kenapa seseorang itu sukar mengandung. Setiap orang mungkin berbea penyebab, hanya Doktor yang arif lebih mengetahui tentang diri Nana. Apapun rezeki itu milik ALLAH, minta lah selalu dengan berdoa dan berusaha. Mudahan Bulan Ramadhan yang berkat ini, rezeki itu akan datang jua.