Artikel ditulis

Tanda-Tanda Hamil 4,704

Apabila anda hamil tanda-tanda dan simtom awal ialah:

  • Tidak Datang haid.
  • Payudara anda mungkin menjadi berisi dan puting sensitif.
  • Anda mungkin berasa loya dan muntah-muntah.
  • Anda mungkin lebih kerap membuang air kecil.
  • Anda mungkin berasa letih dan selalu mengantuk.
  • Anda mungkin sering mengalami perubahan emosi.
  • Anda mungkin membenci makanan.

Tanda2 awal bagi wanita yang hamil biasanya ialah ketiadaan haid pada tarikh yang dijangkakan. Jika seseorang wanita itu mengalami kedatangan haid yang tetap dan telah terdedah kepada keadaan yang boleh mengakibatkan hamil, ketiadaan haid menunjukkan ia mungkin hamil. Tetapi wanita yang mempunyai haid yang tidak tetap harus menunggu sekurang2nya 10 hari sebelum berjumpa doktor, kerana pada waktu ini ia tidak dapat memastikan sama ada wanita itu hamil atau tidak. Jika kedatangan haid tidak tetap, ketiadaan haid adalah kurang berkesan untuk mendiagnosios hamil.

Hamil merupakan sebab yang paling lazim berlakunya ketiadaan haid. Di kalangan wanita yang berumur 16 hingga 40 tahun, tetapi kekadang haid terlewat atau terhalang akibat emosi, sesuatu penyakit atau penggunaan ubat-ubatan yang tertentu.

Selain dari hamil, tekanan emosi juga sebab yang lazim bagi ketiadaan haid di kalangan wanita yang sebelum itu kedatangan haidnya adalah normal.

Emosi ini bertindak pada bahagian otak yang mengawal, pelepasan hormon, kebimbangan kerana hamil yang tidak diingini, pergaduhan dengan orang yang dicintai, kerja baru yang sukar, perjalanan jauh.. semuanya boleh menyebabkan ketiadaan haid. Dalam erti kata lain, ia disebabkan tekanan emosi.

Ramai wanita hamil terasa buah dada menjadi besar dan tidak selesa. Sesetengah wanita mengalami sakit di bahagian payudara dan bengkak. Perubahan pada payudara ini disebabkan oleh hormon seks betina estrogen dan progestron yang dihasilkan oleh plasenta. Hormon2 ini menyebabkan pertumbuhan salur dan pundi susu pada buah dada dan menyebabkan lemak2 terlonggok di sekitarnya. Rasa berdenyut2 dan semut2an yang berlaku sekali sekala adalah disebabkan oleh bertambahnya pengaliran darah melalui salur darah yang membekalkan darah ke buah dada. Selain itu, aerola payudara akan berubah menjadi gelap.

Kira-kira separuh dari wanita hamil mengalami loya dan muntah/mual. Biasanya ia tidak begitu teruk dan berlaku di waktu pagi yang turut dikenali sebagai ‘morning sickness‘. Bagaimanapun kadang2 ia menjadi lebih teruk pada bila2 masa. Keadaan ini biasanya berlaku 2 minggu selepas ketiadaan haid dan berlanjutan sehingga 6 hingga 8 minggu. Sebab berlakunya keadan ini adalah kesan daripada peningkatan aktiviti hormon yang mencetuskan toksin di dalam badan. Loya biasanya hilang menjelang minggu ke-12 ketika badan sudah dapat menyesuaikan diri dengan aras hormon yang tinggi. Namun penyebab mengapa ada sesetengah wanita hamil mengalaminya dan ada yang tidak, tidak dapat pula dikenal pasti puncanya.

Dalam peringkat awal kehamilan ginjal bekerja kuat menyebabkan pundi kencing lebih cepat terisi air kencing. Ini pula akan menyebabkan kekerapan membuang air kencing. Peringkat ini ibu2 mengandung perlu berjumpa doktor untuk memastikan kedudukan bayi dalam kandungan benar2 selamat. Untuk mengurangkan kekerapan membuang air ketika tidur dan lain-lain, wanita hamil disarankan supaya menyondong ke hadapan sedikit semasa duduk (atas mangkuk tandas ketika kencing). Ini akan menyebabkan pundi kencing ditekan sedikit supaya saki baki air kecil itu di keluarkan semuanya.

Wanita hamil juga mungkin mudah letih terutamanya di siang hari kerana tubuh terpaksa menerima beban kehamilan di samping beban yang sedia ada. Jadi, cuba dapatkan rehat yang secukupnya. Anda juga dinasihatkan agar mandi sekerap yang mungkin ketika cuaca yang panas terik.

Wanita hamil mungkin mudah mengalami perubahan emosi seperti cepat tersentuh, mudah terasa, mudah marah malah lebih teruk lagi berasa dingin untuk melakukan hubungan kelamin.

Dalam keadaan tertentu, terdapat golongan wanita hamil mengalami masalah untuk makan kerana mereka seolah-olah hilang selera terhadap sesuatu makan. Masalah ini terjadi kebiasaannya disebabkan kekurangan zink dalam tubuh menyebabkan sesetengah makanan, bau atau rasa makanan menjadi ganjil ketika hamil. Jadi, pastikan anda mendapat bekalan zink yang mencukupi dalam setiap menu makanan.

Ujian Pengesahan Kehamilan

Anda sebenarnya boleh mula menguji kehamilan dengan menggunakan alat khas yang boleh didapati di farmasi sejak hari pertama anda sepatutnya datang haid. Alat berkenaan akan mengesan human chorionic gonadotrophin (hCG) di dalam air kencing anda.

Sekiranya hormon itu ada, bahan kimia dalam alat tersebut akan berubah warna bagi menunjukkan keputusannya positif atau negatif. Jika anda melakukan dengan betul, besar kemungkinan hasilnya adalah tepat. Namun, ada ketikanya keputusan menjadi negatif atas sebab-sebab tertentu. Oleh sebab itu, seelok-eloknya lakukan ujian ini di awal pagi sebelum anda mandi kerana hasil ujian akan lebih tepat.

———————————————————————————————————————–

Asid ada jual buku2 mengenai kehamilan ini dan juga DVD nya. Meh JOIN FB asid untuk maklumat lanjut mengenainya… :)

Petikan dari Buku Permulaan Yang Menakjubkan (Dumex (Malaysia) Sdn. Bhd, Panduan Kehamilan , Kelahiran dan Penjagaan awal si manja,  dan Buku Petua Selamat Bersalin, Penjagaan Bayi dan Nama-nama Islam (Norizan Abu Samah)


Blog Widget by LinkWithin
asid

Jom shopping cadar, kain pasang, tudung dll ^_^

banner!

Jom Slim dan Sihat dengan cara yang mudah dan selamat

banner!

subscribe to comments RSS

There are 4,704 comments for this post

  1. yana says:

    hi kak, sy bru 2 bln bernikah..sy dh lewat haid sy hampir 2 mgu dh..pd mgu lpas, sy dh bt UPT sendri.hsilnya -ve..tp sy rsau jgk, sbb mcm rsa skit kt prut..sy rsa, nk g check doktor plak dlm mgu dpan ke..cma nk tnya kak, kta perlu bwa apa ye utk bt ujian kehamilan kt klinik swasta?ada apa2 dokumen x kna bwa..

    • Mrs. Asida says:

      Tak perlu bawak apa2..jika yana hamil, tetapkan terus klinik atau hospital tuk buat pemeriksaan bulanan yg berterusan..
      Actually,, dokumen2 seperti sijil nikah, dan sebagainya tuh hanya diperlukan semasa kelahiran baby. :)
      Apapun jangan lak lupa bawak IC, just untuk pendaftaran..

  2. ida says:

    Salam asida,
    Saya dah lewat period 10 hari..tp period saya mmg x tepat tiap2 bulan..skrg ni sy selalu letih,lapar dan sakit ari-ari mcm nak period..ape tandanyer tu?saya baru keguguran bulan 6 thn lepas dan menjalani DnC..saya teringin sangt nk pregnant…

    • Mrs. Asida says:

      Ye ke? InsyaAllah sampai masa nanti adalah rezekinya itu. Cuba test dengan alat UPT… Kalau -ve.. tunggu sampai period.. kalau dah lewat sangat (1 bulan), x period.. test UPT dengan Doktor pula.. :)

  3. elizza says:

    pada air kencing sy menujukan positif hamil…. setelah beberapa kali mencuba p.test…..
    tp sy pergi jmp doc untuk scan.. tiada tanda2 kehamilan??
    doc beritahu.. pada rahim sy kosong…. tp pada air kencing positif… mengapa?

    • Mrs. Asida says:

      Salam Elizza. Masa tuh, doktor cakap apa? hmm tak tanya doktor knp ujian itu +ve?
      Maklumlah Dr kan lebih arif.
      Namun, pada pendapat asid, alat Ujian kehamilan itu keberkesanannya ialah 99%. maybe…ada salahnya juga kan…

  4. anna aizat says:

    slm asid…adakah faktor berjauhan dari suami dan jarang bersama suami menyebabkan sy belum lg hamil?

    • Mrs. Asida says:

      Salam. x da masalah dengan faktor jauh atau dekat. Sekiranya jarang ”bersama” suami, dan ingin mendapatkan cahaya secepatnya… seharusnya anna dan suami menggunakan masa ketika berada dengan suami sebaik2nya. Cthnya sentiasa menghangatkan perasaan cinta dan sebaik-baiknya berduaan shj dengan suami. Cthnya pergi bercuti.. dekat pun xpe asalkan tenang dan damai. (mcm honeymoon).
      Walaubagaimana pastikan badan sihat dan waktu subur.. :)

  5. Nyon says:

    Slm..Hai asid, pekabar?
    dah lama saya tak mengikuti blog asid sbb sbuk ngn keje. Em, saya sbnrnya igin bertanya ngn asid. Mcm ni, saya ni dah 9 bln kwen, tp blum ada tanda2 nak mengandung. cuma baru2 ni, 16-18hb Feb, ada sedikit darah keluar. terlalu sedikit. drh tu hanya kuar sekejap2 je slama 3 hari tu. lau ikutkan tarikh saya period 23 hb. so agak2 asid tau tak aper yg brlaku?

    • Mrs. Asida says:

      salam.. hi nyon. sikit2 keluar? Asid pun tak sure adakah itu darah haid atau darah disebabkan masalah lain, atau kemungkinan juga darah haid yg terakhir (jika mengandung). Adakah semalam Nyon datang bulan? Kalau belum, eloklah Nyon buat ujian kehamilan (UPT) dahulu. :)

      • Nyon says:

        Salam Asid.em, sampai skang saya lum period lg. test pun tak wat lg sbb takder masa nak g beli UPT tu.hehehe..
        lau ikutkan dah lewat 3 hr ni…tp takder plak tanda2 nak period, mcm slalu saya kena tiap2 bln. bln lepas saya sengugut teruk..sampai smgu sakit tak ilang. Demam2 di buatnyer.

  6. iena says:

    salam.saya dah disahkan mengandung stlh 5 bln berkhwin.kandungn sy lbh krg 4 minggu.masalah sy, sejak akhir2 ni..sy hilang selera mkn .sy tkt hal ini akn menjejaskan kandungn sy.apa pndpt akak

Please, feel free to post your own comment

* these are required fields


Fatal error: Call to undefined function footer() in /home/asida/public_html/wp-content/themes/FREEmium/footer.php on line 22