Artikel ditulis

Tanda-Tanda Hamil 4,704

Apabila anda hamil tanda-tanda dan simtom awal ialah:

  • Tidak Datang haid.
  • Payudara anda mungkin menjadi berisi dan puting sensitif.
  • Anda mungkin berasa loya dan muntah-muntah.
  • Anda mungkin lebih kerap membuang air kecil.
  • Anda mungkin berasa letih dan selalu mengantuk.
  • Anda mungkin sering mengalami perubahan emosi.
  • Anda mungkin membenci makanan.

Tanda2 awal bagi wanita yang hamil biasanya ialah ketiadaan haid pada tarikh yang dijangkakan. Jika seseorang wanita itu mengalami kedatangan haid yang tetap dan telah terdedah kepada keadaan yang boleh mengakibatkan hamil, ketiadaan haid menunjukkan ia mungkin hamil. Tetapi wanita yang mempunyai haid yang tidak tetap harus menunggu sekurang2nya 10 hari sebelum berjumpa doktor, kerana pada waktu ini ia tidak dapat memastikan sama ada wanita itu hamil atau tidak. Jika kedatangan haid tidak tetap, ketiadaan haid adalah kurang berkesan untuk mendiagnosios hamil.

Hamil merupakan sebab yang paling lazim berlakunya ketiadaan haid. Di kalangan wanita yang berumur 16 hingga 40 tahun, tetapi kekadang haid terlewat atau terhalang akibat emosi, sesuatu penyakit atau penggunaan ubat-ubatan yang tertentu.

Selain dari hamil, tekanan emosi juga sebab yang lazim bagi ketiadaan haid di kalangan wanita yang sebelum itu kedatangan haidnya adalah normal.

Emosi ini bertindak pada bahagian otak yang mengawal, pelepasan hormon, kebimbangan kerana hamil yang tidak diingini, pergaduhan dengan orang yang dicintai, kerja baru yang sukar, perjalanan jauh.. semuanya boleh menyebabkan ketiadaan haid. Dalam erti kata lain, ia disebabkan tekanan emosi.

Ramai wanita hamil terasa buah dada menjadi besar dan tidak selesa. Sesetengah wanita mengalami sakit di bahagian payudara dan bengkak. Perubahan pada payudara ini disebabkan oleh hormon seks betina estrogen dan progestron yang dihasilkan oleh plasenta. Hormon2 ini menyebabkan pertumbuhan salur dan pundi susu pada buah dada dan menyebabkan lemak2 terlonggok di sekitarnya. Rasa berdenyut2 dan semut2an yang berlaku sekali sekala adalah disebabkan oleh bertambahnya pengaliran darah melalui salur darah yang membekalkan darah ke buah dada. Selain itu, aerola payudara akan berubah menjadi gelap.

Kira-kira separuh dari wanita hamil mengalami loya dan muntah/mual. Biasanya ia tidak begitu teruk dan berlaku di waktu pagi yang turut dikenali sebagai ‘morning sickness‘. Bagaimanapun kadang2 ia menjadi lebih teruk pada bila2 masa. Keadaan ini biasanya berlaku 2 minggu selepas ketiadaan haid dan berlanjutan sehingga 6 hingga 8 minggu. Sebab berlakunya keadan ini adalah kesan daripada peningkatan aktiviti hormon yang mencetuskan toksin di dalam badan. Loya biasanya hilang menjelang minggu ke-12 ketika badan sudah dapat menyesuaikan diri dengan aras hormon yang tinggi. Namun penyebab mengapa ada sesetengah wanita hamil mengalaminya dan ada yang tidak, tidak dapat pula dikenal pasti puncanya.

Dalam peringkat awal kehamilan ginjal bekerja kuat menyebabkan pundi kencing lebih cepat terisi air kencing. Ini pula akan menyebabkan kekerapan membuang air kencing. Peringkat ini ibu2 mengandung perlu berjumpa doktor untuk memastikan kedudukan bayi dalam kandungan benar2 selamat. Untuk mengurangkan kekerapan membuang air ketika tidur dan lain-lain, wanita hamil disarankan supaya menyondong ke hadapan sedikit semasa duduk (atas mangkuk tandas ketika kencing). Ini akan menyebabkan pundi kencing ditekan sedikit supaya saki baki air kecil itu di keluarkan semuanya.

Wanita hamil juga mungkin mudah letih terutamanya di siang hari kerana tubuh terpaksa menerima beban kehamilan di samping beban yang sedia ada. Jadi, cuba dapatkan rehat yang secukupnya. Anda juga dinasihatkan agar mandi sekerap yang mungkin ketika cuaca yang panas terik.

Wanita hamil mungkin mudah mengalami perubahan emosi seperti cepat tersentuh, mudah terasa, mudah marah malah lebih teruk lagi berasa dingin untuk melakukan hubungan kelamin.

Dalam keadaan tertentu, terdapat golongan wanita hamil mengalami masalah untuk makan kerana mereka seolah-olah hilang selera terhadap sesuatu makan. Masalah ini terjadi kebiasaannya disebabkan kekurangan zink dalam tubuh menyebabkan sesetengah makanan, bau atau rasa makanan menjadi ganjil ketika hamil. Jadi, pastikan anda mendapat bekalan zink yang mencukupi dalam setiap menu makanan.

Ujian Pengesahan Kehamilan

Anda sebenarnya boleh mula menguji kehamilan dengan menggunakan alat khas yang boleh didapati di farmasi sejak hari pertama anda sepatutnya datang haid. Alat berkenaan akan mengesan human chorionic gonadotrophin (hCG) di dalam air kencing anda.

Sekiranya hormon itu ada, bahan kimia dalam alat tersebut akan berubah warna bagi menunjukkan keputusannya positif atau negatif. Jika anda melakukan dengan betul, besar kemungkinan hasilnya adalah tepat. Namun, ada ketikanya keputusan menjadi negatif atas sebab-sebab tertentu. Oleh sebab itu, seelok-eloknya lakukan ujian ini di awal pagi sebelum anda mandi kerana hasil ujian akan lebih tepat.

———————————————————————————————————————–

Asid ada jual buku2 mengenai kehamilan ini dan juga DVD nya. Meh JOIN FB asid untuk maklumat lanjut mengenainya… :)

Petikan dari Buku Permulaan Yang Menakjubkan (Dumex (Malaysia) Sdn. Bhd, Panduan Kehamilan , Kelahiran dan Penjagaan awal si manja,  dan Buku Petua Selamat Bersalin, Penjagaan Bayi dan Nama-nama Islam (Norizan Abu Samah)


Blog Widget by LinkWithin
asid

Jom shopping cadar, kain pasang, tudung dll ^_^

banner!

Jom Slim dan Sihat dengan cara yang mudah dan selamat

banner!

subscribe to comments RSS

There are 4,704 comments for this post

  1. iena says:

    salam.saya dah disahkan mengandung setelah 5bulan berkahwin. sekarang ni agaknya usia kandungan baru 4 minggu.masalanya,saya sgt tidak berselera utk mkn.setiap kali mkn,sy rs nk munth.tapi,xde plak muntah betul2.risau sy.tkt menjejaskan kandungan.apa pendapat akak

    • Mrs. Asida says:

      Salam Eina. Memang kebiasaanya ibu hamil tidak berselera makan, tapi jgn risau bila kandungan semakin besar, morning sickness itu akan hilang.
      Walaumacamana pun, Eina kena makan walaupun hanya sedikit untuk pembesaran dan perkembangan bayi dalam kandungan, amalkan minuman2 yg berkhasiat. Vitamins. Dulu masa anak pertama, mula2 asyik mabuk je sepanjang hari, tapi itulah kena makan juga. :)

  2. anna aizat says:

    askm… sya dah hampir 3 thn berkahwin. tahun pertama sya mengambil suntikan depo.. stahun kmudian sya berhenti mengambilnya. sekarang, sya berusaha untuk hamil namun hampa. apakah ini kesan suntikan tersebut?

    • Mrs. Asida says:

      Hai Anna. Setahu Asid, suntikan depo hanya bertindak dalam tempoh yg tertentu.. iaitu 3 bulan. Kalau tidak diambil selepas 3 bulan, kemungkinan wanita itu akan mengandung kerana kesan ubatan yg terkandung di dalam suntikan itu hanya sementara. Apantah lagi setelah setahun anna meninggalkannya. Sebaiknya anna dan suami membuat pemeriksaan lanjut mengenainya. :)

      p/s: teringat juga kata2 Mama dulu, “Orang baru2 kahwin ni jangan nak merancang2… biar dapat sorang anak dulu, lepas tuh nak merancang2 ke apa ke..hah tak kisah dah..
      Masa tuh, time sepupu asid kahwin, dia kata nak makan pil dulu, dah setahun baru nak anak, berkat rezeki Allah S.W.T. bagi… dia dapat anak, dah 6 bulan pun usia anak dia.. :)

  3. Nasha says:

    ** tambahan sedikit lagi mrs asida. Saya kerap ingin membuang air kecil darida sebelum ini. Saya juga tidak boleh lagi menahan air kecil seperti sebelum2 ini.

    • Mrs. Asida says:

      Hai Nasha. Hampir semua Nasha mengalami tanda2 hamil cuma ujian UPT menunjukkan yg sebalik. Apakata Nasha berjumpa. Disana ujian UPT akan dibuat sekali lagi. Kalau masih -ve, seharusnya Nasha mengetahui apakah penyebab yg sebenarnya.
      Keputihan atau cairan berwarna coklat yg keterlaluan mengandungi virus/kuman di bahagian sulit, menyebabkan ketidakselesaan dan sekaligus akan menganggu proses kehamilan. :)

  4. Nasha says:

    Assalamualaikum mrs asida. Saya mendirikan rumah tangga sudah 7 bulan.Saya ingin bertanya adakah ini tanda awal kehamilan diri saya? Saya berasa mual2 sejak lebih dari seminggu, panas badan yang teramat sehingga berpeluh2 seperti mandi, keluar lendiran seperti keputihan di faraj, kepala terasa pening dan kadang kala ingin pitam/rasa berpusing,payudara sakit, hilang selera makan,dan emosi berubah2.Tapi apabila saya membuat ujian pengesahan kehamilan, hasilnya adalah negatif. Hmmm… adakah saya hamil?…

  5. Biee says:

    salam kak..sy nak tnye klu mase bujang dulu period kite x teratur,adakah ini boleh memberikn kesan bile kite dah kwen?contohnye susah nak pregnant…

  6. nora says:

    saya sudah 13 hari lewat period,dlm ms 13 hari tu..saya dah buat 4 kali u.p.t..sadly -ve.saya amat keliru dgn keadaan ini dan sering membuatkan saya tertanya-tanya.saya sudah hampir 3 tahun berkahwin, pd mei 09 saya keguguran krn saya kuat kerja.jd saya x nk perkara yg sama berulang lg.saya mahu lbh berhati2.

Please, feel free to post your own comment

* these are required fields


Fatal error: Call to undefined function footer() in /home/asida/public_html/wp-content/themes/FREEmium/footer.php on line 22