Tanda-Tanda Hamil 4,361
Apabila anda hamil tanda-tanda dan simtom awal ialah:
- Tidak Datang haid.
- Payudara anda mungkin menjadi berisi dan puting sensitif.
- Anda mungkin berasa loya dan muntah-muntah.
- Anda mungkin lebih kerap membuang air kecil.
- Anda mungkin berasa letih dan selalu mengantuk.
- Anda mungkin sering mengalami perubahan emosi.
- Anda mungkin membenci makanan.
Tanda2 awal bagi wanita yang hamil biasanya ialah ketiadaan haid pada tarikh yang dijangkakan. Jika seseorang wanita itu mengalami kedatangan haid yang tetap dan telah terdedah kepada keadaan yang boleh mengakibatkan hamil, ketiadaan haid menunjukkan ia mungkin hamil. Tetapi wanita yang mempunyai haid yang tidak tetap harus menunggu sekurang2nya 10 hari sebelum berjumpa doktor, kerana pada waktu ini ia tidak dapat memastikan sama ada wanita itu hamil atau tidak. Jika kedatangan haid tidak tetap, ketiadaan haid adalah kurang berkesan untuk mendiagnosios hamil.
Hamil merupakan sebab yang paling lazim berlakunya ketiadaan haid. Di kalangan wanita yang berumur 16 hingga 40 tahun, tetapi kekadang haid terlewat atau terhalang akibat emosi, sesuatu penyakit atau penggunaan ubat-ubatan yang tertentu.
Selain dari hamil, tekanan emosi juga sebab yang lazim bagi ketiadaan haid di kalangan wanita yang sebelum itu kedatangan haidnya adalah normal.
Emosi ini bertindak pada bahagian otak yang mengawal, pelepasan hormon, kebimbangan kerana hamil yang tidak diingini, pergaduhan dengan orang yang dicintai, kerja baru yang sukar, perjalanan jauh.. semuanya boleh menyebabkan ketiadaan haid. Dalam erti kata lain, ia disebabkan tekanan emosi.
Ramai wanita hamil terasa buah dada menjadi besar dan tidak selesa. Sesetengah wanita mengalami sakit di bahagian payudara dan bengkak. Perubahan pada payudara ini disebabkan oleh hormon seks betina estrogen dan progestron yang dihasilkan oleh plasenta. Hormon2 ini menyebabkan pertumbuhan salur dan pundi susu pada buah dada dan menyebabkan lemak2 terlonggok di sekitarnya. Rasa berdenyut2 dan semut2an yang berlaku sekali sekala adalah disebabkan oleh bertambahnya pengaliran darah melalui salur darah yang membekalkan darah ke buah dada. Selain itu, aerola payudara akan berubah menjadi gelap.
Kira-kira separuh dari wanita hamil mengalami loya dan muntah/mual. Biasanya ia tidak begitu teruk dan berlaku di waktu pagi yang turut dikenali sebagai ‘morning sickness‘. Bagaimanapun kadang2 ia menjadi lebih teruk pada bila2 masa. Keadaan ini biasanya berlaku 2 minggu selepas ketiadaan haid dan berlanjutan sehingga 6 hingga 8 minggu. Sebab berlakunya keadan ini adalah kesan daripada peningkatan aktiviti hormon yang mencetuskan toksin di dalam badan. Loya biasanya hilang menjelang minggu ke-12 ketika badan sudah dapat menyesuaikan diri dengan aras hormon yang tinggi. Namun penyebab mengapa ada sesetengah wanita hamil mengalaminya dan ada yang tidak, tidak dapat pula dikenal pasti puncanya.
Dalam peringkat awal kehamilan ginjal bekerja kuat menyebabkan pundi kencing lebih cepat terisi air kencing. Ini pula akan menyebabkan kekerapan membuang air kencing. Peringkat ini ibu2 mengandung perlu berjumpa doktor untuk memastikan kedudukan bayi dalam kandungan benar2 selamat. Untuk mengurangkan kekerapan membuang air ketika tidur dan lain-lain, wanita hamil disarankan supaya menyondong ke hadapan sedikit semasa duduk (atas mangkuk tandas ketika kencing). Ini akan menyebabkan pundi kencing ditekan sedikit supaya saki baki air kecil itu di keluarkan semuanya.
Wanita hamil juga mungkin mudah letih terutamanya di siang hari kerana tubuh terpaksa menerima beban kehamilan di samping beban yang sedia ada. Jadi, cuba dapatkan rehat yang secukupnya. Anda juga dinasihatkan agar mandi sekerap yang mungkin ketika cuaca yang panas terik.
Wanita hamil mungkin mudah mengalami perubahan emosi seperti cepat tersentuh, mudah terasa, mudah marah malah lebih teruk lagi berasa dingin untuk melakukan hubungan kelamin.
Dalam keadaan tertentu, terdapat golongan wanita hamil mengalami masalah untuk makan kerana mereka seolah-olah hilang selera terhadap sesuatu makan. Masalah ini terjadi kebiasaannya disebabkan kekurangan zink dalam tubuh menyebabkan sesetengah makanan, bau atau rasa makanan menjadi ganjil ketika hamil. Jadi, pastikan anda mendapat bekalan zink yang mencukupi dalam setiap menu makanan.
Ujian Pengesahan Kehamilan
Anda sebenarnya boleh mula menguji kehamilan dengan menggunakan alat khas yang boleh didapati di farmasi sejak hari pertama anda sepatutnya datang haid. Alat berkenaan akan mengesan human chorionic gonadotrophin (hCG) di dalam air kencing anda.
Sekiranya hormon itu ada, bahan kimia dalam alat tersebut akan berubah warna bagi menunjukkan keputusannya positif atau negatif. Jika anda melakukan dengan betul, besar kemungkinan hasilnya adalah tepat. Namun, ada ketikanya keputusan menjadi negatif atas sebab-sebab tertentu. Oleh sebab itu, seelok-eloknya lakukan ujian ini di awal pagi sebelum anda mandi kerana hasil ujian akan lebih tepat.
———————————————————————————————————————–
Petikan dari Buku Permulaan Yang Menakjubkan (Dumex (Malaysia) Sdn. Bhd, Panduan Kehamilan , Kelahiran dan Penjagaan awal si manja, dan Buku Petua Selamat Bersalin, Penjagaan Bayi dan Nama-nama Islam (Norizan Abu Samah)


















sy dah setahun 2 bulan berkahwinan dan selalu berjauhan dengan suami kerana tuntutan kerjaya…teringin sangat nak mengandung dan kerap juga di tanya oleh family sebelah suami..Alhamdullilah suami amat memahami..masalah saya sekarang, saya sudah memulakann makan supliment seperti asid folic and my mom ada shorkan suprilina ALKEN. ada juga sebelum sy cuba JUS CURORA herba wanita..tapi atas nasihat rakan sy berhenti minum jus tersebut dengan alasan takut panas, dan mengangu hormon wanita..betul ke?..
kalau boleh berilah sedikit tips untuk mempercepatkan kehamilan..sekarang , sy kerap bersendawa, pening kepala..takut ada kesan sampingan dari ubat yg sy makan…terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih…
Hai Anna. Banyak juga Anna cuba produk2 tapi atas nasihat kengkawan dan keluarga. Apa yang asid sarankan, seeloknya Anna berjumpa pakar perbidanan @ doktor untuk nasihat serta nasihat tentang pemakanan dan pengambilan makanan tambahan, ubatan atau vitamin. Kerana Anna harus tahu adakah pengambilan tersebut sesuai untuk tubuh badan Anna. Kalau sesuai mesti tak ada masalah kan???
Asid selalu suruh orang berjumpa Doktor untuk kepastian tentang masalah anda.. ketahuilah bukan Doktor yang menjadikan anda mengandung, ianya adalah atas kekuasaan Allah S.W.T
Berjumpa doktor adalah salah satu cara agar dipermudahkan anda mengandung, namun jangan sesekali lupa untuk memohon daripada Yang Maha Pecipta agar diberikan zuriat yang soleh mahupun soleha..
anna,
btul apa ug asida katakan. Allah yg akan kurniakan zuriat bkn doc..sy sarankan anna jmpe dgn pakr perubatan islam..isteri sy juga bru disahkan hamil selepas 8 bulan kami kahwin..sblum ni saya pegi ke pust perubatan darul shifa’..mereka akn bg 2 potong ayat al-quran dari surah an-nur dan lg1 surah sy lupa. kita kena amalkan ayat tu selama 40hari.bg wife kena mkn bersama bunga cengkih, kismis dan air yg telah dibaca ayat suci oleh ustaz berkenaan,..hasil nya akn diketahui selepas 2 bulan.alhamdulillah selpas mengamlkan wife sy telah hamil..cuba dan berdoalah kpd Allah
Itulah. ALLAh MAHA BESAR. Tahniah buat Genki dan isteri. Usaha2 juga..yang penting berdoa kepadanya. Kalau dah mengandung pun kena amalkan juga ayat2 al-Quran. Semoga semuanya selamat. Aminn.
Ms. Asida,
Saya nak tny coz sya dah berkahwin hampir 8bulan..sebelum kahwin haid wife saya akan dtg 16hb..selepas berkahwin haid akan dtg 10hb mulai Mei09-Oct09..start Nov09&Dis09 haid dtg awl 7hb..bln ni haid masih belum dtg dan sudah lewat 4 hari..adakah wife sy pregnant?die juga ada bgtau sakit payudara dan menjadi besar sedikit..selera mkn bertambah..sll mkn nasi mlm pastu mkn mi plak.tp tiada muntah2.mohon bantuan?
Genki,
Terdapat wanita mengalami period yang tidak menentu selepas berkahwin dan ada juga yg sebaliknya. Ia disebabkan perubahan hormon.
Paling utama perubahan hormon berlaku jika wanita itu hamil, mengambil ubat dan sebagainya.
Seeloknya Genki membeli alat UPT untuk mengesahkan adakah wife anda benar2 hamil. Ini adalah cara yg paling mudah.
Jika UPT menunjukkan -ve, wife anda perlu juga berjumpa doktor untuk mengetahui apakah penyebab perubahan period yg begitu ketara.
Tq Ms Asida. Alhamdulillah Allah kurniakan rezeki kepada saya dan isteri. saya baru g check up 14hb kt kampung. Doc sahkan isteri hamil 6minggu..apa langkah penjagaan yg sesuai? susu apa yg sesuai?
Tahniah buat anda berdua. Susu mana2 pun sesuai asalkan isteri anda meminumnya 7 8 gelas sehari… susu tepung untuk ibu hamil. Dulu, asid minum susu ibu mengandung anmum.. perisa original sebab coklat tak leh nak telan (kalau org lain tu sedap je minum perisa coklat..huhu). Kalau minum susu segar pun bagus… susu kotak.. apalah asalkan susu. Susu ni boleh juga dijadikan penganti air kosong. Jangan yang terlalu manis dan bergula tu sudahlah. Amalkan juga minuman berjus buah. Vitamins atas nasihat doktor.
saya nak tanya…saya kerap sedawa dan bnyk angin badan sejak akhir2 ni kepala kerap sakit dan loya2 dan mengidam mcm2..tapi tak muntah….nak kata mengandung still dtg bulan…bila wat petnen test hasilnye ve…haid saya pada mulanya 7hb 12 2009 pastu dtg 6hb 01 2010,,, pastu dtg balik 27hb 01 2010 adakah ia normal???
+ve ke -ve?
Nida ada ambil apa2 ubat tak? kekadang ubat yg diambil ada mempengaruhi period kita.
Cthnya Asid, semenjak amik injection perancang kehamilan ini, period susah sgt nak ramal. Kalau dtg pun sedikit2 ajer. Pastu jerawat byk, hormon x menentu.. sometime pun nak makan something yg sweet..
VE negatif….saya xde ambil sebarang ubat pun…. saya baru 2 bulan kahwin,,,,tapi sebelum kahwin xde pun mcm ni
Iye ke? Ada check dengan Doktor tak??
Ramai juga Asid dengar perubahan period selepas kahwin. Ada yang tak normal periodnya sebelum kahwin, tapi jadi normal selepas kahwin…
Tapi jgn risau, period normal atau tidak.. tidak menghalang keupayaan seseorang wanita itu untuk mengandung. Jaga diri, makan dan yang penting perasaan. Ubatan hanya membantu sedikit, namun Allah saja yang mampu menjadikannya realiti.
period saya xtetap tapi pada bln nov period saya datang sedikit2 selama 3 hari..payudara saya plak sakit..kerap kencing ..perut plak rasa buncit lain macam jer…bidan cakap saya prgnent…saya wat pgnenet test -ve…macam mana yek??? saya tajut nak test kali ke2..takut mengecewakan
Mesti risau ek sebab Bidan cakap pregnant tp UPT -ve. Pada pandangan Asid, better buat UPT dan checkup di klinik yg berhampiran. Kalau boleh buat ultrasound sekali. Insyallah.. semua pertanyaan yg membebankan itu akan terjawab.
saye mempunyai garis coklat d bawah pusat hingga kebawah . selain itu , payudara saya membengkk . haid saya jugakk tidak datang . saya amat risaw .. adakah saye mengandung atau ini tande2 biase ? kerane haid saye tidak menentu . vagina saya jugakk mengalami kesakitan , tetapi tidakk selalu . boleh saya tau sebab ape ?
Better eka buat UPT. Kalau +ve, berjumpa doktor untuk rawatan lanjut. -Ve, kena pergi juga sebab hendak dapatkan apakah punca masalah eka. Sebab Asid pun kurang periksa mengenainya.
ai kak…sy baru disahkan pregnant 2bulan…anak pertama selama 2tahun berusaha.sy mengalami kekerapan buang air kencing semasa tidur sehinggala kesubuh.kekadang 2 jam sekali…adakah sy mengalami masalah….
Tahniah. Wanita hamil memang kerap membuang air kecil, ia adalah normal kerana ibu hamil perlu meminum air 7 @ 8 gelas sehari. Namun, bila usia kandungan meningkat, begitu juga janin membesar, ia akan menyebabkan ibu hamil lebih kerap membuang air kecil.
Kalau tak silap Asid, dulu asid ada mengurut bagi kedudukan kandungan atas sedikit, untuk mudah bergerak dan elakkan dari membuang air kecil yg terlalu kerap (itupun ms kandungan dah 6 atau 7 bulan.) Apapun jangan tahan2 kalau nak buang air kecil, takut masalah lain plak yang jadi.