Tanda-Tanda Hamil 4,703
Apabila anda hamil tanda-tanda dan simtom awal ialah:
- Tidak Datang haid.
- Payudara anda mungkin menjadi berisi dan puting sensitif.
- Anda mungkin berasa loya dan muntah-muntah.
- Anda mungkin lebih kerap membuang air kecil.
- Anda mungkin berasa letih dan selalu mengantuk.
- Anda mungkin sering mengalami perubahan emosi.
- Anda mungkin membenci makanan.
Tanda2 awal bagi wanita yang hamil biasanya ialah ketiadaan haid pada tarikh yang dijangkakan. Jika seseorang wanita itu mengalami kedatangan haid yang tetap dan telah terdedah kepada keadaan yang boleh mengakibatkan hamil, ketiadaan haid menunjukkan ia mungkin hamil. Tetapi wanita yang mempunyai haid yang tidak tetap harus menunggu sekurang2nya 10 hari sebelum berjumpa doktor, kerana pada waktu ini ia tidak dapat memastikan sama ada wanita itu hamil atau tidak. Jika kedatangan haid tidak tetap, ketiadaan haid adalah kurang berkesan untuk mendiagnosios hamil.
Hamil merupakan sebab yang paling lazim berlakunya ketiadaan haid. Di kalangan wanita yang berumur 16 hingga 40 tahun, tetapi kekadang haid terlewat atau terhalang akibat emosi, sesuatu penyakit atau penggunaan ubat-ubatan yang tertentu.
Selain dari hamil, tekanan emosi juga sebab yang lazim bagi ketiadaan haid di kalangan wanita yang sebelum itu kedatangan haidnya adalah normal.
Emosi ini bertindak pada bahagian otak yang mengawal, pelepasan hormon, kebimbangan kerana hamil yang tidak diingini, pergaduhan dengan orang yang dicintai, kerja baru yang sukar, perjalanan jauh.. semuanya boleh menyebabkan ketiadaan haid. Dalam erti kata lain, ia disebabkan tekanan emosi.
Ramai wanita hamil terasa buah dada menjadi besar dan tidak selesa. Sesetengah wanita mengalami sakit di bahagian payudara dan bengkak. Perubahan pada payudara ini disebabkan oleh hormon seks betina estrogen dan progestron yang dihasilkan oleh plasenta. Hormon2 ini menyebabkan pertumbuhan salur dan pundi susu pada buah dada dan menyebabkan lemak2 terlonggok di sekitarnya. Rasa berdenyut2 dan semut2an yang berlaku sekali sekala adalah disebabkan oleh bertambahnya pengaliran darah melalui salur darah yang membekalkan darah ke buah dada. Selain itu, aerola payudara akan berubah menjadi gelap.
Kira-kira separuh dari wanita hamil mengalami loya dan muntah/mual. Biasanya ia tidak begitu teruk dan berlaku di waktu pagi yang turut dikenali sebagai ‘morning sickness‘. Bagaimanapun kadang2 ia menjadi lebih teruk pada bila2 masa. Keadaan ini biasanya berlaku 2 minggu selepas ketiadaan haid dan berlanjutan sehingga 6 hingga 8 minggu. Sebab berlakunya keadan ini adalah kesan daripada peningkatan aktiviti hormon yang mencetuskan toksin di dalam badan. Loya biasanya hilang menjelang minggu ke-12 ketika badan sudah dapat menyesuaikan diri dengan aras hormon yang tinggi. Namun penyebab mengapa ada sesetengah wanita hamil mengalaminya dan ada yang tidak, tidak dapat pula dikenal pasti puncanya.
Dalam peringkat awal kehamilan ginjal bekerja kuat menyebabkan pundi kencing lebih cepat terisi air kencing. Ini pula akan menyebabkan kekerapan membuang air kencing. Peringkat ini ibu2 mengandung perlu berjumpa doktor untuk memastikan kedudukan bayi dalam kandungan benar2 selamat. Untuk mengurangkan kekerapan membuang air ketika tidur dan lain-lain, wanita hamil disarankan supaya menyondong ke hadapan sedikit semasa duduk (atas mangkuk tandas ketika kencing). Ini akan menyebabkan pundi kencing ditekan sedikit supaya saki baki air kecil itu di keluarkan semuanya.
Wanita hamil juga mungkin mudah letih terutamanya di siang hari kerana tubuh terpaksa menerima beban kehamilan di samping beban yang sedia ada. Jadi, cuba dapatkan rehat yang secukupnya. Anda juga dinasihatkan agar mandi sekerap yang mungkin ketika cuaca yang panas terik.
Wanita hamil mungkin mudah mengalami perubahan emosi seperti cepat tersentuh, mudah terasa, mudah marah malah lebih teruk lagi berasa dingin untuk melakukan hubungan kelamin.
Dalam keadaan tertentu, terdapat golongan wanita hamil mengalami masalah untuk makan kerana mereka seolah-olah hilang selera terhadap sesuatu makan. Masalah ini terjadi kebiasaannya disebabkan kekurangan zink dalam tubuh menyebabkan sesetengah makanan, bau atau rasa makanan menjadi ganjil ketika hamil. Jadi, pastikan anda mendapat bekalan zink yang mencukupi dalam setiap menu makanan.
Ujian Pengesahan Kehamilan
Anda sebenarnya boleh mula menguji kehamilan dengan menggunakan alat khas yang boleh didapati di farmasi sejak hari pertama anda sepatutnya datang haid. Alat berkenaan akan mengesan human chorionic gonadotrophin (hCG) di dalam air kencing anda.
Sekiranya hormon itu ada, bahan kimia dalam alat tersebut akan berubah warna bagi menunjukkan keputusannya positif atau negatif. Jika anda melakukan dengan betul, besar kemungkinan hasilnya adalah tepat. Namun, ada ketikanya keputusan menjadi negatif atas sebab-sebab tertentu. Oleh sebab itu, seelok-eloknya lakukan ujian ini di awal pagi sebelum anda mandi kerana hasil ujian akan lebih tepat.
———————————————————————————————————————–
Asid ada jual buku2 mengenai kehamilan ini dan juga DVD nya. Meh JOIN FB asid untuk maklumat lanjut mengenainya…
Petikan dari Buku Permulaan Yang Menakjubkan (Dumex (Malaysia) Sdn. Bhd, Panduan Kehamilan , Kelahiran dan Penjagaan awal si manja, dan Buku Petua Selamat Bersalin, Penjagaan Bayi dan Nama-nama Islam (Norizan Abu Samah)







































Salam kak asida. Sy dah 3bln berkahwin. Sy nak tnye, period sy mmg tiap bulan ade cuma kitarannye kdg 28hari, kdg 29hari dan kdg 30hari. Selepas period habis dlm 6-7 hari, kire sy blh mandi wajib dan beribadat mcm biase. Tp sejak kebelakangan ni (sejak sebelum kahwin lagi), akan keluar lendir coklat pd kebiasaannya hari ke11 @ ke12 selama lebih kurang 5hari. Apakah sebabnya masalah ini? Sbb sukar bg sy utk kira waktu subur. Harap akak asida dpt terangkan dan beri sedikit nasihat.
lendir? rasa gatal dan melekit ye? Kalau tak salah maybe Jaja ada masalah keputihan. Apapun better buat checkup di klinik. Keputihan yg serius, byk mendatangkan masalah.
salam kak asida..sy nie bru kwen bln dis thn lepas…sy nak tnya..sejak 2thn yg lepas, period sy slalu x teratur..mksud sy klu bln jan period,bln feb xde n kekadang selang bulan jer period..adakah 2 bleh mberikan kesan apa2 utk sy nak pregnant??
period yg keluar merupakan sisa telur (ovum) yg tidak disenyawakan. Kalau byk darah haid yg keluar, maka byklah ovum yg dikeluarkan oleh ‘kilang telur’ kita.
Namun jumlah telur yg byk tidak menjamin bhw semua telur itu kuat dan berkualiti. Telur yg sihat x kira sikit atau banyak penghasilannya.
Oleh itu, asid sarankan agar Miyla menjaga kesihatan terutama pemakanan. Amalkan memakan Asid Folic dari sekarang (masa anak dara pun sesuai nak makan) dan sebagai tambahan.. amalkan meminum susu segar setiap hari dan vitamins (namun harus mendapat nasihat doktor dahulu).
ok..tma kasih kak asida..sy akan cuba amalkan..sy nak tnya juga..sejak akhir2 nie sy selalu rasa x selesa kat dlm perut n mcm rasa senak..pas2 sikit dah letih..bln jan lepas sy period 3hari jer tp sikit..apa punca jadi mcm 2 ek?
Miyla dah pergi klinik. Pergilah buat checkup. tengok apa masalah. Mende2 pasal kesihatan ni jadi di pandang ringan.
salam..saya pun ada masalah haid datng lewat..saya kawen da 8bulan..6bulan awal, period saya stabil aje..b4 kawen pon macam tu..pas tu, bulan lepas, period saya lewat 7hr..saya uat test..tp negatif..bulan ni plak, lewat 4hr..tp, period sy 2 hari jer..e2 pun, hr pertma byk tp tak yah salin, hr ke2 sket jer..hr ke3, tak de,hr ke4 ada lagi cuma sket sgt mcm waktu da habis period..skrg ni, sy tak berani nak makan makanan yg tajam mcm nenas o air gas..skt pinggang masih ada…ada juga buat ujian after period habus, tapi negatif..apa pendapat akak??
Asid rasa berlaku perubahan hormon. Ini kerana banyak sebab mengapa kitaran haid tidak menentu serta jumlah darah haid yang keluar. Salah satunya adalah disebabkan stress.
Apapun harap nur mengamalkan pemakanan yang sihat.
Kekadang period yang sgt sedikit… tandanya kita hamil.
saya dah 8 ari lambat period dimana sepatutnya Jan 18, 2010 adalah tarikh sepatutnya saya dtg period. dalam tempoh ini saya ada rasa loya2, sakit perut dan cirit birit. ari ke3 dan ke6 saya lewat, saya ada buat ujian UPT ttp kedua2nya -ve. dan dari tarikh akhir period yg lepas, sekiranya saya mengandung, kemungkinan besar usianya baru 5 minggu…apakah yg saya perlu lakukan kerana jika saya ke klinik, scan tidak dapat membantu kerana usia yg br 5 minggu dan kemungkinan sukar untuk nampak kandungan…
Hai Yanie. Apakata Yanie tunggu beberapa minggu lagi sebelum ke klinik untuk pemeriksaan lanjut.
askum,kak asida…sy nk tanye ni…sy dh 2bln xperiod tp tetiba sy period…adakah selepas period ni sy senang nk pregnant…
Hai Reen. Asid tak sure lah.. anyway better Reen checkup dengan Dr.
salam kak asida..saye nk tny..haid sye 9hb dis lps,,skrg x uzur lagi..tapi dlm 5 lps sye lwt uzur sye dh wat pregnancy test tapi -ve..skrg sy not sure either sye mengandung @ x tapi tanda2 awal cam ade spt kerap kencing, perut rase ketat n tegang je..pyudara pn kdg rase senak..ape pndapt akak ek..dlm mse tedkt sy akn cbe test tapi skranya sye xuzur lgi n result -tive knpe ek akak??minta pendapt akak..
Hai Ina, kalau masih -ve untuk ujian ke2 nanti..maybe Ina mengalami masalah lain (salah makan,tension atau masalah lain yang lebih serius). Pada pendapat akak, better Ina membuat pemeriksaan di klinik. Cari punca masalah sebenarnya.
Kalau ujian ke2 adalah +ve, maybe alat UPT yg pertama itu rosak. Namun kebarangkalian itu terjadi adalah sangat tipis.