Tanda-Tanda Hamil 4,362
Apabila anda hamil tanda-tanda dan simtom awal ialah:
- Tidak Datang haid.
- Payudara anda mungkin menjadi berisi dan puting sensitif.
- Anda mungkin berasa loya dan muntah-muntah.
- Anda mungkin lebih kerap membuang air kecil.
- Anda mungkin berasa letih dan selalu mengantuk.
- Anda mungkin sering mengalami perubahan emosi.
- Anda mungkin membenci makanan.
Tanda2 awal bagi wanita yang hamil biasanya ialah ketiadaan haid pada tarikh yang dijangkakan. Jika seseorang wanita itu mengalami kedatangan haid yang tetap dan telah terdedah kepada keadaan yang boleh mengakibatkan hamil, ketiadaan haid menunjukkan ia mungkin hamil. Tetapi wanita yang mempunyai haid yang tidak tetap harus menunggu sekurang2nya 10 hari sebelum berjumpa doktor, kerana pada waktu ini ia tidak dapat memastikan sama ada wanita itu hamil atau tidak. Jika kedatangan haid tidak tetap, ketiadaan haid adalah kurang berkesan untuk mendiagnosios hamil.
Hamil merupakan sebab yang paling lazim berlakunya ketiadaan haid. Di kalangan wanita yang berumur 16 hingga 40 tahun, tetapi kekadang haid terlewat atau terhalang akibat emosi, sesuatu penyakit atau penggunaan ubat-ubatan yang tertentu.
Selain dari hamil, tekanan emosi juga sebab yang lazim bagi ketiadaan haid di kalangan wanita yang sebelum itu kedatangan haidnya adalah normal.
Emosi ini bertindak pada bahagian otak yang mengawal, pelepasan hormon, kebimbangan kerana hamil yang tidak diingini, pergaduhan dengan orang yang dicintai, kerja baru yang sukar, perjalanan jauh.. semuanya boleh menyebabkan ketiadaan haid. Dalam erti kata lain, ia disebabkan tekanan emosi.
Ramai wanita hamil terasa buah dada menjadi besar dan tidak selesa. Sesetengah wanita mengalami sakit di bahagian payudara dan bengkak. Perubahan pada payudara ini disebabkan oleh hormon seks betina estrogen dan progestron yang dihasilkan oleh plasenta. Hormon2 ini menyebabkan pertumbuhan salur dan pundi susu pada buah dada dan menyebabkan lemak2 terlonggok di sekitarnya. Rasa berdenyut2 dan semut2an yang berlaku sekali sekala adalah disebabkan oleh bertambahnya pengaliran darah melalui salur darah yang membekalkan darah ke buah dada. Selain itu, aerola payudara akan berubah menjadi gelap.
Kira-kira separuh dari wanita hamil mengalami loya dan muntah/mual. Biasanya ia tidak begitu teruk dan berlaku di waktu pagi yang turut dikenali sebagai ‘morning sickness‘. Bagaimanapun kadang2 ia menjadi lebih teruk pada bila2 masa. Keadaan ini biasanya berlaku 2 minggu selepas ketiadaan haid dan berlanjutan sehingga 6 hingga 8 minggu. Sebab berlakunya keadan ini adalah kesan daripada peningkatan aktiviti hormon yang mencetuskan toksin di dalam badan. Loya biasanya hilang menjelang minggu ke-12 ketika badan sudah dapat menyesuaikan diri dengan aras hormon yang tinggi. Namun penyebab mengapa ada sesetengah wanita hamil mengalaminya dan ada yang tidak, tidak dapat pula dikenal pasti puncanya.
Dalam peringkat awal kehamilan ginjal bekerja kuat menyebabkan pundi kencing lebih cepat terisi air kencing. Ini pula akan menyebabkan kekerapan membuang air kencing. Peringkat ini ibu2 mengandung perlu berjumpa doktor untuk memastikan kedudukan bayi dalam kandungan benar2 selamat. Untuk mengurangkan kekerapan membuang air ketika tidur dan lain-lain, wanita hamil disarankan supaya menyondong ke hadapan sedikit semasa duduk (atas mangkuk tandas ketika kencing). Ini akan menyebabkan pundi kencing ditekan sedikit supaya saki baki air kecil itu di keluarkan semuanya.
Wanita hamil juga mungkin mudah letih terutamanya di siang hari kerana tubuh terpaksa menerima beban kehamilan di samping beban yang sedia ada. Jadi, cuba dapatkan rehat yang secukupnya. Anda juga dinasihatkan agar mandi sekerap yang mungkin ketika cuaca yang panas terik.
Wanita hamil mungkin mudah mengalami perubahan emosi seperti cepat tersentuh, mudah terasa, mudah marah malah lebih teruk lagi berasa dingin untuk melakukan hubungan kelamin.
Dalam keadaan tertentu, terdapat golongan wanita hamil mengalami masalah untuk makan kerana mereka seolah-olah hilang selera terhadap sesuatu makan. Masalah ini terjadi kebiasaannya disebabkan kekurangan zink dalam tubuh menyebabkan sesetengah makanan, bau atau rasa makanan menjadi ganjil ketika hamil. Jadi, pastikan anda mendapat bekalan zink yang mencukupi dalam setiap menu makanan.
Ujian Pengesahan Kehamilan
Anda sebenarnya boleh mula menguji kehamilan dengan menggunakan alat khas yang boleh didapati di farmasi sejak hari pertama anda sepatutnya datang haid. Alat berkenaan akan mengesan human chorionic gonadotrophin (hCG) di dalam air kencing anda.
Sekiranya hormon itu ada, bahan kimia dalam alat tersebut akan berubah warna bagi menunjukkan keputusannya positif atau negatif. Jika anda melakukan dengan betul, besar kemungkinan hasilnya adalah tepat. Namun, ada ketikanya keputusan menjadi negatif atas sebab-sebab tertentu. Oleh sebab itu, seelok-eloknya lakukan ujian ini di awal pagi sebelum anda mandi kerana hasil ujian akan lebih tepat.
———————————————————————————————————————–
Petikan dari Buku Permulaan Yang Menakjubkan (Dumex (Malaysia) Sdn. Bhd, Panduan Kehamilan , Kelahiran dan Penjagaan awal si manja, dan Buku Petua Selamat Bersalin, Penjagaan Bayi dan Nama-nama Islam (Norizan Abu Samah)


















terima kasih kak, sy nak tny mengenai ujian ultrasound.. pada usia kandungan brp minggu leh dilakukan?
Kalau private hospital, first time datang dia dah scan.. kalau 2 bulan usia kandungan, baru nampak bb.. pastu tiap2 kali buat checkup .. Dr akan buatlah ultrasound tuh..:)
Kalau gomen.. ntahlah tak sure.. ada org kata dan 4 atau 5 bulan baru scan..
Salams kak..
Saya mempunyai kitaran period yang teratur setiap bulan. cuma bulan ni sepatutnya saya period pada 13hb tapi sampai skrg tak period. adakah saya perlu tunggu lagi beberapa hari untuk buat pregnancy test? dan lastnite ada kuar discharge spt yg kuar sblm kita period. adakag itu tanda sy tak pregnant?
thanks
Salam Nadia. Tak kisah bila Nadia nak buat UPT.. btw Nadia boleh buat UPT seawal sehari lewat period.
Bagi Asid, better buat sekarang. At least boleh tahu adakah pregnt atau tidak.. kalau Ýa’terus buat pemeriksaan lanjut bagi wanita hamil..
akum, kak asida.. sy dah buat ujian dan sy dah ke klinik.. alhamdulillah sy di sahkan hamil.. mengikut pengiraan doktor sy hamil 5 minggu.. tp sy berkahwin pd 18 dis lalu mknanye pengiraan kehamilan dari tarikh akhir sy dtg bln ye kak dr tarikh 9 dis ?
hehe nampaknya macam ‘bunting pelamin’.. btw.. tahniah. Jaga diri dan baby dalam kandungan elok2 k..
a’kum…
saya nak tanye, boleh ker saya buat ujian air kencing gunkan pregnency test sebelum tarikh period saya?
Wasalam. Terpulang kepada Isha. Kalau +ve alhamdulillah…
assalamualaikum, sy ada kemuskilan sket nak tny.. last period sy 9 dis 09 smpi skrg sy blm lg period sy nak tau ble waktu yg sesuai untuk buat ujian kehamilan?? sy baru berkahwin pada 18 dis lalu..
Hai ujie.. buatlah UPT sekarang. Dah lama lewatnya tu kan..
salam..kak asida.akak sht?akak..kandungan mimie dh nk msuk 4 bln.td mimie g toilet, pstu mimie tgk kt underware byk kuar kputihan.sllu mmg ade tp x pnh la byk camni..bru arini dia kuar byk.ape tndanye tu kak?normal ke kputihan byk cmtu bg ibu hamil?atau ade mslh lain yg mimie kena rujuk ngn doc?hrp2 xdela ape2 mslh.
Wasalam Mimie.. alhamdulillah sihat. Memang kebiasaanya ibu hamil akan mengalami keputihan yang agak melampau ketika hamil kerana disebabkan peningkatan dan perubahan hormon di dalam badan. Sekiranya keputihan menjadi terlalu melampau berwarna kekuningan sehingga hampir berwarna meroon.. dan mengakibatkan kegatalan dan ketidak selesaan… sebaiknya berjumpa doktor. Takut2 jangkitan (virus) akan memberi effect kepada kandungan. )