Tanda-Tanda Hamil 4,704
Apabila anda hamil tanda-tanda dan simtom awal ialah:
- Tidak Datang haid.
- Payudara anda mungkin menjadi berisi dan puting sensitif.
- Anda mungkin berasa loya dan muntah-muntah.
- Anda mungkin lebih kerap membuang air kecil.
- Anda mungkin berasa letih dan selalu mengantuk.
- Anda mungkin sering mengalami perubahan emosi.
- Anda mungkin membenci makanan.
Tanda2 awal bagi wanita yang hamil biasanya ialah ketiadaan haid pada tarikh yang dijangkakan. Jika seseorang wanita itu mengalami kedatangan haid yang tetap dan telah terdedah kepada keadaan yang boleh mengakibatkan hamil, ketiadaan haid menunjukkan ia mungkin hamil. Tetapi wanita yang mempunyai haid yang tidak tetap harus menunggu sekurang2nya 10 hari sebelum berjumpa doktor, kerana pada waktu ini ia tidak dapat memastikan sama ada wanita itu hamil atau tidak. Jika kedatangan haid tidak tetap, ketiadaan haid adalah kurang berkesan untuk mendiagnosios hamil.
Hamil merupakan sebab yang paling lazim berlakunya ketiadaan haid. Di kalangan wanita yang berumur 16 hingga 40 tahun, tetapi kekadang haid terlewat atau terhalang akibat emosi, sesuatu penyakit atau penggunaan ubat-ubatan yang tertentu.
Selain dari hamil, tekanan emosi juga sebab yang lazim bagi ketiadaan haid di kalangan wanita yang sebelum itu kedatangan haidnya adalah normal.
Emosi ini bertindak pada bahagian otak yang mengawal, pelepasan hormon, kebimbangan kerana hamil yang tidak diingini, pergaduhan dengan orang yang dicintai, kerja baru yang sukar, perjalanan jauh.. semuanya boleh menyebabkan ketiadaan haid. Dalam erti kata lain, ia disebabkan tekanan emosi.
Ramai wanita hamil terasa buah dada menjadi besar dan tidak selesa. Sesetengah wanita mengalami sakit di bahagian payudara dan bengkak. Perubahan pada payudara ini disebabkan oleh hormon seks betina estrogen dan progestron yang dihasilkan oleh plasenta. Hormon2 ini menyebabkan pertumbuhan salur dan pundi susu pada buah dada dan menyebabkan lemak2 terlonggok di sekitarnya. Rasa berdenyut2 dan semut2an yang berlaku sekali sekala adalah disebabkan oleh bertambahnya pengaliran darah melalui salur darah yang membekalkan darah ke buah dada. Selain itu, aerola payudara akan berubah menjadi gelap.
Kira-kira separuh dari wanita hamil mengalami loya dan muntah/mual. Biasanya ia tidak begitu teruk dan berlaku di waktu pagi yang turut dikenali sebagai ‘morning sickness‘. Bagaimanapun kadang2 ia menjadi lebih teruk pada bila2 masa. Keadaan ini biasanya berlaku 2 minggu selepas ketiadaan haid dan berlanjutan sehingga 6 hingga 8 minggu. Sebab berlakunya keadan ini adalah kesan daripada peningkatan aktiviti hormon yang mencetuskan toksin di dalam badan. Loya biasanya hilang menjelang minggu ke-12 ketika badan sudah dapat menyesuaikan diri dengan aras hormon yang tinggi. Namun penyebab mengapa ada sesetengah wanita hamil mengalaminya dan ada yang tidak, tidak dapat pula dikenal pasti puncanya.
Dalam peringkat awal kehamilan ginjal bekerja kuat menyebabkan pundi kencing lebih cepat terisi air kencing. Ini pula akan menyebabkan kekerapan membuang air kencing. Peringkat ini ibu2 mengandung perlu berjumpa doktor untuk memastikan kedudukan bayi dalam kandungan benar2 selamat. Untuk mengurangkan kekerapan membuang air ketika tidur dan lain-lain, wanita hamil disarankan supaya menyondong ke hadapan sedikit semasa duduk (atas mangkuk tandas ketika kencing). Ini akan menyebabkan pundi kencing ditekan sedikit supaya saki baki air kecil itu di keluarkan semuanya.
Wanita hamil juga mungkin mudah letih terutamanya di siang hari kerana tubuh terpaksa menerima beban kehamilan di samping beban yang sedia ada. Jadi, cuba dapatkan rehat yang secukupnya. Anda juga dinasihatkan agar mandi sekerap yang mungkin ketika cuaca yang panas terik.
Wanita hamil mungkin mudah mengalami perubahan emosi seperti cepat tersentuh, mudah terasa, mudah marah malah lebih teruk lagi berasa dingin untuk melakukan hubungan kelamin.
Dalam keadaan tertentu, terdapat golongan wanita hamil mengalami masalah untuk makan kerana mereka seolah-olah hilang selera terhadap sesuatu makan. Masalah ini terjadi kebiasaannya disebabkan kekurangan zink dalam tubuh menyebabkan sesetengah makanan, bau atau rasa makanan menjadi ganjil ketika hamil. Jadi, pastikan anda mendapat bekalan zink yang mencukupi dalam setiap menu makanan.
Ujian Pengesahan Kehamilan
Anda sebenarnya boleh mula menguji kehamilan dengan menggunakan alat khas yang boleh didapati di farmasi sejak hari pertama anda sepatutnya datang haid. Alat berkenaan akan mengesan human chorionic gonadotrophin (hCG) di dalam air kencing anda.
Sekiranya hormon itu ada, bahan kimia dalam alat tersebut akan berubah warna bagi menunjukkan keputusannya positif atau negatif. Jika anda melakukan dengan betul, besar kemungkinan hasilnya adalah tepat. Namun, ada ketikanya keputusan menjadi negatif atas sebab-sebab tertentu. Oleh sebab itu, seelok-eloknya lakukan ujian ini di awal pagi sebelum anda mandi kerana hasil ujian akan lebih tepat.
———————————————————————————————————————–
Asid ada jual buku2 mengenai kehamilan ini dan juga DVD nya. Meh JOIN FB asid untuk maklumat lanjut mengenainya…
Petikan dari Buku Permulaan Yang Menakjubkan (Dumex (Malaysia) Sdn. Bhd, Panduan Kehamilan , Kelahiran dan Penjagaan awal si manja, dan Buku Petua Selamat Bersalin, Penjagaan Bayi dan Nama-nama Islam (Norizan Abu Samah)







































salam Mrs. Asida.. leen ada sikit masalah.. ogos 2009 leen pernah gugur. masa tu baru 2bln. selepas gugur ari tu period dtg mcm biasa..30 hri pusingan. then.. sepatutnya leen period 26.12.09 hari tu.. tapi x da. actually untuk pengetahuan Mrs. Asida, masa pregnant yg 1st dulu leen alahan teruk.. semua tanda2 tu leen dah dpt rasa klau 2 hari jer lewat period. skng ni pun leen jd mcm tu jugak. tapi hari nie tibe2 ada kuar darah. apa itu tanda2 leen akan gugur lagi or mmg darah period?? Mrs. Asida leh tak tlg leraikan kekusutan yg leen alami skrg nie..
Salam Leen. Disebabkan Leen mengalami keguguran sebelum ini, dan masih baru lagi.. seeloknya leen terus berjumpa walaupun tidak pasti darah yang keluar itu adalah haid atau tidak… lagipun kelewatan period Leen ini agak lama..
salam. apakah langka2 utama mengelak kehamilan?
…maksud saya meminum pil yang d syorkan.
salam. untuk lebih lanjut, nurul boleh baca ini http://www.asida.net/2009/10/12/perancang-kehamilan/
ada beberapa jenis perancang kehamilan. Yang paling bagus adalah pil. Namun sebaliknya akan terjadi jika terlupa makan.
Asid sendiri mengamalkan pengambilan suntikan dua bulan sekali, dan bertukar kepada 3 bulan sekali.
hye….sy dlm kerunsingan skrg ni….last period pertengahan bulan 10….sepatutnya bulan 11 ada dtg period tp x jugak dtg…tanda2 kita org pompuan nk dtg period ada rasa..smpai kt 2 minggu senggugut sakit….smpai la skrg bulan 12 dtg….still x dtg juga period…last sy bersama ngan suami pertengahan bulan 11…besa la suami outstation so jrg nk jumpa…bila buat pregnant test kali ke -2 ….line yg no 2 tu mcm slow sgt warnanya….adakah sy pregnant….still skrg sengugut masih terasa sakit…
ye ke? kalau line samar2 pun, ada juga kemusyilannya jijie preg. So, apakata Jijie berjumpa doktor untuk kepastian.
pada awal bulan 12.. saya mengalami rasa pening melayang/ pusing tetapi tidak teruk… dan sedikit alah dgn bau perfume… adakah itu tanda2 awal kehamilan atau symtom2 biasa yang saya alami…
ada juga wnita preg alah kpd bau2an. Namun ada juga orang yg alergic kpd bau2an…
assalamualaikum semua…saya ada kemusyikilan skit pasal tanda tanda awal kehamilan ni…. mengikut kiraan saya sepatutnya period pada 25/11/09, tapi period saya dah terlebih 27 hari….period terakhir adalah pada 27 oct. kebiasaan kiraan period saya adalah tepat dan baru2 ini saya telah membuat pragnency test sebanyak 2x tp keputusannya -ve… adakah saya hamil atau tidak berdasarkan keputusan tersebut.. saya masih belom mempunyai tanda2 kehamilan.. cuma payudara terasa membengkak seperti tanda2 nak period..saya telah berjumpa doktor setelah membuat pemeriksaan pt tersebut tp doktor mengatakan hcg masih rendah lagi.. n terlalu awal dan perlu menunggu sehingga 2-3 minggu lagi…untuk pengetahuan mrs asida.. saya adalah seorang pengidap talasimia minor… adakah ini faktor yang menyebabkan kandungan hcg saya rendah dan selalu mengalami sakit pinggang. adakah ini salah satu tanda kehamilan juga..
Wasalam shery. Asid tak sure ttg tuh.. sbb setahu asid, keberkesanan UPT tu hampir 100%. Sudahkah shery berjumpa doktor? seeloknya berjumpa terus dengan doktor, tambahan lagi hampit sebulan kelewatannya tuh.
assalamualaikum sume…sy new user kat sini…..
hmm sy nak tanye kat sape2 yg leh tlg jawab soalan nie…
adakah masa kita first2 hamil akan selalu berasa sakit pada rahim n bgaimnakah simpton2 kita hamil luar rahim…
takot sgt skrg nie..
luar rahim?? hmm sori lah mamanaquid, Asid tak tahu mengenainya.. dlm erti kata lain tak ada pengalaman. Yang Asid tahu, kandungan luar rahim ni bahayakan nyawa ibu hamil, dan kebanyakkan kes.. kena buang kan kandungan tuh..
apapun harap2 Mamanaquid xada apa2..
Seeloknya Mamanaquid buat pemeriksaan lanjut. Sebelum terlambat..
p/s: kalau Asid silalah betulkan ek..