Tanda-Tanda Hamil
Nov 2006 03

Tanda-Tanda Hamil4,745

Posted In Kehamilan,Tip Kesihatan

Apabila anda hamil tanda-tanda dan simtom awal ialah:

  • Tidak Datang haid.
  • Payudara anda mungkin menjadi berisi dan puting sensitif.
  • Anda mungkin berasa loya dan muntah-muntah.
  • Anda mungkin lebih kerap membuang air kecil.
  • Anda mungkin berasa letih dan selalu mengantuk.
  • Anda mungkin sering mengalami perubahan emosi.
  • Anda mungkin membenci makanan.

Tanda2 awal bagi wanita yang hamil biasanya ialah ketiadaan haid pada tarikh yang dijangkakan. Jika seseorang wanita itu mengalami kedatangan haid yang tetap dan telah terdedah kepada keadaan yang boleh mengakibatkan hamil, ketiadaan haid menunjukkan ia mungkin hamil. Tetapi wanita yang mempunyai haid yang tidak tetap harus menunggu sekurang2nya 10 hari sebelum berjumpa doktor, kerana pada waktu ini ia tidak dapat memastikan sama ada wanita itu hamil atau tidak. Jika kedatangan haid tidak tetap, ketiadaan haid adalah kurang berkesan untuk mendiagnosios hamil.

Hamil merupakan sebab yang paling lazim berlakunya ketiadaan haid. Di kalangan wanita yang berumur 16 hingga 40 tahun, tetapi kekadang haid terlewat atau terhalang akibat emosi, sesuatu penyakit atau penggunaan ubat-ubatan yang tertentu.

Selain dari hamil, tekanan emosi juga sebab yang lazim bagi ketiadaan haid di kalangan wanita yang sebelum itu kedatangan haidnya adalah normal.

Emosi ini bertindak pada bahagian otak yang mengawal, pelepasan hormon, kebimbangan kerana hamil yang tidak diingini, pergaduhan dengan orang yang dicintai, kerja baru yang sukar, perjalanan jauh.. semuanya boleh menyebabkan ketiadaan haid. Dalam erti kata lain, ia disebabkan tekanan emosi.

Ramai wanita hamil terasa buah dada menjadi besar dan tidak selesa. Sesetengah wanita mengalami sakit di bahagian payudara dan bengkak. Perubahan pada payudara ini disebabkan oleh hormon seks betina estrogen dan progestron yang dihasilkan oleh plasenta. Hormon2 ini menyebabkan pertumbuhan salur dan pundi susu pada buah dada dan menyebabkan lemak2 terlonggok di sekitarnya. Rasa berdenyut2 dan semut2an yang berlaku sekali sekala adalah disebabkan oleh bertambahnya pengaliran darah melalui salur darah yang membekalkan darah ke buah dada. Selain itu, aerola payudara akan berubah menjadi gelap.

Kira-kira separuh dari wanita hamil mengalami loya dan muntah/mual. Biasanya ia tidak begitu teruk dan berlaku di waktu pagi yang turut dikenali sebagai ‘morning sickness‘. Bagaimanapun kadang2 ia menjadi lebih teruk pada bila2 masa. Keadaan ini biasanya berlaku 2 minggu selepas ketiadaan haid dan berlanjutan sehingga 6 hingga 8 minggu. Sebab berlakunya keadan ini adalah kesan daripada peningkatan aktiviti hormon yang mencetuskan toksin di dalam badan. Loya biasanya hilang menjelang minggu ke-12 ketika badan sudah dapat menyesuaikan diri dengan aras hormon yang tinggi. Namun penyebab mengapa ada sesetengah wanita hamil mengalaminya dan ada yang tidak, tidak dapat pula dikenal pasti puncanya.

Dalam peringkat awal kehamilan ginjal bekerja kuat menyebabkan pundi kencing lebih cepat terisi air kencing. Ini pula akan menyebabkan kekerapan membuang air kencing. Peringkat ini ibu2 mengandung perlu berjumpa doktor untuk memastikan kedudukan bayi dalam kandungan benar2 selamat. Untuk mengurangkan kekerapan membuang air ketika tidur dan lain-lain, wanita hamil disarankan supaya menyondong ke hadapan sedikit semasa duduk (atas mangkuk tandas ketika kencing). Ini akan menyebabkan pundi kencing ditekan sedikit supaya saki baki air kecil itu di keluarkan semuanya.

Wanita hamil juga mungkin mudah letih terutamanya di siang hari kerana tubuh terpaksa menerima beban kehamilan di samping beban yang sedia ada. Jadi, cuba dapatkan rehat yang secukupnya. Anda juga dinasihatkan agar mandi sekerap yang mungkin ketika cuaca yang panas terik.

Wanita hamil mungkin mudah mengalami perubahan emosi seperti cepat tersentuh, mudah terasa, mudah marah malah lebih teruk lagi berasa dingin untuk melakukan hubungan kelamin.

Dalam keadaan tertentu, terdapat golongan wanita hamil mengalami masalah untuk makan kerana mereka seolah-olah hilang selera terhadap sesuatu makan. Masalah ini terjadi kebiasaannya disebabkan kekurangan zink dalam tubuh menyebabkan sesetengah makanan, bau atau rasa makanan menjadi ganjil ketika hamil. Jadi, pastikan anda mendapat bekalan zink yang mencukupi dalam setiap menu makanan.

Ujian Pengesahan Kehamilan

Anda sebenarnya boleh mula menguji kehamilan dengan menggunakan alat khas yang boleh didapati di farmasi sejak hari pertama anda sepatutnya datang haid. Alat berkenaan akan mengesan human chorionic gonadotrophin (hCG) di dalam air kencing anda.

Sekiranya hormon itu ada, bahan kimia dalam alat tersebut akan berubah warna bagi menunjukkan keputusannya positif atau negatif. Jika anda melakukan dengan betul, besar kemungkinan hasilnya adalah tepat. Namun, ada ketikanya keputusan menjadi negatif atas sebab-sebab tertentu. Oleh sebab itu, seelok-eloknya lakukan ujian ini di awal pagi sebelum anda mandi kerana hasil ujian akan lebih tepat.

———————————————————————————————————————–

Asid ada jual buku2 mengenai kehamilan ini dan juga DVD nya. Meh JOIN FB asid untuk maklumat lanjut mengenainya… :)

Petikan dari Buku Permulaan Yang Menakjubkan (Dumex (Malaysia) Sdn. Bhd, Panduan Kehamilan , Kelahiran dan Penjagaan awal si manja,  dan Buku Petua Selamat Bersalin, Penjagaan Bayi dan Nama-nama Islam (Norizan Abu Samah)


Anda Mungkin Meminati:

4,745 Comments

  1. AN says:

    salam..
    saya orang baru kat laman nie… saya juga mengalami masalah yang serupa… dimana period dah lewat sekitar seminggu tetiba hari ke 7 ada kue sedikit darah warna coklat.yang peliknya macam last kita period tu…harap ada la rezki kali nie. insyaALLAH….

  2. sacha rahman says:

    mrs asida,adakah saya mengandung jika pada 16/11 yang lalu saya timbang berat badan saya ialah 56kg,tetapi semalam (12/12) saya timbang berat badan saya naik mendadak sebanyak 58kg..dan saya cepat berasa penat..kalau berdiri lama pun kaki dah lenguh…

    • Mrs. Asida says:

      so 2 kg naik ye? uish dasyat gak ek? Dah jumpa doktor ke? Kena pergi juga walaupun UPT tu -ve.. utk kesihatan yg baik.. kena jaga diri okay.. :)

      • sacha rahman says:

        ya…2kg naik tue yang agak memeranjatkan sebab dia naik mendadak..waktu asid dulu masa bulan ke2 ada naik berapa kg??selalunya org pregnant dia besar perut dari bawah atau macam mana???

        • Mrs. Asida says:

          dulu??? namanya pun dulu.. x ingat. Biasanya naik 1-2kg diawal2.. kalau dah 7 bulan keatas tuh.. xleh naik byk2.. hehe takut lak baby besar.. hehe :)

        • Mrs. Asida says:

          rahim kita dibawah.. bb membesar dlm rahim kan? bila kendungan semakin membesar, perut kita akan kelihatan besar di bwh. Akan menyebabkan kita sukar berjln, duduk dan bergerak serta kerap kencing. Kalau mcm tuh, kena suruh mak bidan betulkan kedudukan bb dan naikkan sikit rahim tuh.. itulah yg asid tahu.. :) mana tahu ada lain lak pendapat.. let me know k..

          • sacha rahman says:

            tq asid..tapi sedih sbb dah scan td tak ada pun..malah doc said im having PCOD…telur ada,tapi dia takleh membesar sepenuhnya..so dats y dia tak keluar…erm…sedih jer..ingatkan ada…

  3. nadh says:

    salam.sye dah kwin hampir sthn.mmg mrancang nk ank cpt2 tp kiteorg xtinggal sbumbung sbb sy keje d selatan&suami d utara.bru2 ni period sy lewat 5hari..tp dtg jugak akhirnye.seminggu lps period sy rasa bdn sakit2&skit kat ari2..pening n loya pun ade..breast jgk rsa skit..mcm senggugut..sy tkut nk wat upt(tkut frust lg)…apa pndpt mrs.asida dlm hal ni..

    • Mrs. Asida says:

      Salam. Asid rasa better Nadh buat UPT. Kalau -ve, anggaplah belum ada rezeki anda berdua dan mungkin anda belum bersedia untuk memikul tanggungjawab IBU dan BAPA lagi. InsyaAllah kalau +ve.. Nadh boleh menjaga diri dengan lebih baik lagi.

      P/S : tetiba teringat dekat sepupu yg kehilangan 1st babynya sebulan yg lepas. Baby lemas ketika bersalin. agak terkilan dengan pihak hospital, disuruh balik ketika dia rasa sangat sakit untuk proses bersalin.. alasan anak pertama.. lambat lagi keluar… Tak semua org yg lahirkan 1st baby mengambil masa yg lama.. ada juga yg sekejap.. semuanya kehendak-Nya.

      Bagi kami.. Maybe dia belum bersedia lagi uutuk menjadi ibu..maklumlah baru 17 tahun.. dan setiap yg berlaku itu..sudah pasti ada hikmah disebaliknya. :)

  4. sacha rahman says:

    mrs asida, sacha orang baru dalam laman nie..actually scah dah kawen selama 1tahun 4 bulan…dari dulu lagi period mmg tak teratur..last period 13/10/09…dah 3 kali cehck upt tapi still -ve..before this sacha ada rasa breast ngilu,kerap kencing and now perut sacha semakin besar dari bahagian bawah..but 18 nov lalu sacha kencing berdarah n darah tue keluar dalam 5 hari..so now confius samaada itu darah period or darah kuman…blh tak mrs asida bgtau macam mana keadaan perut kita masa 2 bulan mengandung???tq…

    • Mrs. Asida says:

      Keadaan perut? kebanyakkan ibu hamil mengalami tanda2 dan siptom2 yg berbeza. namun bg pengalaman Asid dulu,diawal kehamilan rasa ada something dlm perut, rasa mcm kembung pun ada, kdg2 ada rs ada benda bergerak.. bdn pun rs kurang selesa.. ms mengandung anak ke2.. klu tak slh .. usia kendungan dh 2 bulan baru Asid wat UPT.. :)

  5. mynn says:

    Setelah saya meneliti tanda2 di atas, saya dapati, saya mengalami keadaan sedemikian tapi blom lagi due period.. selera makan saya plak semakin bertambah, tak de plak tak bleh makan, tapi lepas makan terasa loya dan nak muntah… kerap jugak buang air di waktu malam… sakit pinggang dan sakit kat ari-ari macam nak period pun ada jugak… macamana tu??

  6. ina says:

    salam..saya sudah jumpe doktor alhamdulillah..saya mengandung 6 minggu..tp saya tidak ade tanda2 mcm muntah2,loya dan pening kepala…kenapa ye..

    • Mrs. Asida says:

      Salam Ina. Tahniah diucapkan. :)
      Tak ada masalah kalau tak ada tanda2 semua tuh.. Ada org mengalami tanda2 tersebut dari awal hingga akhir kehamilan, ada yang tengah2 dan ada juga yang tiada langsung. Ini kerana hormon yang ada di dlm setiap badan ibu hamil adalah berbeza.
      Jangan risau, teruskan menjaga kehamilan dengan baik. :)
      Masa Adik mengandung anak kedua, muntah dan loya tu sekejap saja.. berbanding yang pertama. Kalau takde langsung.. oklah sikit rasa badan. Boleh buat kerja senang sikit..takdelah asyik berbaring je kan?.. hehe

Leave a Comment

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.