1st March

Today birthday Atok Ash. So malam tadi kami tidur di Shah Alam. Walaupun hari ini cuti, still bangun awal. Saja nak pergi ke Karnial Karangkraf. Saja nak tengok majalah2, novel ke apa ke. Biasanya karnival macam ni sure ada diskaun (Yang lama jelah). Papa pula tak ada benda lain nak cari, Majalah Arena Bola Sepak jelah. Nak cari edisi lama punya. Tapi sayang yang dijual paling lama pun August 2008. Papa dah ada semua tuh.

Jalan2 dekat karnival tuh, terpandang majalah Pa&Ma. Belilah setakat yangimage894 boleh. Lepas nie bolehlah buat collection. Majalah ni pun bagus, banyak jugalah info tentang penjagaan baby, diri dan sebagainya.

image891Tengahari masa nak balik, Upin dan Ipin datang pulak. Ramai orang kerumun diorang nak bergambar. Baby Ash asyik tunjuk je dekat Upin dan Ipin. Banyak kali pulak tuh, rupa2nya dia nak bergambar. hehe terpaksalah Mama bawakan dia ke Upin & Ipin. Dah bergambar senyap je. Pandai anak Mama ni.

Lepas zohor pulak, kami semua ke Jusco Bukit Raja. Atok Ash nak belanja makan sempena birthdaynya.

image892 image893

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *