17. Kisah Nabi Daud
October 29, 202419. Kisah Nabi Ilyas
October 31, 20248 ) Bila pesanan tu sampai kpd Puteri Balqis, dia berfikir lagi. Tak mungkin dia akan biarkan peperangan berlaku sbb kerajaan Puteri Balqis confirm akan kalah, jadi dia nak elakkan pertumpahan darah dan menyerah kalah secara baik. Puteri Balqis umumkan yg dia akan berangkat utk berjumpa Raja Sulaiman bersama tentera2 nya.
9 ) Berita pun sampai ke telinga nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman ingin tunjukkan kpd Puteri Balqis bahawa kerajaannya bukan biasa2, ia adalah simbol kekuasaan Allah. Jadi nabi Sulaiman kumpulkan tenteranya yg terdiri drpd manusia, jin dan haiwan. Nabi Sulaiman berkata, “Sebelum Puteri Balqis tiba utk menyerah diri, aku mahu kerusi takhtanya yg menjadi kebanggaan kerajaan Saba utk dibawa ke sini.” Yg pertama sekali offer utk bawakan takhta Puteri Balqis adalah Jin Ifrit (ranking yg paling tinggi dlm kalangan jin). Jin Ifrit berkata, “aku boleh bawakan takhta itu ke sini sebelum kau sempat bangun dari tempat dudukmu, Sulaiman. Lagipun aku sgt kuat dan kau boleh percayakan aku atas tugasan sebegini.” Tapi nabi Sulaiman tak pilih Ifrit, dia ada calon yg lebih sesuai utk tugasan tu. Calon yg lebih sesuai tu jin ke manusia, wallahualam. Dia dikenali sbg The One with Knowledge of the Book – sesuatu/seseorg yg mempunyai ilmu kitab. Dia janji dgn nabi Sulaiman, “aku boleh bawakan takhta tu dlm sekelip mata.” Nabi Sulaiman tak sempat kelip pun mata dia, takhta tu muncul di hadapannya. Kemudian nabi Sulaiman arahkan utk disguise-kan takhta tu utk tgk Puteri Balqis cam atau tidak yg itu takhta dia.
10 ) Bila Puteri Balqis sampai di istana nabi Sulaiman, nabi Sulaiman saja buat2 tanya, “adakah ini takhtamu?” Puteri Balqis mcm confuse jap, eh ni mcm betul takhta aku tapi aku takde pulak bawak dtg sini. Btw takhta raja2 permaisuri2 ni besar gabak ok, ada yg diperbuat dari emas, intan permata, utk naik atas takhta tu siap ada anak tangga, pastu besar dia boleh penuh separuh bilik, sbb tu kerajaan dulu2 bangga dgn takhta raja mereka sbb sekali pandang mmg amazing. Ok sambung cerita. Bila Puteri Balqis dah sedar yg tu mmg takhta dia, dia jadi terpegun dgn kehebatan nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman pun berkata, “inilah tanda kekuasaan Allah, Tuhan sekalian Alam.”
11 ) Nabi Sulaiman ada byk istana2 hebat yg dibina oleh jin. Salah satunya ialah sebuah istana kaca yg dibina di atas sungai yg mengalir. Boleh la imagine istana Elsa dlm cerita Frozen. Nabi Sulaiman bawak Puteri Balqis ke istana kaca yg serba indah tu. Bila Puteri Balqis masuk dlm istana tu, dia nampak air mengalir di bawahnya jadi dia cpt2 tinggikan skirt sbb takut basah. Lepas tu dia sedar yg kaki dia takkan basah sbb rupanya dia tgh pijak lantai kaca! Puteri Balqis sgt kagum dgn kehebatan Allah, lalu dia pun berkata, “Ya Allah, sesungguhnya aku telah menindas diriku sendiri dgn menyembah selain dari-Mu.” Puteri Balqis terus beriman kpd Allah dan tak lama lepas tu dia berkahwin dgn nabi Sulaiman.
12 ) Pada satu ketika, masa nabi Sulaiman dah tua, dia telah mengarahkan jin-jin utk membina istana besar. Tiap2 kali jin nampak kelibat nabi Sulaiman, mereka akan berlari buat kerja dan tak berani pun nak pandang muka nabi Sulaiman. Pada satu hari, nabi Sulaiman dtg inspect jin2 yg sedang membina istananya. Dia berdiri sambil meletakkan tgn pada tongkatnya dan perhati je jin2 buat kerja. Jin jadi takut dan buat kerja tanpa henti, tanpa rehat selama setahun. Sehingga anai2 dtg dan makan tongkat nabi Sulaiman dan akhirnya tongkat tu patah, dan nabi Sulaiman pun jatuh ke tanah. Rupanya nabi Sulaiman dah wafat selama setahun dlm keadaan berdiri dan matanya terbuka seakan2 sedang memerhati jin2 buat kerja. Lepas sedar akan keadaan tu, barulah jin2 berhenti buat kerja. Begitulah berakhirnya riwayat hidup nabi Sulaiman.
By Sharifah Syazreen Al Idrus